Transformers: The Last Knight (2017)

Hi Korang! Dah pergi menonton movie Transformers: The Last Knight tak? Filem sekuel ke-5 Transformer ni dah ditayangkan bulan lepas. Kalau korang nak tahu filem ni merupakan filem termahal diantara kesemua filem Transformer yang ada dan merupakan filem terakhir yang diarahkan oleh Michael Bay. One more thing, filem ni juga merupakan filem terakhir yang menampilkan Mark Wahlberg dalam Transformer. Just wait and see ajelah nanti betul ke tidak perkara ni. Walaupun menelan perbelanjaan yang tinggi dalam kos pembikinan, filem ni menerima kritikan dan reviews yang agak teruk! Macam tak percaya je, movie sekuel popular Transformer : The Last Knight ni hanya menerima rating 15% oleh Rotten Tomatoes dan 5.3/10 bintang dari IMDb. Masa pergi menonton tu taklah pulak tengok review ni sebab tengok trailer memang best. Btw, bagi peminat Transformer pun mesti akan pergi tengok jugak kan. Kadang-kadang tak boleh percaya jugak rating ni. Kaedahnya nak jugak tengok cerita ni pada hari raya ke-4 yang lepas. Gigih beli online tiket. Sekali tengok 3D je yang ada. Layankan ajelah. Sebenarnya memang tak suka tengok wayang 3D. Tak puas. Sakit je mata nih. Disebabkan dah lama tak menonton dalam 3D dan tu je tiket paling cepat, so layankan sahaja.


Pengarah : Michael Bay
Penulis : Art Marcum, Matt Holloway, Ken Nolan, Akiva Goldsman, Lindsey Beer
Pelakon : Mark Wahlberg (Cade Yeager), Anthony Hopkins (Sir Edmund Burton), Josh Duhamel (Colonel William Lennox), Laura Haddock (Vivian Wembley), Santiago Cabrera (Santos), Isabela Moner (Izabella)
Running Time: 2h 29m
Rating: PG-13
Genre: Action & Adventure, Drama, Science Fiction & Fantasy
Studio: Paramount Pictures
Release date: Jun 21, 2017


Memula cerita start, dah mula gelabah sebab plot awal berlatarkan zaman Middle Age (medieval). Dalam hati aku ni salah masuk panggung ke? Rasa dah betul dah. Maklumlah simptom orang tua dah menjadi-jadi pula sekarang ni. Nama pun Transformers: The Last Knight, pada awal cerita ni flashback masa zaman King Arthur dimana Merlin, ahli sihir King Arthur ada alliance Knights of Iacon, iaitu sekumpulan 12 Transformer yang menyorok kat bumi. Masa tu perang Saxons dan Merlin mintak bantuan Dragonicus (red Cybertronian knight) untuk menang peperangan. Merlin diberi satu tongkat yang summons 12 Knight ni jadi Dragonstorm (three-headed Dragon who is the combination of the Twelve Knights of Iacon). Ni kisah flashback yang menunjukkan pada zaman dulu Transformer ni memang dah ada alliance dengan manusia kat bumi ni.


In the present day, Transformers dideclare illegal, dan multinational Transformer Reaction Force (TRF) dibentuk untuk memusnahkan alien robot. Masa ni Optimus Prime left the planet to search for his creator dan banyak new Transformers datang ke bumi. Optimus sampai ke Cybertron's dan jumpa Quintessa, yang mengaku sebagai his creator. Btw, tongkat yang diberi kepada Merlin tu , adalah tongkat yang dicuri daripada Quintessa. Kuat jugak benda alah ni and put Optimus under her control dan jadikan Optimus "Nemesis Prime". Quintessa racun fikiran Optimus dan bagitahu yang Bumi (Unicron) ni adalah musuh Cybertron's "ancient enemy". Quintessa nak dapatkan semula tongkat dia untuk ambil life force Unicron dan menghidupkan semula Cybertron.


Semasa pertempuran Yeager dengan TRF, salah seorang Knight bagi 'talisman' pada Yeager. So, pihak TRF dan Megatron masing-masing nakkan benda tu untuk cari semula tongkat yang dah disorok lama oleh manusia supaya tidak jatuh ke tangan yang tidak bertanggungjawab. Kisahnya, robot dan alien yang banyak dayang ke bumi sebab benda alah ni. Megatron buat deal dengan TRF untuk bebaskan beberpa ahli Decepticon untuk kesan mana Yeager bawak talisman tersebut.

Megatron and Josh Duhamel

Dalam sekuel ni ada banyak Autobots dan Decepticon baru muncul, tapi sekejap ajelah. Antaranya Nitro Zeus, Mohawk, Dreadbot, Barricadebad dan Berserker untuk geng jahat dan ada Hot Rod (aka Rodimus Prime), Sqweeks (Vespa scooter robot), Cogman (a Transformer fused with an organic life-form), Crosshairs, Dinobots selain Drift (samurai-like) dan Bumblebee.

Sqweeks

Dinobots


Semasa aksi kejar mengejar dengan Decepticon. Yeager was approached oleh Cogman, Transformer yang dihantar oleh British Lord Sir Edmund Burton (Anthony Hopkins) untuk pertemuan di England. Turut sama diculik ialah Viviane Wembly, an Oxford professor, yang diculik oleh Autobot Hot Rod. Masa ni Burton explain lah yang dia ahli "Witwiccan" order yang masih hidup untuk jaga rahsia history ransformers di Bumi. Viviane pula merupakan keturunan terakhir Merlin, keturunan yang hanya layak menggunakan tongkat Quintessa tu. Bermulalah misi dorang untuk cari staff tu bagi mengelakkan kemusnahan Bumi oleh Cybertron.



Hot Rod aka Rodimus Prime

Berlakulah serang-menyerang antara TRF dengan Autobots. Beberapa Transformer Knights of Iacon pun terjaga dan berlawan untuk menjaga tongkat tadi. Optimus yang dah dikawal pun menyerang Bumblebee. Tetibe time berlawan, Bumblebee yang hilang suara tu akhirnya boleh bercakap. Terus Optimus Prime free dari kawalan Quintessa. Hujung2 Megatron jugak yang dapat curi tongkat tersebut, dan Optimus pun kena serang dengan Knight sebab of his betrayal. Rupa-rupanya, talisman yang ada pada Yeager tu menjadikan Yeager sebagai ahli terakhir pahlawan meja bulat bila Talisman tu bertukar jadi pedang Excalibur. Pergaduhan dihentikan dan Yeager beri arahan supaya Optimus jadi protector Bumi sekali lagi. Pada akhir cerita, Quintessa selamat dan menyamar sebagai manusia, masih dalam misi untuk musnahkan Unicron.


Okay, disebabkan Kak Bell menonton cerita ni dalam panggung 3D, so i am not enjoying the movie sebab rasa terganggu dek spek mata 3D nih! Ceritanya, suam-suam kuku aje pun. Sangat lah penat menunggu cerita zaman Middle Age tu nak menggali sejarah Transformer. Rasa lama sangat menunggu nak sampai klimaks cerita ni. Nak komen lebih-lebih pun, bukannya die hard fan Transformers. Sekadar suka-suka je menonton cerita-cerita best. But seriously, after habis cerita rasa macam biasa je. Tak de pun nak suruh kawan-kawan pergi tengok cerita ni. Wonder Women lagi best kot! Patotlah dapat reaksi buruk dari pengkritik filem, but pada i tak perlu lah cerita zaman Middle Age tu panjang-panjang. Hujung-hujung, heroin tu tak buat apa pun dengan tongkat Quintessa tu. Sekadar nak pose-pose ajelah dalam movie ni. Nasib baiklah ada abang Josh Duhammel, so Kak Bell tengok dia ajelah. Tibahh! Kay Bye.

Berapa bintang nak bagi? : 5.5/10


Ok, i minat dia!

































CONVERSATION

0 comments:

Instagram

Follow Us