Resepi Dalca Ayam

Hi Korang! Minggu lepas Kak Bell dan model-model The Amazing Race Bangkok buat reunion berbuka puasa. Buat ala-ala konsep pot luck. Model-model ni bukan pandai berjalan, memanjat gunung je tau! Memasak pun pandai. Pada hari tu, Kak Bell masak Ayam Masak Borneo. Ada siakap stim, daging kicap, ayam pansuh dan macam-macam lah. Btw, masa membeli barang-barang Cik Suri kita ni cakap nak kena pergi beli Parpu. Hah tercengang sekejap tak pernah dengar parpu. Setahu Kak Bell pakai kacang dal. Rupa-rupanya, orang Penang panggil parpu! Dalca ayam ni model Suri yang masak. Cantik orangnya, pandai masak pulak tu. Bolehlah hantar tepak sireh nanti yer.

Kalau tak gunakan ayam, jadilah dalca sayur. Memang biasa masakan dalca ni jadi pelengkap jika makan nasi briyani. Makan nasi putih pun boleh. Ada juga Kak Bell baca, kalau orang Johor, dalcanya ada masukkan sekali pisang muda dan ubi keledek. Tanya housemate katanya tak adalah pulak. Betul ke yang mana bangsa Johor tu? Resepi Dalca Ayam ni special sebab ada tambah kerisik. So, Kak Bell kongsikanlah resepi ni kat sini. Bolehlah cuba nanti ya.


Bahan A
1 mangkuk isi ayam
2 genggam kacang dal
1 bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
1 keping asam keping
2 biji terung bulat
1 batang karot
Kacang panjang
Kari daging
Santan
Sedikit kerisik
Garam & perasa secukupnya

Bahan B (bahan kisar/tumbuk)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia



Cara memasak:
1) Rebus kacang dal sampai lembut. Tos & asingkan air rebusan. Blend kasar kacang dal tadi.
2) Tumis bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis. 
Masukkan bahan B dan tumis hingga wangi.
3) Masukkan rempah kari daging dan sedikit air. 
Tumis hingga rempah masak dan naik minyak.
4) Masukkan isi ayam dan tumis sekejap. Kemudian masukkan kacang dal, air dan asam gelugor/asam keping.
5) Masukkan karot, terung dan kacang panjang diikuti santan.
6) Tambahkan sedikit kerisek dan masak hingga sayur masak. 
7) Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.

TIPS!
  • Boleh juga gunakan air rebusan kacang dal tadi untuk kuah
  • Jika gunakan, masukkan kentang dahulu supaya empuk. Baru masukkan sayuran lain. Boleh tambah tomato.
  • Kerisik adalah optional jika suka.


CONVERSATION

Instagram

Follow Us