Resepi Ayam Masak Lemak Tempoyak

Hi Korang! Dah tak lama lagi dah nak menyambut kedatangan bulan Ramadhan. Macam mana dengan persediaan korang semua? Zaman sekarang ni dah tak boleh dah hari-hari ke bazar Ramadhan. Patah tulang uolss! So jawapannya, kenalah rajin-rajin ke dapur supaya dapat terapkan sifat tidak membazir dan berkesederhanaan. Tapi kalau dah sensorang kat rumah, nak memasak pun kadang-kadang jadi malas kan. So, jemputlah rakan-rakan datang ke rumah makan berbuka puasa nanti yer. Yang mana nak cari resepi & menu untuk berbuka nanti, bolehlah jenguk-jenguk blog Kak Bell ni.

Resepi Ayam Masak Lemak Tempoyak ni senang je nak buat. Caranya sama macam masak lemak cili api, cuma tambahkan tempoyak aje pun. Cara memasak pun pelbagai. Kalau Kak Bell, sebelum nak memasak ayam berkuah, Kak Bell mesti masukkan ayam dahulu dan biar air ayam tu kering sedikit. Barulah mulakan langkah memasak yang seterusnya. Btw, cara mana-mana pun tak salah. Asalkan boleh disantap, maksudnya jadilah masakan korang tu. Tengok gambar aje pun dah terliur kan. Presentation tu penting. Habistu, kalau dah korang post gambar makanan yang kabur, tangan gegar-gegar, ingat selera ke i nak cuba memasak resepi tu? Tibahhh. Jangan kecam na, gurau-gurau sebelum puasa aje. Kay jom tengok resepi lite-lite Ayam Masak Lemak Tempoyak.


Bahan A
8 ketul bahagian ayam
1 batang serai (di ketuk)
1/2 cawan santan kotak
1 keping asam gelugor
1 helai daun kunyit
1 senduk tempoyak
500 ml air
2 biji tomato
Garam dan gula secukupnya

Bahan B (bahan kisar/tumbuk)
3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 hirisan lengkuas
2 inci kunyit hidup
1 biji cili merah
5 biji cili padi


Cara memasak:
1) Masukkan ayam dalam periuk/kuali dan biarkan sekejap air ayam kering.
2) Masukkan semua bahan B ke dalam periuk, gaul rata bersama-sama dengan ayam tadi.
3) Tambahkan air, masukkan serai dan tempoyak.
4) Gunakan api perlahan dan tutup periuk. Tunggu bahan mendidih.
5) Bila ayam empuk, boleh masukkan santan.
6) Perasakan dengan garam, gula, asam gelugor dan sesuaikan rasa.
7) Akhir sekali masukkan tomato dan daun kunyit.

TIPS!
  • Santan boleh adjust ikut sukatan kesukaan. 
  • Boleh gunakan lebih santan jika nak kuah pekat.
  • Boleh guna asam gelugor jika tempoyak kurang masam.
  • Masak diatas api yang perlahan, sentiasa kacau perlahan-lahan.

Tempoyak yang Kak Bell guna ni tak cukup masam sangat. Walhal dah lama dah diperam. Kalau dapat tempoyak masam yang sedap, makin sedaplah masakan korang! Dah siap! Makan dengan nasi panas memang sedap uolss. Bolehlah cuba nanti kay.

CONVERSATION

0 comments:

Instagram

Follow Us