Resepi Lemak Putih Daun Belalai Gajah (Sabah Snake Grass)

Hi Korang! Tak habis lagi edisi masakan ulam-ulaman kampung tempohari. Kali ni Kak Bell cuba masak daun belalai gajah. Ni pertama kali Kak Bell dengar dan makan daun. Memang sepanjang hayat tak pernah rasa masakan atau buat ulam gunakan daun ni. Memang rezekilah dapat merasa sayur ni. Nanti bolehlah Cik Kiah kita bawak lagi sayur-sayuran dari kebun dia. Boleh Kak Bell masak. Daun belalai gajah ni juga dikenali sebagai Sabah Snake Grass dalam bahasa omputihnya. Daun belalai gajah ni memang telah lama dikenal pasti sebagai ubat untuk merawat pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit darah tinggi, gout, kanser dan sebagainya. Daun belalai gajah dikatakan mempunyai antioksidan yang tinggi bagi mengekalkan sel-sel sihat dalam tubuh manusia. Keberkesannanya korang kena kaji selidik lagilah sebab Kak Bell tak de ijazah kedoktoran. Ada pun ijazah dalam bidang kimia, tapi duduk kat dapur juga kaedahnya. Hehe.

Selain boleh dibuat sayur, dibuat ulam, daun belalai gajah ni juga boleh dibuat jus minuman. Kalau korang nak buat jus, bolehlah blend sekali dengan epal hijau. Okay, jom tengok resepinya.


Bahan A
Daun belalai gajah
Santan kotak
Garam & perasa
Air secukupnya

Bahan B (bahan hiris/tumis)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 batang serai diketuk
3 biji cili api


Cara memasak:
1) Bersihkan sayur/ulam yang nak dimasak. Asingkan batang dan daunnya. Buang batang yang dah tua atau keras.
2) Panaskan minyak, tumis semua bahan B sampai wangi.
3) Kemudian masukkan air secukupnya dan biar mendidih.
4) Masukkan santan dan kemudian masukkan semua sayur tadi.
5) Kacau dan biar mendidih dengan api sederhana.
6) Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Bila dah okey rasanya, matikan api dan siap dihidangkan.


CONVERSATION

0 comments:

Instagram

Follow Us