Thermomix TM5 : Multifunction Kitchen Gadget

Hi Korang! Masak hidangan apa untuk malam ni ya? Kadang-kadang korang ada tak perasaan malas nak memasak? Bukannya apa, masa penyediaan bahan untuk memasak tu usually takes time. Kalau bahan memasak semua dah tersedia senanglah kerja, cuma campakkan sahaja bahan-bahan. Untuk entri kali ni, Kak Bell nak kongsikan pengalaman memasak bersama chef Olivia Tan yang menggunakan Thermomix TM5 yang sangat versatile! Event berlangsung pada 29 Mac 2017 yang lepas di Bofi Showroom, Seksyen 12, PJ. Baru ada ruang untuk Kak Bell kongsikan dengan korang semua. Sibuk katanya!

Model bersama replika Thermomix TM5!


Masuk je dalam showroom, terus nampak ni. Memang betullah katanya. Kalau dapat hadiah kitchen yang cantik macam ni bahagianya hidup kan! Okay, so Kak Bell start dengan apa dia Thermomix TM5?


What is Thermomix?
Thermomix® from Vorwerk is a unique all-in-one kitchen appliance that will enhance the way you cook by helping to unlock your full culinary potential while saving you time and effort. Its compact design takes up only slightly more surface area on the worktop than an A4-sized sheet of paper, yet packs enormous power, versatility and innovation, while taking on numerous jobs for you in the kitchen.


Thermomix® combines twelve appliances in one with functions that include weighing, mixing, chopping, milling, kneading, blending, steaming, cooking, whisking, precise heating, stirring and emulsifying.


Okay, kagum kan dengan kebolehan Thermomix TM5 ni di dapur? Kak Bell pun kagum tengok chef Olivia memasak 5 menu hidangan menggunakan Thermomix TM5 dalam masa hanya 40 minit! Kalau Kak Bell, mungkin 5 jam agaknya baru siap memasak semua menu tu! Sangatlah mudah menggunakan benda alah ni, sampai tak payah nak kupas kulit bawang sendiri!




Dalam demonstrasi masakan haritu, chef Olivia masak hidangan nasi ayam, Chinese steamed bun, fried noodles, udang masak asam (tamarind prawns) dan juga minuman jus lemonade. Masa event tu, Olivia menggunakan 3 set Thermomix TM5, takkan sekejap-sekejap nak pergi cuci bekas kan. Yang penting, dia tetap kelihatan anggun lepas siap sediakan semua hidangan. Kalau Kak Bell, memang dah rupa bibik la jawabnyer. Selain tu, dapur pun kekal bersih, tak kotor langsung yer! Bab kebersihan dapur ni memang penting, sakit hati nak mengemas kalau dapur ditinggalkan bersepah-sepah selepas penggunaan kan. So dah penat chef memasak, sessi food testing pula. Overall semua masakan memang sedap!

Di antara menu hidangan dimasak dengan Thermomix TM5

Steamed Rice

Chicken Rice

Fried Noodles

Tamarind Prawns

Chinese Steamed Bun & Jus Lemonade


Penggunaan Thermomix TM5 memang akan memudahkan kerja korang di dapur. Sebelum sesi memasak tadi, sedikit penerangn diberikan oleh JC Lim, Executive Director of Thermomix Malaysia tentang cara menggunakan Thermomix TM5. Yang paling best Thermomix TM5 ni boleh dimasukkan dengan 175 jenis resepi melalui Digital Recipe Chip, siap dengan langkah-langkah memasak! Suhu dan masa memasak juga boleh di setkan untuk setiap langkah memasak. Kalau korang nak tahu, korang boleh masak 3 menu sekaligus dengan menggunakan 1 Thermomix TM5 ni. Terdapat compartment yang berbeza untuk all-in-one step memasak. Bila masakan siap, alat ni akan menyanyi (berbunyi) menandakan the cook is done! Senang dan mudah kan? Nak memasak dalam bilik tidur atau sesambil make-up pun boleh yer. Konpem sedap dan menjadi je masakan korang nanti. The most important thing is producing healthy meals!


Selain cooking show ni, Chef Olivia Tan juga melancarkan buku masakannya yang bertajuk "Cooking With Olivia:Chinese Flavours". Dalam buku tersebut, Chef Olivia berkongsi resepi hidangan  kegemaran keluarganya disamping mengekalkan rasa asli masakan dengan menggunakan Thermomix TM5.


Title: Cook with Olivia Chinese Flavours
Published By: Thermomix Malaysia | True Mix Sdn. Bhd.
Price: RM150
Point of Purchase: www.thermomix.com.my

Dah alang-alang dapat berjumpa dengan Olivia Tan, haruslah nak bergambar kan. Kenapa awak cantik sangat yer? Terpelanting Kak Bell tau! Kagum dengan Olivia yang manages her work and life at home and still manage to build a career as a stay at home mum!



Last but not least, selain goodies bag dari Thermomix Malaysia, Kak Bell dapat menang Lucky Draw. Dapat 2.2 Liter Thermo Server uolss! Seronok sangat, bolehlah Kak Bell gunakan untuk kegunaan harian. Kalau dapat sibijik Thermomix TM5 ni pun bagus jugak kan??


With JC Lim, Executive Director of Thermomix Malaysia


Goodies : Thermomix Mat, Crispy Granola & etc.


My Lucky Draw!

Harga Jualan : RM6,488 (Termasuk GST)
Apa yang korang dapat dalam pakej pembelian:
  • The official Thermomix Basic Cook Book dengan 175 resepi
  • The Recipe Chip of Thermomix Basic Cook Book untuk panduan memasak 175 resepi
  • Thermomix e-newsletters secara percuma
  • Personal Thermomix support

Untuk maklumat lanjut boleh layari website & FB page Thermomix Malaysia.
Website
Facebook

CONVERSATION

0 comments:

Instagram

Follow Us