Resepi Pucuk Keledek Masak Lemak Putih

Hi Korang! Minggu lepas, kawan Kak Bell ni Cik Kiah balik ke kampung dia kat Jerantut Pahang nun. Balik ke KL, dia pun bagilah sekebun sayur dan ulam-ulaman dari kebun mak nya. Meriah uolss. Macam-macam ada, sampai ulam jenis apa pun Kak Bell tak tahu dan tak pernah makan! Dulu pun Kak Bell membesar dan bersekolah kat sana. Kebetulan pulak datang KL bekerja pulak satu opis. Rupa-rupanya minah ni sekolah musuh kita tau masa zaman belajar-belajar dulu. Kalau kat daerah Jerantut tu, dok berlawanlah dari semua segi asyik nak menang je. Haha! Teringat pula, zaman-zaman sekolah dahulu. Selain tu jugak, minah ni bagi seekor ikan patin Pahang! Punyalah seronok sebab lama dah tak makan ikan patin. Terima kasihlah sangat-sangat ye Cik Kiah. Yang mana nak berkenalan dengan Cik Kiah ni, bolehlah roger Kak Bell yer. Serba serbi boleh ni uolss. Memasak boleh, mengaji boleh, berlari boleh, panjat gunung boleh. Hebat tak? Memang selalu jugak tukar-tukar buah tangan dan masakan dengan dia ni. Maklumlah kita ni bukan rajin dan pandai sangat nak memasak. Cuba-cuba je, nasib baiklah menjadi.


Banyak jugak ulam-ulaman yang Kak Bell dapat. Ada pucuk ulam raja, pucuk keledek, pucuk ubi jalar, daun belalai gajah, serai, daun kunyit, daun kesom dan terung. Memang suka sangatlah kalau dapat sayur mayur ni. Meriah terus peti ais Kak Bell. Sampai anak-anak bulus kat rumah pun teruja nak berkenalan dengan sayur. Al-maklumlah kucing bandar. Tak pernah jejak ke tanah. Itupun sempat curi-curi keluar pergi cium bunga kat luar rumah. Nampak tak punya excited nya dorang mengacau mama dia tengah asing-asingkan sayur ni. Asing-asingkan terus, nanti senang masa nak memasak. Dalam banyak-banyak sayur ni, memang Kak Bell tak pernah merasa masakan pucuk ubi keledek dan belalai gajah. Korang pernah dengar tak nama sayur ni? Okay, so hari ni Kak Bell cuba masak Pucuk Keledek dan Pucuk Ubi Jalar Masak Lemak Putih. Cara memasak senang je, sama je cara nak masak lemak putih yang lain. Jom kita tengok resepinya.



Bahan A
Pucuk keledek
Pucuk ubi jalar
Santan kotak
Garam & perasa
Air secukupnya

Bahan B (bahan hiris/tumis)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 batang serai diketuk
3 biji cili api

Cara memasak:
1) Bersihkan sayur/ulam yang nak dimasak. Asingkan batang dan daunnya. Buang batang yang dah tua atau keras. Tak payah asingkan pun takpe campak je semua pun ok.
2) Panaskan minyak, tumis semua bahan B sampai wangi.
3) Kemudian masukkan air secukupnya dan biar mendidih.
4) Masukkan santan dan kemudian masukkan semua sayur tadi.
5) Kacau dan biar mendidih dengan api sederhana.
6) Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Bila dah okey rasanya, matikan api dan siap dihidangkan.


Sedap jugak rasanya pucuk keledek dan ubi jalar ni. Lebih kurang sama je rasanya dengan sayuran lain. Lepas ni, Kak Bell nak masak belalai gajah tu pulak. Pelik nau namanya. Bila ditengok tak delah pulak macam belalai gajah. Satu hidangan dah siap, satu kuali lagi tengah siapkan hidangan ikan patin. Nantikan yer. Kejap lagi Kak Bell post entri ikan patin pulak. Kay Bye.

CONVERSATION

0 comments:

Instagram

Follow Us