Meet & Greet With Dayang Nurfaizah

Hi Korang! Macam mana dah seminggu berpuasa? Harap semuanya dalam keadaan baik ya. Kak Bell baru ada masa nak menatap lappy ni ha. Busy bebenor gayanya. Okay, hari ni Kak Bell nak kongsikan detik pertemuan semasa sesi beramah mesra dengan Dayang Nurfaizah pada 25 May 2017 yang lepas. Terima kasih atas jemputan dari pihak Indigital Music Sdn. Bhd. dan juga Projek Travel jemput Kak Bell dalam majlis tu. Memang teruja habis lah dapat jumpa Dayang!


Sesi beramah mesra dengan Dayang Nurfaizah tersebut adalah bersempena dengan pelancaran album terbaru Dayang, dengan tajuk DAYANG NURFAIZAH. Btw, album terbaru Dayang sudah pun dipasarkan pada 10 April 2017 yang lepas. Dah lama sangat Dayang tak keluarkan album kan! Album ni, adalah album pertama yang menampilkan kesemua lagu balada, yang mana setiap lagu mempunyai kisah dan emosi tersendiri. Meruntun jiwa semua lagu-lagunya. Dalam album ni terdapat 10 buah lagu, dengan 7 buah lagu baru dan 3 buah lagu popular Dayang iaitu Di Pintu Syurga, Tak Pernah Menyerah dan Lelaki Teragung. Siapa tak tahu lagu-lagu Dayang yang mencipta fenomena ni kan. Lebih istimewa album ini juga hadir dengan tiga bonus trak yang menampilkan kehebatan vokal Dayang secara live di pentas AJL dan melayakkan beliau dianugerahkan Vokal Terbaik untuk tiga tahun berturut-turut.

Nama-nama besar dan penulis lagu yang terlibat dalam menjayakan album ini di antaranya, Ajai, Aubrey Suwito, Tam Spider, Omar K, Ezra Kong, Hael, Aizat Amdan, Iman Imran, Hazami, Genervie Kam, Syed Syahmir dan Aepul Roza. 2 buah lagu yang disumbangkan oleh Ajai menjadi tarikan utama dalam album ni iaitu lagu SEPARUH MATI KU BERCINTA dan USAH BILANG CINTA. Kalau korang ingat, komposer Ajai telah menaikkan nama Dayang di atas pentas dunia seni hiburan dengan lagu hitnya Seandainya Masih Ada Cinta.



Dayang Nurfaizah orangnya sangat humble dan down to earth. Memang senang sekali dapat berjumpa dan berbual dengan Dayang. Actually album ni sepatutnya dilancarkan pada tahun lalu, tapi Dayang tidak mahu terburu-buru dan album ni memakan masa dalam pencarian material terbaik supaya album yang dilahirkan nanti memuaskan hati beliau dan juga para peminat. Untuk album ni Dayang memilih konsep hitam putih yang mempunyai sifat 'timeless', dan ada memori. Memandangkan album ni keseluruhannya berentak balada, Dayang memilih konsep ni supaya lagu-lagunya akan tetap relevan walaupun di masa akan datang. Evergreen orang cakap. Ni video masa Dayang memula sampai dan seterusnya sesi ramah tamah dengan beliau. Btw, Kak Bell tak tanya apa pun. Terkedu, duduk diam aje kat depan Dayang. Haha.



Selepas sesi soal jawab dengan Dayang, haruslah nak dengar Dayang menyanyi LIVE kan. Malam tu, dapat dengar lagu terbaru Dayang Separuh Mati Ku Bercinta. Sebijik macam dalam album! Kak Bell memang suka sangat bila Dayang menyanyi live. Lagi best! Sayangnya, video Kak Bell rakam tak ada suara! Kena cerca je dengan viewer yang tengah tengok live fb masa tu. so, korang boleh tengok kat link bawah ni lah yer. Kak Bell share dari IG Indigital Music sendiri.



Puas hati tak korang? Last but not least, buah tangan dari Dayang; album DAYANG NURFAIZAH siap autograph yer. Jangan jeles tau!



Kak Bell boleh jadi retiss tak? Haha

Di antara blogger yang hadir

Keseluruhan lagu genre balada dalam album ni semuanya best. Lagu yang paling Kak Bell suka :
1) Separuh Mati Ku Bercinta (Ajai)
2) Usah Dibilang Cinta (Ajai)
3) Layarlah Kembali (Aubrey Suwito)
4) Takdir (Hazami)
5) Dia (Omar K, Ezra Kong)

Lagu Ajai of courselah memang best melodi dan susunan lirik nya. Tak kurang juga dengan lagu Aubrey. Kalau korang dengar track Takdir, korang dah boleh agak lagu ni merupakan karya Hazami. Untuk lagu Dia, melodi dia pun menarik. Kak Bell suka arrangement muzik lagu ni. So far, 5 lagu ni memang feling lah. Bagi peminat Dayang Nurfaizah, bolehlah dapatkan album terbaru Dayang ni kay! Setiap alunan irama, setiap madah bersuara, punya cerita istimewa! #Dayangsayangkamu


CONVERSATION

0 comments:

Instagram

Follow Us