Resepi Air Soda Herbs

Hi Korang! Sementara menunggu waktu bersahur ni, rajinlah jari-jemari Kak Bell ni taip satu entri ni. Lepas ni nak pergi memasak makanan sahur pulak. Rasanya tak payah ajar pun korang pun pandai buat. Pernah minum air soda herbs tak? Memang sedap sangatlah minum air ni masa hari tengah panas lit-lit! Cliche sangat ayat. Btw, sebelum ni Kak Bell pernahlah mencuba air minuman berkarbonat soda herb ni. Memula tu tak berapa suka sangat, mungkin disebabkan asam boi yang digunakan tak berapa sedap. Kak Bell lebih sukakan rasa air soda yang menggunakan daun pudina berbanding dengan serai. Rasanya lebih kurang sama sahaja. Daun pudina tu pun ada banyak jenis. Guna mana-mana jenis pun boleh. Kebetulan berbuka puasa tadi, officemate buatkan air soda ni. Refreshing sangat uols! Yang kelakarnya budak lelaki opis Kak Bell ni siap tanya, daun kari ke?? Aiyoo, sampai daun kari pulak perginya. Ni kalau bini suruh beli daun kunyit, maunya dia beli daun kesum. Ok, resepi kat bawah ni yer.


Bahan-bahan:
1 botol air bikarbonat aiskrim soda
1 tin laici/longan
6 biji asam boi putih
1 biji lemon
2 batang serai (diketuk)
Daun pudina secukupnya
Ais ketul secukupnya

Cara membuatnya:
1) Cuci semua bahan hingga bersih.
2) Masukkan semua bahan-bahan (daun pudina/serai, asam boi, longan/laici, hirisan lemon) dalam bekas.
3) Tuangkan air aiskrim soda.
4) Masukkan ketulan ais.

TIPS!
  • Boleh gunakan daun pudina atau serai. Gunakan salah satu bahan pun dah cukup.
  • Untuk buah laici atau longan hanya ambil buahnya sahaja.


Amacam, teruja tak nak buat air soda herbs ni? Bolehlah kongsikan kalau sedap yer. Kay Bye.


CONVERSATION

0 comments:

Instagram

Follow Us