Teknik Memasak Sup Sayur Yang Sedap

Hi Korang! Macam mana persediaan korang nak berpuasa esok? Alhamdulllah masih diberi peluang untuk merasa nikmat bulan Ramadhan pada tahun ni. Entri kali ni Kak Bell nak kongsikan cara memasak sup sayur yang sedap. Masakan ni memang sangat mudah disediakan. Biasanya, sup sayur ni juga panggil sebagai sup bening. Diantara bahan yang digunakan ialah sayur-sayuran, sedikit air atau vegetable broth dan sedikit rempah atau perasa. Itu je bahan-bahan asas dalam memasak sup sayur. Mudah kan? Bagi masakan tempatan, biasanya gunakan air ajelah. Kalau korang nak fefelin masak macam Martha Stewart bolehlah pakai 'broth'. Gittew!


Selain kaya dengan berbagai jenis sayuran, haruslah sup sayur ni merupakan makanan sihat sebab tidak menggunakan santan dalam resepinya. Korang boleh letak apa jua jenis sayuran yang korang nak dengan kuantiti yang sesuai. Nak pakai brokoli pun boleh, kalau tak suka brokoli, pakai kobis bunga (cauliflower) pun boleh. Ikut suka korang. Bersempena dengan kedatangan bulan puasa ni, bolehlah korang masak resepi sup sayur yang sihat untuk bersahur atau berbuka puasa nanti. Jom tengok tip-tip yang disarankan untuk memasak sup sayur.

1. Kombinasi dinamik- bawang merah dan bawang putih
Bawang merah dan bawang putih adalah bahan perencah asas yang digunakan dalam kebanyakan jenis sup, termasuk sup sayur. Setelah menumis bawang hingga naik bau, barulah mulakan langkah seterusnya untuk memasak sup. Jadi mesti ada bahan-bahan ni untuk memberikan rasa dan aroma pada sup sayur korang nanti.

2. Masa memasak
Sup sayur yang sedap tidak memerlukan waktu memasak yang lama. Tempoh memasak paling ideal adalah 20 minit sahaja sudah cukup. Bagi sayuran hijau, masa memasak adalah singkat. Warna hijau sayur akan bertukar kepada warna coklat jika terlebih masak. Yang penting kena pastikan semua bahan yang digunakan lembut terutamanya jika menggunakan kentang dalam masakan. Selain itu gunakan api kecil semasa memasak sup sayur.

3. Saiz potongan sayur
Boleh potong sayur ikut kesukaan masing-masing. Lebih ok, jika potongan sayur untuk sup dalam saiz kecil (bite-sized). Potongan dalam saiz yang lebih kurang sama supaya semua bahan masak dengan sekata.

4. Rasa sup pada waktu yang betul
Sebaiknya rasa sup sayur sebelum menambahkan bahan perencah dan perasa yang diperlukan. Masa yang sama jangan rasa sup semasa dalam keadaan mendidih/panas. Terdapat perbezaan, jika korang merasa makanan semasa panas dan semasa suhu menurun. Sup akan berasa kurang garam semasa dirasa dalam keadaan panas, rasa semasa sup sedikit sejuk untuk membolehkan korang merasai sup dengan tepat. Kalau merasa semasa panas, dan tambah garam, pasti sup korang akan rasa sedikit masin bila korang rasa semula selepas sup sedikit sejuk.
  
5. Menggunakan perencah ayam atau ikan bilis
Sup yang sedap semestinya datang dari kuah yang lazat. Dengan menambah sedikit perencah pati ayam atau ikan bilis, sup akan menjadi lebih sedap dan berasa.

Jadi, selamat memasak sup sayur buat korang semua. Kalau ada tips yang lain bolehlah share dengan Kak Bell kay!


CONVERSATION

0 comments:

Instagram

Follow Us