Rangkaian Sos Asian Twist Lee Kum Kee - Kelainan Cita Rasa Enak Dengan Selera Asia

Hi Korang! Masak apa harini? Teringin pulak rasanya nak makan salad. Lately, selalu sangat makan tengah-tengah malam, macam bersahur dah! Sebenarnya, tak adalah suka sangat makan salad. I am not a rabbit, and I don’t enjoy eating like one. Tak lalu juga nak makan sayuran je hari-hari. Btw, kalau dapat makan salad yang rangup, mix of flavors bersama dressing yang sedap, memang layan lah. Yang paling penting 'salad dressing' tu kene sedap! Okay, so ceritanya, Kak Bell nak kongsikan tentang rangkaian Sos Asian Twist dari Lee Kum Kee yang menjanjikan tarikan rasa yang berlainan kepada hidangan korang dan semestinya menjadikan juadah lebih lazat.


Lee Kum Kee Malaysia sekarang memperkenalkan rangkaian sos Asian Twist terbaru dengan perisa enak dari Vietnam, Jepun dan Thailand! Sos Asian Twist ni datang dalam tiga rasa yang berbeza iaitu Vietnamese Style Lemon Dressing, Japanese Style Dressing & Thai Sweet & Sour Dressing.

Vietnamese Style Lemon Dressing memberikan sentuhan segar kepada hidangan dengan perahan buah lemon dan madu yang membuka selera manakala Japanese Style Dressing pula menambah keenakan dengan perisa umami yang unik dalam setiap hidangan bersama campuran cuka beras, kicap, bijan dan sos lada masin. Menjadi kegemaran sejati bagi rakyat Malaysia yang sukakan rasa yang berbeza, Thai Sweet & Sour Dressing bakal menjadi pilihan utama dengan perisa dari cuka beras serta sos ikan.

Japanese Style Dressing


Tanpa MSG tambahan, rangkaian Asian Twist oleh Lee Kum Kee adalah sos yang boleh digunakan sebagai kuah salad atau pun pencicah. Tidak kira sama ada korang nak jadikan sebagai sos untuk gandingan dalam hidangan salad rangup, celupan enak untuk popia dan gyoza, atau ingin menyediakan sandwich lebih lazat untuk bekal makan tengah hari anak, Asian Twist oleh Lee Kum Kee mampu menambahkan perisa menarik kepada sebarang hidangan Asia atau pun Barat.

Thai Sweet & Sour Dressing

Semua orang tahu bahawa sos adalah rahsia sebenar yang menjadikan sesuatu hidangan itu lebih lazat, tetapi tidak semua orang mempunyai masa atau kemahiran menyediakan juadah yang lazat dan memuaskan hati dari bahan asas. Sos Asian Twist oleh Lee Kum Kee menawarkan penyelesaian mudah yang serba boleh kepada pengguna bagi menyediakan hidangan snek sihat yang sedap rasanya.

Vietnamese Style Lemon Dressing

“Tidak mudah untuk mendapatkan keseimbangan, antara penyediaan yang senang dengan pemakanan yang sihat terutamanya pada harga yang berpatutan, tetapi kini dengan sos Asian Twist oleh Lee Kum Kee, pengguna boleh menyajikan salad lazat dan menyediakan snek di rumah atau di tempat kerja dalam masa yang singkat. Rangkaian baru sos ini sesuai untuk mereka yang sentiasa sibuk serta mahukan penyelesaian juadah segera tanpa mengetepikan faktor pemakanan sihat,” kata Encik Vincent Chui, Pengarah Pemasaran Serantau Lee Kum Kee Malaysia.

Rangkaian sos Asian Twist oleh Lee Kum Kee ni dijual pada harga runcit RM8.90 setiap satu dan boleh didapati di semua cawangan AEON, Ben’s Independent Grocer (BIG) dan Village Grocer. Kalau korang nak cuba 'dressing sauce' terbaru ni boleh dapatkan di mana-mana gedung yang berhampiran kay. Paling penting, rangkaian sos ni tiada bahan tambah MSG. Memang sesuai untuk pelengkap rasa juadah korang. Dah buat salad atau sandwich tu, bolehlah delivery kat Kak Bell sikit yer!







CONVERSATION

2 comments:

Mawardi Yunus said...

la sos ke ni? ingatkan minuman togurt. huhu

Bella Jamal said...

Dressing sos. i pun memula ingatkan sos tiram.hehe

Instagram

Follow Us