Wonder Women (2017)

Hi Korang! Tahun ni memang banyak movie yang menarik ditayangkan kan? Ada jugak yang tak sempat Kak Bell nak pergi menonton. Walau apa pun untuk movie Wonder Women ni haruslah Kak Bell pergi tonton! Sebelum ni debut pertama kemunculan Wonder Women adalah pada tahun 2016 dalam movie Batman v Superman: Dawn of Justice. Wonder Women ni merupakan Superhero Amerika berdasarkan watak dari komik DC. Setahun menunggu tayangan Wonder Women sebab minat sangat dengan watak ni. Kalau korang nak tahu, pengarah untuk filem ni, Jenkins merupakan pengarah wanita pertama yang mengarahkan filem komik superhero. Jadi sentuhan dia dalam filem ni pun amat baik sekali. Bagi yang dah menonton movie ni mesti setuju kan?


Pengarah : Patty Jenkins
Penulis : Allan Heinberg, Zack Snyder, Jason Fuchs
Pelakon : Gal Gadot (Diana/Wonder Women), Chris Pine (Steve Trevor), Connie Nielsen (Hippolyta), Robin Wright (Antiope), Danny Huston (Ludendorff), David Thewlis (Sir Patrick), Ewen Bremner (Charlie), Said Taghmaoui (Sameer), Elena Anaya (Dr. Meru)
Running: Time : 2h 21min
Rating: PG-13
Genre: Action & Adventure, Drama, Science Fiction & Fantasy
Studio: Warner Bros. Pictures
Release date : June 2, 2017

Cerita bermula bila Diana Prince, terima gambar kenangan semasa World War I yang dihantar oleh Bruce Wayne (flasback semula cerita Batman v Superman: Dawn of Justice) dan bermulalah kisah kembali masa lalu Wonder Women.


Diana dibesarkan di Themyscira, sebuah pulau yang tersorok dan merupakan tempat tinggal bagi Bangsa Amazon iaitu pahlawan wanita yang dicipta gods of Mount Olympus untuk melindungi manusia. Di pulau ni semua perempuan ye, tak ada lelaki. Jangan nak tanya pula macam mana dorang beranak ye. Haha. Pada zaman dahulu, Ares, the god of war telah membunuh semua dewa-dewa disebabkan cemburu Zeus terlalu sayang kepada ciptaannya iaitu manusia. Selepas pertempuran Zeus dengan Ares, Zeus telah tinggalkan satu senjata pedang iaitu "Godkiller" untuk membunuh anak lelakinya Ares. Ibu kepada Diana, Queen Hippolyta percaya yang Ares tak akan kembali dan melarang Diana untuk menerima sebarang latihan kepahlawanan tetapi Diana dan General Antiope (makcik Diana) menentang dan berlatih secara rahsia. Ada sebab kenapa Hippolyta tak benarkan Diana menjadi pahlawan dan kuat. Sebabnya apa korang kena tengok sendiri? Aci tak?

Kemudian Diana selamatkan American pilot, Captain Steve Trevor setelah Diana nampak ada kapalterbang jatuh terhempas di tepi pantai Themyscira. Kemudiannya, pulau Themyscira telah diserang oleh tentera German dan berlaku pertempuran. Diana nyaris terbunuh, tetapi diselamatkan oleh Antiope yang mengorbankan dirinya untuk selamatkan Diana. Steve akhirnya disiasat dengan "Lasso of Hestia" (lie detector, tali bercakap benar) dan reveal yang beliau adalah spy tentera dan "The War to End All Wars" sedang berlaku di dunia luar. Steve Trevor dikejar oleh tentera German kerana telah mencuri notebook ahli kimia, Isabel Maru yang dipercayai ada maklumat berharga tentang pembuatan gas mustard beracun yang diarah oleh General Erich Ludendorff. 

Interrogated by "Lasso of Hestia


Diana percaya yang peperangan di dunia luar dicetus oleh Ares, Dewa Perang yang suka memecah belahkan manusia dan Diana mencuri pedang "God Killer" dan meninggalkan Themyscira dengan Steve untuk mencari dan memusnahkan Ares.

Setibanya di London, bermulalah pencarian Diana untuk mencari Ares di medan peperangan. Disebabkan Steve dah berjanji nak bawa Diana, jadi Steve memanggil beberapa lagi orang kawannya untuk turut serta dalam misi tersebut. Diana percaya yang Ludendorff adalah Ares dan mesti dibunuh. Diana bertarung dan berjaya membunuh Ludendorff tetapi bingung apabila kematian Ludendorff tidak menghentikan perang.



Diana yang dalam keadaan kecewa ambil keputusan tak nak menolong Steve bagi menghentikan rancangan pelepasan gas beracun yang dirancang oleh Ludendorff hasil ciptaan Dr Maru. Steve cuba sedarkan Diana yang sedang berhalusinasi tetapi gagal. Scene ni sedih sebab Steve telah mengorbankan dirinya untuk letupkan kapal terbang yang membawa gas beracun tersebut jauh di langit. Steve telah berikan jam peninggalan ayahnya kepada Diana dan berbisik sesuatu pada Diana. Tak lama selepas tu baru Diana tersedar, yang Steve dah pergi untuk korbanlan dirinya. Ares sebenar telah muncul dan pedang Godkiller telah dimusnahkan oleh Ares. Jadi siapakah GodKiller yang sebenar? Dan siapa pula Ares? Apa yang dicakapkan oleh Steve kepada Diana? Ni orang find out sendiri kay.


Ares akhirnya mati dibunuh oleh Wonder Women. Pada akhir plot Diana menghantar e-mel kepada Bruce Wayne mengucapkan terima kasih untuk plat fotografi beliau dan Steve semasa perang tersebut dan menegaskan semula misinya untuk melindungi dunia sebagai Wonder Woman.

“only love can truly save the world”

Seriously, so far cerita Wonder Women ni paling best so far. Habis je movie rasa sangat puas hati dan terbayang-bayang lagi watak lakonan Gal Gadot ni. Ceritanya sangat interesting, ada beberapa unpredictable story yang korang kena tonton sampai habis baru paham. Dalam plot cerita ni memang menonjolkan watak Wonder Women sangat fokus nak tenteramkan dunia. Kak Bell berpendapat, Gal Gadot memang sangat sesuai bawa watak Wonder Women ni. Disamping suntikan elemen cinta dari Chris Pine dan scene-scene humor yang tak hambar menjadikan cerita ni sangat menarik dan tak boring. Masa Steve bagitahu Diana yang dia cintakan Diana tu sedih. Masa tu Diana blur dan tak dengar apa yang dikatakan oleh Chris. Part ni sedih sebab tahu yang Steve akan mati. Muzik arrangement pun Kak bell suka sampai je rumah terus cari soundtrack filem ni. Bagi Kak Bell, cerita Wonder Women ni the best ever yang Kak Bell pernah tengoklah. Memang tak rugi korang tengok dan Kak Bell yakin korang pun akan suka cerita ni. Kalau ajak pergi menonton sekali lagi pun i akan pergi tengok! Tak sabar tunggu kemunculan Gal Gadot dalam 2 lagi siri movie dari DC. Next on November kita nantikan Justice League pula kay!

Berapa bintang nak bagi? : 8.5/10

'

💜Because no matter how small an act of kindness or generosity 
or simple positivity you put out into the world, it will make a difference. 
“It’s not about what you deserve.  It’s what you believe" 
#wonderwoman #dc #superhero


CONVERSATION

0 comments:

Instagram

Follow Us