Neutrogena Happy Skin 24/7 Fashion Debut @Mercedez-Benz STYLO Asia Fashion Festival

Hi Korang! Pada 3 May 2017 yang lepas Kak Bell berpeluang menghadiri Neutrogena Fashion Debut di Mercedez-Benz STYLO Asia Fashion Festival, bertempat di KL Gateway Mall. Dalam showcase tersebut 5 pereka fesyen muda Johnson & Johnson's Neutrogena diperkenalkan dengan tema "Happy Skin". Koleksi fesyen Neutrogena Happy Skin 24/7 ni merupakan satu siri yang terdiri daripada 30 rekaan yang dipaparkan di Mercedez-Benz STYLO Asia Fashion Festival (MBSTYLOAFF) 2017.


Mercedez-Benz STYLO Asia Fashion Festival ni berlangsung dari 2 May hingga 6 May 2017 dan Neutrogena Happy Skin 24/7 Fashion Debut berlangsung pada hari yang kedua. Bertemakan "50 Shades of RED", bahagian tengah ruang legar KL Gateway dihiasi dengan dekorasi bunga besar warna merah dan juga sofa untuk tetamu bergambar. Terpesona jugaklah dibuatnya sebab kali pertama Kak Bell datang ke acara begini. Tetamu yang hadir pun semuanya berbusana cantik! Kak Bell ajelah yang sendu.



Walaupun sendu, Kak Bell tetap nak pose jugak macam tetamu yang hadir kan. Sempatlah berjumpa kawan-kawan blogger lain yang turut serta dalam acara ni.


With blogger Jessica Tan

Sebelum showcase mula di tingkat 3, semua tetamu dijemput terlebih dahulu untuk menikmati koktail di Level LG Concourse disamping kereta-kereta Mercedes-Benz yang di pamerkan. Kak Bell tak sempat pun nak menengok-nengok kereta Merc tu sebab tengah menunggu partner Kak Bell yang tak kunjung tiba. Sesat katanya sampai ke Bangsar South!


Jam 7.30, semua tetamu baru dijemput ke dewan untuk menyaksikan showcase. Di bahagian kanan pintu masuk dewan, ditempatkan produk-produk Neutrogena untuk tetamu cuba dan mendapatkan khidmat nasihat dari beauty consultant Neutrogena.




Suasana dewan sebelum showcase bermula.



Acara dimulakan dengan ucapan dari Julia Teo, Pengarah Pemasaran Bersekutu bagi Kumpulan Syarikat Konsumer Johnson & Johnson's Malaysia setelah Datuk Nancy Yeoh, President & CEO STYLO International merangkap Pengerusi bagi MBSTYLOAFF tiba. Menurut Julia Teo "Menerusi penampilan pertama kami dalam bidang fesyen di Mercedez-Benz STYLO Asia Fashion Festival 2017, kami berharap untuk memaparkan kegembiraan memiliki kulit yang sihat dan cantik, hasil penggunaan produk penjagaan kulit Neutrogena, dan berkongsinya dengan para wanita Malaysia. Dan cara yang terbaik untuk kami lakukan sedemikian dengan menghasilkan sebuah koleksi fesyen, yang diinspirasikan konsep Happy Skin!"

Teo juga menerangkan sebab Neutrogena menggunakan fesyen dalam kempen terbaru Neutrogena. Katanya "Tidak dapat dinafikan bahawa wanita dan fesyen tidak dapat dipisahkan. Menerusi koleksi fesyen kami, kami ingin meyakinkan para wanita bahawa mereka boleh menggunakan Neutrogena untuk kesihatan kulit mereka".

Julia Teo, Pengarah Pemasaran Bersekutu bagi Kumpulan Syarikat Konsumer 
Johnson & Johnson's Malaysia

Datuk Nancy Yeoh, President & CEO STYLO International, Chaiman of MBSTYLOAFF

Showcase ni memperkenalkan fesyen dan rekaan yang muda (youthful), terang dan berwarna-warni dari pereka fesyen Malaysia seperti Shadow C., Weihaoyong, Tuhfah dan juga mempamerkan koleksi Neutrogena yang direka khas oleh pereka muda, Hazzer Wan Lee dan Kittie Yiyi. Pertunjukan fesyen dimulakan dengan 6 rekaan simple dan natural oleh Shadow C, diikuti dengan 6 rekaan dari Weihaoyong dan Tuhfah yang turut mempamerkan 6 rekaan dengan kuasa warna dalam busana muslimah yang sederhana. Kak Bell pun rasa macam nak naik pentas pulak jadi model kejap. Berangan ke tidak?



Untuk segmen kedua, pertunjukan koleksi fesyen Neutrogena Happy Skin 24/7 oleh Kittie Yiyi dan Hazzer Wan Lee yang menawarkan koleksi '15 day wear look' yang mengeksperesikan konsep keceriaan dan keremajaan NEUTROGENA Happy Skin 24/7.

Koleksi Kittie Yiyi diinspirasikan daripada konsep gadis pantai yang sedang bercuti, datang dari kawasan pantai yang jauh dan datang meneroka ke bandar dengan baju flowy, comfy loose-fitting outfits yang selesa dan bergaya. Dengan rekaan flared silhouettes, ropol, cheerful stripes dan heart-shaped prints, menonjolkan rasa yakin seorang gadis pantai dengan ciri dan potongan tersebut.


Untuk koleksi Hazzer pula, diilhamkan daripada percikan air yang merupakan ciri utama bagi rangkaian pembersih Deep Cleen Neutrogena sebagai langkah pertama untuk Happy Skin 24/7. Aliran air serta lapisan yang beralun digabungkan bagi menyerlahkan tenagan dan keindahan air dalam tona biru, hijau, oren dan merah jambu.Teknik hebat yang digunakan dalam melapiskan pelbagai material berbeza seperti denim, organdi, kulit PU, kapas sutera dan fabrik berwarna memberikan kesan 3D yang unik seperti pergerakan air.



Disebabkan lambat masuk dewan, so duduklah seat belakang-belakang. Btw, sempat juga lah Kak Bell rakam sedikit showcase pada hari tersebut. Kebetulan pula dalam dewan, Kak Bell duduk bersebelahan dengan blogger Suria Amanda. Sebelum ni cuma bertegur sapa di laman sosial aje. Kali pertama bersua muka dalam event ni. Acara diakhiri dengan sesi fotografi dengan pihak media, model dan juga para penaja.

Wth blogger Suria Amanda

CONVERSATION

0 comments:

Instagram

Follow Us