Resepi Mee Hailam Simple!

Hi Korang! Macam biasalah, jika Kak Bell memasak memang tak sah kalau bahan-bahan mentah tak cukup. Dah memang selalu sangat memasak ikut apa bahan yang ada. Dalam fridge udang, sotong, ayam semua dah habis. Yang ada cuma mee kuning. Nak buat mee goreng macam dah boring, so bercadanglah nak buat Mee Kari. Dah bahan-bahan pulak tak cukup, nanti hina sangatlah pulak mee kari Kak Bell nanti. Kebetulan pula si housemate Kak Bell ada bawak daging lembu steamboat yang dah diperap semalam, tukar plan nak buat Mee Kuah Daging. Tengok jam dah jam 6.30PM, walhal waktu berbuka puasa dah nak dekat. Hujung-hujungnya buat Mee Hailam ajelah sebab senang dan cepat!

Disebabkan daging lembu yang Kak Bell guna tu dah diperap dan dipotong nipis, jadi jimatlah masa sedikit sementara nak menunggu daging empuk. Kalau guna daging fresh alamatnya berjanggutlah nak tunggu berbuka puasa kan. Resepi ni pun ala kadar je sebab nak ekspress punya pasal. Kak Bell masak kuahnya secara berasingan sebab tak nak mee kembang sementara tunggu waktu berbuka puasa. Kalau korang gunakan udang atau sotong lagi mudahlah kerja memasak korang. Okay, jom tengok resepi Mee Hailam ala ala versi Kak Bell ni.


Bahan A
1 paket mee kuning
Sedikit daging 
*boleh guna ayam, udang atau sotong
1 biji telur
2 sudu cili kisar
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kicap pekat
2 sudu besar sos tiram
2 sudu makan kicap manis
1 sudu kecil minyak bijan
2 sudu besar tepung jagung
Air secukupnya
Garam & perasa

Bahan B (dikisar/hiris halus)
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 biji cili hijau/merah
1 ikat sawi
1/2 batang karot
1 biji tomato
*sayuran tak payah kisar tau!


Cara memasak:
1) Rebus mee kuning sekejap dan toskan. Kemudian basuh/lalukan dengan air paip. Ketepikan.
2) Rebus daging secara berasingan dan biar daging empuk.
3) Tumis bawang merah dan bawang putih dengan sedikit minyak hingga wangi.
4) Masukkan cili kisar dan tumis seketika.
4) Masukkan daging, tambah air dan biarkan mendidih.
5) Masukkan lada hitam, sos tiram, kicap pekat,kicap manis dan sedikit minyak bijan.
6) Bila daging dah empuk, masukkan sayur sawi, lobak, tomato, cili hijau dan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air.
7) Tambahkan telur. Bila kuah dah agak pekat, bolehlah tutup api.

TIPS!
  • Mee dicelur dulu untuk buang rasa kapur. Kemudian basuh/lalukan dengan air paip untuk elak mee melekat.
  • Jika gunakan daging, rebus dahulu daging hingga empuk dan boleh guna air rebusan sebagai kuah.
  • Boleh gunakan telur untuk pekatkan kuah selain gunakan tepung jagung.
  • Masak kuah secara berasingan dan tuang kuah bila hendak dihidangkan untuk mengelakkan kuah kering dan mee terlalu kembang.



Walaupun lite-lite je Mee Hailam ni, tetapi tetap laris yer. Makanlah Kak Bell dengan housemate ni ha. Nasibla sedap! Alhamdulillah sepeket mee dikongsi makan oleh 4 orang. Bulan-bulan puasa ni pun bukannya makan banyak sangat pun. Jadilah serba sedikit sesama merasa. Gittew! Oklah, nanti jangan lupa cuba buat resepi mee hailam ni yer. Kay Bye!

CONVERSATION

0 comments:

Instagram

Follow Us