Apakah Teknik Memasak Nasi Yang Betul?

Hi Korang! Pandai masak nasi kan? Ke pandai makan je? Kali ni, Kak Bell nak kongsikan tips dan teknik macam mana nak masak nasi. Bukannya apa, kadang-kadang tu nasi yang di masak terlebih air lah, sedikit keras. Beras ni pun ada banyak jenis kualiti beras di pasaran. Bila kita menggunakan jenis beras yang berbeza, sukatan air dan cara memasaknya pun berbeza. Selalu dulu kalau masak nasi, mak mesti suruh gemburkan nasi bila airnya dah kering untuk menjadikan nasi yang dimasak lebih elok dan berbutir. Teknik Masak Nasi ni Kak Bell baca dan kongsikan semula dari rasa.my. Kak Bell kalau masak nasi lebih suka ikut sukatan cawan. Kita share ilmu memasak nasi yer.


1. Sukat guna cawan
Kebanyakan orang kebiasaannya menggunakan cawan untuk menyukat beras. Pastikan korang menggunakan cawan yang sama bagi menyukat jumlah beras dan air. Boleh guna formula terbaik untuk memasak nasi adalah 2:3 iaitu 1 cawan beras bersamaan dengan 1 1/2 cawan air.

2. Gembur nasi
Untuk menjadikan nasi yang dimasak jadi lebih elok dan berbutir, korang boleh menggembur nasi sebaik sahaja airnya dah kering. Gembur dengan lembut supaya nasi tidak hancur dan tutup semula periuk sehingga nasi benar-benar masak.

3. 3 kali basuh beras
Untuk elakkan nasi cepat basi, bilas dan basuh beras sebanyak 3 kali. Kurang daripada itu akan menyebabkan kanjinya terlalu banyak dan nasi mudah basi kerana teksturnya cenderung untuk menjadi lembik.

4. Guna jari hantu
Selepas beras dibilas, ratakan permukaan beras dan celupkan jari hantu ke dalam air. Pastikan jari berada di atas permukaan beras dan sukatan air haruslah berada pada satu ruas jari.

5. Masak atas dapur
Jika memasak nasi di atas dapur, kena selalu tengok supaya nasi tidak hangit. Bila air mulai kering, anda harus perlahankan sedikit api supaya nasi masak perlahan-lahan tanpa menghangitkannya. Kemudian, gembur nasi dan dibiarkan selama lebih kurang 7-10 minit lagi supaya ia benar-benar kering dan masak dengan sekata.

6. Lebihan nasi
Untuk membuat nasi goreng, haruslah menggunakan nasi yang lebih keras. Jika nasi yang digunakan lembik, nasi goreng akan hancur dan tidak sedap. Lebih elok simpanlah di dalam peti ais supaya teksturnya menjadi lebih cantik dan sesuai digoreng.

7. Masak beras Basmathi
Untuk memasak beras basmathi, caranya tidak sama seperti anda memasak nasi biasa. Gunakan sukatan air dan beras yang sama. Katakan korang guna 3 cawan beras, maka airnya juga haruslah 3 cawan air.

8. Masak beras perang
Untuk beras perang, caranya lain sedikit. Sebaiknya beras ini direndam dua jam sebelum dimasak untuk memudahkannya menjadi lembut. Sama seperti beras basmathi, sukatan air juga harus dikurangkan dari kuantiti beras yang digunakan.


Sumber:http://www.rasa.my

CONVERSATION

0 comments:

Instagram

Follow Us