Kucing Pun Pandai Memilih Makanan?

Hi Korang! Harini Kak Bell nak cerita pasal anak-anak bulus kat rumah ni pasal memilih sangat pasal makanan. Macam kita jugaklah, ada makanan yang kita suka dan tak suka. Seperti Kak Bell pernah kongsi sebelum ni, kucing memang tak sukakan perubahan. Al-kisahnya, sebelum-sebelum ni memang Kak Bell adalah buat eksperimen dorang ni suka makanan apa. Dari Blackwood, Equilibro, Taste of Wild, Brit, Happy Cat, semua pernah rasalah. Kadang-kadang bila dalam ekonomi yang tak stabil, kena cari jalan jugak supaya anak-anak ni tak berlapar. Mamanya makan maggie pun tak apa. Asalkan dorang makan. Tak dapat beli yang mahal, beli yang sederhana mahal. Kadang-kadang tu bantai lah jugak beli apa yang ada kalau pet shop tak ada stok yang di cari! Sebab tu lah selalu dok tukar makanan dorang. Nasib baiklah dorang ni tak cirit-birit, sebab memang Kak Bell akan partially campur makanan dorang.


Disebabkan kebanyakkan makanan dorang ni dah naik harga, sampai nak patah lah bahu dibuatnya, so terpaksa cari brand yang sesuai dan berpatutan dengan keadaan. Tambah pulak mamanya dah jadi black widow sekarang (geng janda), kenalah berjimat. Kekonon aje alasan ni! Gittew!


Dalam 3 bulan yang lepas Kak Bell bagi dorang ni makan brand Pet Cuisine yang di beli di pet shop Pandan Indah. Harga pun ok. 18kg pek harganya RM150. Kak Bell lupa brand ni dari negara mana. Korea kalau tak silap. Ada juga google tapi tak jumpa lah pulak. Dah tengah google yang keluarnya gambar lain pulak. Gambar orang makan daging anjing pulak yang keluar. Choii sungguhlah. Keji kan, macam dah takde makanan sangat dah! Okay, habis selingan. Dah hujung-hujung makanan dorang nak habis, Kak Bell tak ada masa pulak nak ke Pandan Indah. So, belilah brand Button & Bow. Sebelum ni pernah jugak bagi, beli yang repack dan dorang pun makan brand ni. Kak Bell pun belilah yang 20kg (RM105). Hari pertama, kedua ok je dorang makan. Then, bila balik keje je tengok makanan tak habis. Mulalah rasa pelik memasing tak makan. Asyik mengikut je ke dapur, then time mama dia makan semua dok datang nak kacau. Sebab tengok dorang dah kurang makan, so decide untuk belilah makanan lain.

Dalam nak membeli makanan dorang ni, macam-macam hal pulak datang. Bateri keta kong, nak servis kereta, bla bla bla. Jadi keputusan beli Pro Diet. Sebelum ni Kak Bell beli brand Pro Diet, Whiskas atau Misha untuk bagi anak-anak gelandangan kat bawah rumah ni. Memang slalu spare dalam bekas sebab kesian kat dorang (bukan nak tunjuk baik yer!hehe). Kak Bell yakin semua yang bela kucing mesti buat benda yang sama kan? Love uolsss. Sambung balik..dah beli Pro Diet 8kg (RM70), jadi tambahlah dengan Button & Bows yang masih berkilo-kilo lagi tuh. Memang berkejar lah budak ni bila Kak Bell serve Pro Diet! Yang Kak Bell geram sekarang, dorang still tak makan Button & Bows tu, makan Pro Diet aje! Pandai pulak memasing pilih. Macam-macamlah pulak budak ni. Ha, tengok gambar kat bawah ni. Begitulah ceritanya. Kak Bell rsampai tergelak tengok sebab dorang ni memasing pandai pulak pilih-pilih makanan tu walaupun dah gaul rata.

Sebelum melantak

Selepas melantak!

Okayy, sekarang Kak Bell nak buat summary sket

1) Elakkan perubahan mendadak bila menukar makanan kucing.
As mentioned, memang kucing tak sukakan banyak perubahan dalam hidup dorang. Dorang ni memang akan reject makanan yang dorang tak suka. Mungkin disebabkan aroma, tekstur dan rasa makanan tersebut. Kalau nak tukar, campur secara partially untuk elakkan masalah usus (cirit-birit) dan kadar penolakan kucing orang terhadap makanan baru. Take note, sebab perut kucing amatlah sensitif!

2) Kucing tak berapa suka air dan makanan dihidang bersama (berdekatan).
Sesetengah kucing, mungkin ok je jika korang gunakan double feeder untuk makanan kucing dan air. Btw, ada juga kucing yang tak suka dan lebih suka air dan makanan dorang di letak berasingan. Kak Bell pun letak water bowl di tempat yang berasingan. Paling top, memasing nak minum kat sinki dapur!

Kebiasaanya, kucing akan reject makanan baru kalau hanya makanan baru dihidangkan dalam satu bekas (makanan lama dah tak dihidang). Korang boleh cuba letakkan makanan lama dan makanan baru secara bersebelahan atau campur je makanan lama dengan yang baru. Macam kes Kak Bell ni, sabar ajelah jawapannya, sebab tetap dorang tak makan makanan yang lama! So, bulan depan memang kena cari balik Pet Cuisine tu. Kay Bye!






CONVERSATION

0 comments:

Instagram

Follow Us