Selera Korea Di Hwa Ga Damansara Perdana

Hi Korang! Annyeong Haseyo! Korang obses dengan apa jua yang datang dari Korea tak? Kak Bell yakin memang ramai peminat K-Pop kan? Mesti tergila-gila tengok cerita Running Man, iya tak? Memang sekarang orang kat Malaysia ni ramai yang dah mengikuti apa jua trend dari negara Korea. Tanya ajalah pasal artis ke, makanan ke, petik jari je boleh jawab kan. Kak Bell cuma kenal Hidayah sorang ajelah (Lee Se-young). Popular kot!! Kalau bercakap tentang makanan Korea, mesti dalam kotak fikiran korang yang menunya berasaskan sayur-sayuran dan seharusnyalah Kimchi! Sebenarnya terdapat banyak je jenis makanan dan masakan Korea yang enak. Bagi peminat makanan Korea, korang dah boleh menikmati Korean Authentic Traditional Cuisine di Malaysia. Jom baca selanjutnya kay!


Pada 4 Jun 2017 yang lepas, Kak Bell berpeluang menikmati hidangan masakan tradisional korea di Hwa Ga Empire Gallery, Damansara Perdana. Sebelum ni ada jugalah Kak Bell fefelin nak mencuba makanan Korea. Akhirnya tak habis makan sebab mungkin tak biasa dengan menu makanan Korea. So, kali ni Kak Bell datang nak mencuba hidangan tradisional popular Korea seperti ayam panggang dan BBQ kat sini. Haruslah kena berlatih makan makanan Korea kan, manalah tau hujung-hujung bercinta dengan Korean, bolehlah Kak Bell makan Kimchi tu dengan begitu sahaja  kan!(sebenarnya tak suka Kimchi!).


Restoren Hwa Ga, Damansara Perdana ni dah beroperasi selama 6 bulan dan merupakan outlet yang menghidangkan masakan tradisional Korea yang berasaskan daripada sumber halal. Hanya outlet di Damansara Perdana ni sahaja yang berstatus 'pork free', NO PORK NO LARD di restoran. Walaupun tidak mendapat sijil halal dari Jakim, semua bahan mentah dan bahan memasak yang digunakan di restoren ni, dibeli khas dari supplier halal. Pihak restoren disini juga menekankan bahawa mereka tidak menggunakan bahan yang tidak halal. Jadi, bolehlah korang menikmati makanan disini tanpa was-was kerana ianya di jamin halal. Walaubagaimanapun, ianya terpulanglah pada korang sama ada nak mencuba makanan disini atau pun tidak. Persekitaran dan susun atur kedai pun menarik. Sempatlah Kak Bell berbual dan beramah mesra dengan restaurant manager di sini. Servis disini pun amat baik.

Ruang makan Hwa Ga


Pada hari tersebut, Kak Bell makan untuk berbuka puasa dengan masakan ayam yang dihidangkan secara buffet iaitu hidangan promosi "Opening Promotion Chicken Unlimited". Terdapat 3 jenis masakan ayam yang dihidangkan untuk promotion ni iaitu iaitu Grilled Chicken, Spicy Chicken dan Fried Chicken. Hidangan menu buffet tersebut turut dihidangkan sekali dengan hidangan sampingan (side dishes seperti sayur-sayuran dan lain-lain). Korang boleh makan selagi mampu dan boleh refill sebanyak mana korang nak dalam masa 2 jam. Boleh tambah tanpa had, tapi dalam masa 2 jam tu ajelah. Kenyang tak korang rase? Kak Bell makan apa yang ada pun sampai dah tak tambah lagi! 

Korean Roasted Chicken Buffet

Yummy!

Berikut adalah makanan sampingan yang korang boleh pilih bersama dengan 3 jenis ayam dalam set buffet tadi. Boleh pilih set 6 makanan sampingan yang korang suka seperti Kimchi, ada lobak masin (radish), kobis, terung, kacang panjang dan lain-lain. Yang lain-lain tu sebab Kak Bell tak tahu nama dia apa. Kenal sayur-sayuran Malaysia aje. Side dish ni pun korang boleh tambah seberapa banyak yang korang nak selagi boleh makan. Promosi ini berlangsung setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad sehingga 31 Julai 2017. Btw, promosi ni hanya ada di outlet Restoran Hwa Ga Pork Free, Damansara Perdana sahaja kay.



Untuk harga dan masa tawaran promosi tersebut korang boleh tengok kat bawah ni ya.

'Opening Promotion Chicken Unlimited' 
Lunch time (11.30AM-3.00PM)
Dinner time (5.00PM-11.00PM)
Lunch: RM 28+ (dewasa) dan RM 18+ (Kanak-kanak)
Dinner: RM 30+ (dewasa) dan RM 18+ (Kanak-kanak)

*Kanak-kanak adalah dari umur 4-10 tahun dan tinggi 120cm. Kanak-kanak 3 tahun kebawah percuma.


Selain itu, Kak Bell jugak sempat merasa menu yang lain dari Hwa Ga Damansara Perdana iaitu Nurungji Tongdak dan juga Ban Ban Chicken (Original & Spicy Fried Chicken). 

Nurungji Tongdak : Ia merujuk kepada ayam yang dimasak bersama nasi secara tradisional Korea. Nasi tersebut telah dicampur bersama dengan nasi pulut, nasi hitam, pumpkin seed, barley, Garlic, Ginseng, Jujube, Ginkgo Nut, Pine Nut dan kesemua bahan campuran ni akan dimasukkan ke dalam ayam tadi lalu dibakar menggunakan ketuhar arang selama 1 setengah jam. Apabila ayam telah masak dengan sempurna, ayam tadi akan dibelah untuk mengeluarkan campuran nasi tadi dan dimasak lagi diatas pan panggang. Masakan ini siap untuk dihidangkan bersama sos khas setelah nasi tadi menjadi kerak.

'Nurungji Tongdak' priced at RM55


Grilled Chicken with Scorched Rice



Hidangan yang paling Kak Bell suka ialah Grilled Chicken & Spicy Chicken Unlimited. Set buffet ayam ni je yang kitaorang refill. Ayam yang dihunakan juga boneless jadi memang enjoylah untuk dimakan. Untuk Spicy Chicken tu taklah terlalu pedas. Sesuailah dengan selera orang kita. Nurungji Tongdak pun sedap juga. Ayamnya memang juicy tetapi tidak pada nasi pulut dalam ayam tu. Disebabkan nasi pulut yang dimasak semula di atas pan panggang, bahagian kerak tu tak berapa sedap. ini cuma pendapat Kak Bell ajalah. Btw, nasi kerak tu memang signature kepada  Nurungji Tongdak ni. Mungkin korang boleh cuba dan punya pendapat yang berbeza tentang rasa masakan ni.

“Ban Ban Chicken” priced at RM50

Bagi minuman pula korang boleh cuba minuman tin ni. Semua minuman ni merupakan minuman soda. Terdapat Demisoda Oren, Demisoda Apple, Milkis (susu yang ada soda dalamnya) dan juga Bong Bong iaitu air anggur soda. Kak Bell rasa air Demisoda Oren dan Anggur. Untuk air anggur soda tu ada ketulan anggur dalam dia.

Korean Demisoda

Keseluruhannya, semua makanan yang dihidangkan sedap dan terbaik. Buat pertama kalinya Kak Bell rasa nak mencuba makanan dari korea yang lain. Bagi penggemar makanan Korea, terutamanya kepada peminat makanan berasaskan ayam, bolehlah berkunjung ke restoran ni. Memang berbaloi untuk korang mencuba masakan tradisional Korea di sini!


Bersama blogger lain yang hadir

Bersama dengan General Manager Hwa Ga, Kim (kiri) & 
Branch Manager Hwa Ga Damansara Perdana, Edwin

Untuk maklumat lanjut tentang restoren ni, korang boleh kunjungi Hwa Ga Facebook Page. 

Hwa Ga Damansara Perdana (Pork Free) 
Lot F05 Empire Gallery Heritage Lane No2, Jalan PJU 8/8, 
Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor. 
Contact: +603-7732 6151
Business Hours: 11AM- 11PM

Specialized in Korean Authentic Traditional Cuisine Brand

CONVERSATION

0 comments:

Instagram

Follow Us