Nasi Goreng Kacang Panjang

Hi Korang! Hari ni Kak Bell bersemangat waja yer nak pergi kerja. Bangun awal, siap cantik-cantik kekononnya. Parking kereta kat opis memang sentiasa full, terpaksalah datang awal sikit nak mencari parking kat shopping mall bersebelahan opis. Hujung-hujung sampai opis, rupa2nya Kak Bell coti!! Penat tau dah pakai sekilo bedak, tintong sangat dah kertu! Kebetulan pulak memang tak ada plan nak ke mana, balik rumah lah jawapannya. Nak merayau sensorang pun macam tak berpekdah pulak rasanya. Suami ilusi, boyfriend ilusi pun semua kerja. Jadi, berehat-rehat ajalah kat rumah. Dah tak ada apa sangat nak buat, so masuk ke dapurlah kita yer memasak! Nasi pulak ada lagi setengah periuk, makanya terhasillah nasi goreng kacang panjang + kobis yang simple ni.


Bahan-bahanya sama je macam biaasa masak nasi goreng tu. Cuma Kak Bell tambahkan kacang panjang dengan sayur kobis aje. Buat korang yang nak jugak bahan-bahannya, amekla kat bawah ni ha.

Bahan A
1/2 periuk nasi sejuk
4 batang kacang panjang
1 mangkuk kobis
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis

Bahan B (bahan tumbuk)
10 batang cili padi 
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih

1 genggam ikan bilis

Cara memasak:
1) Tumbuk kasar semua bahan B.
2) Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan B sampai naik bau dan sedikit garing. 
3) Tambahkan garam dan serbuk perasa jika suka.
4) Masukkan kacang panjang dan kobis, kacau sekejap.
5) Masukkan nasi, kacau rata sebati dengan rencah. Goreng nasi sampai nasi sedikit kering.

Dah siap pun. Makanlah Kak Bell nasi goreng sayur tersebut dengan jayanya seorang diri. Sadis kan? Budak-budak rumah ni dah ajak makan semua membisu pulak. Nanti tengah malam Kak Bell makan lagi. Kay Bye.

CONVERSATION

2 comments:

Sherry said...

looks yummy to try :D

follow your gfc :D

www.mymumbest.com

Bella Jamal said...

Hi Sherry. Hope it turns up deliciously. Done follows you :)

Instagram

Follow Us