Jom RAYA 2017 Bersama Dettol & Wangian Air Wick

Hi Korang! Sedar tak sedar dah nak sampai bulan Ramadhan tahun ni. Tak lama lagi dah nak sambut Raya 2017. Ramadan adalah bulan yang mulia di mana umat Islam berpuasa dan bersyukur dengan nikmat kurniaan, serta menjalankan persiapan bagi menyambut Aidilfitri. Bermula dengan mengemas rumah, membeli baju baru, merancang menu berbuka puasa, sehingga membuat kuih raya, Ramadhan sememangnya musim yang sangat sibuk buat semua. Eloklah dari sekarang kita buat persiapan awal serba sedikit sebelum menyambut lebaran nanti kan. Mesti korang dah memikir nak pakai baju raya warna apa tahun ni kan? Okay, tahun ni Kak Bell nak beraya bersama dengan Dettol dan Wangian Air Wick untuk memastikan Kak Bell dan keluarga kekal bersih dan harum di lebaran ni. 



Sempena bulan yang mulia ini, Dettol dan Air Wick mengambil kesempatan untuk memastikan korang kekal bebas dan terlindung daripada kuman sebelum korang sibuk menjalankan persiapan sepanjang musim perayaan nanti, dan pada masa yang sama, memastikan rumah korang kekal harum buat tetamu dan orang tersayang, terutamanya setelah memasak juadah Ramadhan mahupun Aidilfitri!

Bayangkan adanya warna-warna menarik untuk menghidupkan suasana di ruang tamu korang semasa kunjungan raya nanti. Pasti menarik kan? Sepanjang bulan Mei dan Jun 2017, korang berpeluang untuk mendapatkan sebuah bekas kuih Raya untuk menyimpan kuih-muih kegemaran dengan hanya perlu berbelanja sebanyak RM25 atau lebih bagi produk-produk Dettol dan/atau Air Wick dalam satu resit. Jom kumpul keempat-empat warna tersebut untuk menceriakan lagi rumah korang raya nanti. Korang boleh dapatkannya di farmasi utama dan pasar raya di Malaysia.



Bukan itu sahaja! Layari laman Facebook Dettol Malaysia untuk mendapatkan Resepi Koleksi Khas daripada Chef Anis Nabilah. Korang juga boleh sertai pertandingan dalam talian dan mungkin juga berpeluang untuk membuat kuih raya bersama dengan chef selebriti, Anis Nabilah! Chef Anis dikenali ramai sebagai seorang chef yang versatil dalam masakan Malaysia dan antarabangsa, dan merupakan hos bagi beberapa rancangan masakan yang popular, seperti Eat Clean with Anis di Astro Bella dan 1, 2...Bakar! di TV3.


Dengan pembelian produk-produk Dettol dan/atau Air Wick yang bernilai RM25 tersebut, hantarkan penyertaan korang di laman Facebook Dettol Malaysia dan siapa tahu, korang mungkin menjadi salah seorang antara 8 pemenang yang dapat membuat kuih bersama Chef Anis Nabilah! Tempoh pertandingan adalah dari 1 hingga 14 hari bulan Mei 2017, jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini. Pertandingan dalam talian Dettol ini terbuka kepada rakan runcit terpilih Dettol iaitu Mydin, Econsave, Giant dan Tesco.



Tiffany Tang, Pengarah Pemasaran RB Malaysia & Singapura, berkongsi keterujaannya akan kerjasama bersama Chef Anis Nabilah untuk menceriakan persediaan Hari Raya tahun ini. “Kami gembira dapat bekerjasama dengan Chef Anis bagi kempen Raya tahun ini, dan Chef Anis juga telah menghasilkan beberapa resipi kuih Raya yang unik khas hanya untuk kami! Anis merupakan salah seorang chef kegemaran Malaysia, dan kami ingin membawakan sedikit kegembiraan di rumah setiap rakyat Malaysia dengan perwatakannya yang ceria dan juga mengeratkan silaturahim dengan menggalakkan semua orang untuk meluangkan lebih banyak masa bersama menerusi aktiviti seperti membuat kuih dan biskut raya,” kata Tang lagi.

“Reckitt Benckiser sentiasa berusaha untuk menggembirakan para penggunanya dengan produk inovatif dan berkesan yang dapat menyihatkan para pengguna dan menceriakan seisi keluarga. Dengan Dettol dan Air Wick serta Resepi Koleksi Khas Chef Anis Nabilah untuk menyambut Ramadan tahun ini, kami benar-benar berharap agar kami dapat mengeratkan silaturahim antara ahli keluarga dalam kalangan masyarakat Malaysia,” kata Tang.



Chef Anis Nabilah turut meluahkan kegembiraannya untuk menyambut Raya hari ini bersama Dettol dan Air Wick.“Ramadan sentiasa merupakan bulan yang sibuk bagi saya kerana saya perlu membuat persiapan Raya, daripada menyediakan makanan sehinggalah membuat kuih Raya bagi keluarga dan rakan-rakan. Satu tip yang ingin saya kongsikan kepada semua adalah betapa pentingnya bagi anda untuk memastikan kebersihan ruangan dan alatan memasak, dan jangan lupa untuk membasuh tangan sebelum dan selepas memasak atau membuat kuih. Setelah penat memasak, saya pastikan rumah saya kekal harum dengan semburan wangian Air Wick – saya lebih menggemari semburan wangian automatik kerana ia memudahkan saya!”



Mengenai Dettol
Dettol telah menjadi jenama antiseptik yang dipercayai sejak tahun 1932 dan adalah jenama antiseptik terkemuka di dunia serta juara yang dipercayai dalam penjagaan kesihatan keluarga. Produk Dettol mempunyai piawaian yang tinggi untuk membunuh kuman dan disyorkan oleh pakar-pakar kesihatan untuk keupayaannya dalam mengekalkan keluarga yang sihat. Jenama ini kekal kontemporari menerusi pelancaran produk baharu dan menawarkan pelbagai kategori produk yang boleh membantu melindungi kita daripada kuman. Ini termasuk gel mandian, sabun, sanitasi tangan, pencuci tangan dan tisu basah anti-bakteria. Dettol merupakan jenama yang dipercayai di kalangan ibu-ibu untuk melindungi ahli keluarganya sepanjang hari.

Mengenai Air Wick
Air Wick mula menawarkan produk wangian rumah pada tahun 1943 di Amerika Syarikat. Jenama tersebut kemudiannya berkembang pada tahun 1953 sehinggalah ke Eropah, Kanada, dan Australia. Kini, produk Air Wick boleh didapati di lebih daripada 60 buah negara termasuklah Malaysia. Jenama tersebut menawarkan pelbagai jenis wangian rumah, termasuklah wangian secara elektrik, semburan automatik, semburan segera, gel aroma, dan banyak lagi. Wangian rumahnya juga merangkumi pelbagai jenis, dari wangian bunga hinggalah ke wangian segar, lavender, sitrus dan banyak lagi. Air Wick memastikan rumah anda sentiasa segar, wangi, serta melambangkan personaliti tuan rumah.



Korang yang nak dapatkan koleksi resepi khas Chef Anis secara PERCUMA bolehlah layari laman Facebook Dettol Malaysia dan jangan lupa untuk join contest tu ya! Mana tahu korang di antara 8 yang bertuah tu, bolehlah bakar kuih raya dengan Chef Anis Nabilah. Mana tau jugak kalau rezeki Kak Bell terpilih untuk join jugak bakar kuih raya tu nanti kan!

Caranya mudah seperti kat bawah ni:
1. Like Facebook: Dettol Malaysia
2. Beli produk Dettol ataupun Airwick yang bernilai RM25.00 ke atas
3. Hantar penyertaan secara online melalui Facebook Dettol Malaysia.
4. Simpan resit pembelian untuk pengesahan.
Tempoh penyertaan: 1 - 14 Mei 2017

Di kesempatan ni juga, Kak Bell nak mengucapkan Salam Ramadhan buat semua ya. Make sure puasa penuh ya! Semoga Ramadan kalian berjalan dengan tenang dan penuh keberkatan dengan perlindungan bebas kuman dari Dettol serta wangian Air Wick di rumah. Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook Dettol Malaysia bermula dari bulan Mei.















CONVERSATION

0 comments:

Instagram

Follow Us