Terung Masak Sambal

Hi Korang! Asalnya plan awal nak buat kari ikan dengan terung. Dah siap-siap, rupanya serbuk kari pula dah habis. Nak turun kebawah dari tingkat 16 ni, malaslah pulak. Hujung-hujung, sambal jugalah jadinya. Kak Bell buat sesimple yang boleh je resepi ni. Untuk terung tu, tak payah nak goreng lama-lama. Nanti hodoh pulak bila dah terlalu lembik. Oklah korang, Kak Bell nak makan ayam masak merah ni. Chef kedua yang masak sebab Kak Bell sibuk depan lappy. Selamat mencuba ya!


Bahan A
2 biji terung panjang (belah 2)
1/2 biji bawang holland (potong bulat)
3 sudu cili kisar
1 biji cili merah
Sedikit belacan
Garam dan gula secukupnya

Bahan B (tumbuk)
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara memasak;
1) Potong terung ikut kesukaan. Boleh belah 2 atau potong kecil.
2) Panaskan minyak dn goreng terung hingga layu. Kemudian angkat.
3) Tumis bahan B sampai naik bau, kemudian masukkan cili kisar.
4) Bila cili kisar dah pecah minyak, tambahkan belacan, garam dan gula secukupnya.
5) Masukkan terung yang dah digoreng tadi, bawang holland dan cili merah.
6) Kacau seketika dan bolehlah dihidangkan.

TIPS!
  • Rendam terung yang dipotong dalam air untuk elak lebam.
  • Optional untuk tambah segenggam udang kering atau ikan bilis.
  • Boleh tambah air asam jawa.


CONVERSATION

4 comments:

Amanda Suria said...

Terliur iolls tau...dh la fav ni..

Bella Jamal said...

Ye ke Kak SA? Buat akak terliur pulak yer. Means menarik lah masakan kita ni. Hehehe

Mawardi Yunus said...

simple tapi nampak menarik

Bella Jamal said...

Tq!

Instagram

Follow Us