Spider-Man: Homecoming (2017)

Hi Korang! Who is the best Spider-Man? Tobey Maguire, Andrew Garfield or Tom Holland? Korang pilih yang mana? Pada 4 Julai 2017 yang lepas, Kak Bell berkesempatan menonton premiere Spider-Man: Homecoming di GSC One Utama. Pertama kali dapat tiket daripada Budiey.com. Btw, thank you pada kawan akak YMFadil yang sudi jemput hadir sekali pada premiere tersebut. Haruslah ramai retis yang datang jikalau premiere daripada Budiey.com. Sempatlah bergambar sekeping dua yang mana sempat. Nampak juga kelibat NisaKay, tapi tak sempat nak ajak bergambar. Tayangan umum cerita Spider-Man: Homecoming ni adalah pada 6 Julai 2017.


Pengarah : Jon Watts
Penulis : Jonathan M. Goldstein, John Francis Daley, Christopher Ford, Chris McKenna, Erik Sommers
Pelakon : Tom Holland (Peter Parker/Spider-Man), Michael Keaton (Adrian Toomes / Vulture), Robert Downey Jr. (Tony Stark/Iron Man), Marisa Tomei (May Parker), Jon Favreau (Happy Hogan), Gwyneth Paltrow (Pepper Potts), Zendaya (Michelle)
Running: Time : 133 min
Rating: PG-13 (for sci-fi action violence, some language and brief suggestive comments)
Genre: Action, Adventure, Sci-Fi, Fantasy, Family
Studio: Sony Pictures
Release date : July 6, 2017

Cerita mengisahkan young Peter Parker/Spider-Man (Tom Holland), yang mula explorasi identiti barunya sebagai Spiderman. Debut pertama kemunculan Spiderman dalam cerita Captain America: Civil War sebelum ni. Kisah bermula dengan scene pembersihan kawasan perang oleh sebuah company kepunyaan Adrian Toomes (Vulture) yang kemudiaanya diambil alih oleh U.S. Department of Damage Control (D.O.D.C.) kepunyaan Tony Stark. Berlaku sedikit ketegangan dan Toomes arahkan pekerja supaya menyimpan dan tidak memberikan barangan teknologi Chitauri yang sudah dipungut kepada Tony Stark. Barangan tersebut digunakan untuk membuat senjata canggih dari teknologi alien dan dijual di pasaran gelap. Peter Parker pula telah diserap masuk ke dalam program Stark Internship sebelum boleh jadi anggota Avenger.



Dalam cerita ni, Spiderman berusaha jadi 'a friendly neighborhood hero' untuk buktikan yang dia layak untuk join Avenger Team. Selepas Peter menghalang rompakan ATM yang menggunakan senjata canggih dari Toomes, identiti Parker sebagai Spiderman diketahui oleh kawan baik dia, Ned sekembalinya Peter ke apartment. Seterusnya merupakan aksi-aksi Spiderman menjejak penjahat Toomes yang menjual senjata tadi. Semasa berlawan dengan Vulture, Spiderman nyaris lemas dan akhirnya di selamatkan oleh Tony Stark yang sentiasa memerhati segala tindak tanduk Peter. Ada beberapa lagi scene yang melibatkan Peter diantaranya semasa feri terbelah disebabkan senjata yang digunakan oleh Vulture tidak berfungsi dan semasa elavator dalam Washington Monument jatuh gara-gara teras batu Chitauri yang dibawa oleh Ned selama ni tidak stabil dan menyebabkan letupan.



Setelah urusan jual beli di pasaran gelap gagal, Vulture merancang untuk hijack kapal terbang Tony Stark yang akan dibawa pindah dari menara Stark ke tempat fasiliti yang baru. Berlaku pertempuran Spiderman dengan Vulture sebagai cubaan untuk menghalang rompakan tersebut.





Okayy. so far cerita ni best! Tapi Kak Bell tak rasa wow sangat. Tak tahulah kenapa. Btw, rating Rotten Tomatoes 94% kot! Plot cerita semua ngam lah dengan Peter Parker yang berumur 15 tahun tu. Ada scene aksi, kelakar dan emosi. Lengkap. Mungkin Kak Bell tak sukakan sangat watak dan latar zaman kanak-kanak ni. Rasa macam part kelakar tu macam hambar. Tapi kalau korang rasa lain, ikut suka koranglah kan. Haha.

Untuk scene aksi tu, tak adalah macam Marvel movie yang lain. Lite2 je, lagipun Spiderman kan baru je dapat power. Kebiasaannya, kalau cerita Spiderman ni mesti ada girlfriend dia sekali kan. But in this movie, Peter cuma ada crush dengan Liz. Cinta monyet gitulah masa kat kolej. Kak Bell kagum dengan sut labah-labah baru dia. Dah upgrade dengan macam-macam benda, maklumlah Tony Stark yang buat kan! Yang kelakar tu, sut tu awalnya dalam 'mode Taska'. Lepas digodam oleh Ned barulah si Spidey dapat cuba macam-macam fungsi sut tu. Lagi satu, sempat si Tony Stark ni carut blogger hokkay! Overall cerita best and it's a must movie to watch! Jangan lupa untuk stay sampai end credit yer. Ada 2 end credit di akhir tayangan.

Berapa bintang nak bagi? : 7.5/10








CONVERSATION

0 comments:

Instagram

Follow Us