Resepi Ayam Goreng Serai

Hi Peeps! Rasa lama sangat dah Kak Bell tak update blog. Maklumlah sebelum ni sibuk di bulan puasa dan berhari Raya. Macam mana dengan sambutan hari raya korang tahun ni? Team merah atau team biru? Team raya KL ke team mana? Haha. Walau apa pun, di kesempatan ni Kak Bell nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

Actually resepi ni masak masa bulan Ramadhan haritu. Dah tak sempat langsung nak update. Buat kawan-kawan yang nak cuba resepi ni, bolehlah cuba lepas ni kay. Maaflah, Kak Bell pun sibuk lately. Kadang-kadang tu, dah duduk depan lappy nak menaip, ada pulak kerja lain nak di buat. Ni pun dah dekat 2 jam, baru 3 baris je ha yang mampu! Walhal draf, gambar berkeping-keping dah sampai nak penuh dah storage phone. Kemalasan apakah yang melanda ni? Okay, jom tengok resepi.


Bahan A
10 ketul paha ayam
Minyak untuk menggoreng
Garam secukupnya

Bahan B (bahan kisar)
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih 
5 batang serai
5 cm halia
1/2 inci kunyit hidup/serbuk kunyit
1 kiub ayam

Cara membuat:
1) Gaul bahagian ayam dengan bahan kisar dan sedikit garam. Kemudian perapkan 1 jam dalam peti sejuk.
2) Goreng hingga garing dengan api perlahan.



Dah cuba buat? Sedap ke tidak? Rasanya macam ayam goreng berempah je uols. Kalau korang nak tambah daun kari pun ok, boleh saje. Aroma serai yang wangi, memang menaikkan selera. Makan dengan nasi putih je pun sedap uols! Okay, ada 3,4 resepi lagi Kak Bell nak siapkan ni. Kay Bye for now.

CONVERSATION

0 comments:

Instagram

Follow Us