Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil To Foam Dual Cleansing - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil To Foam Dual Cleansing

Trending

Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil To Foam Dual Cleansing

Hi Korang! Kembali lagi Kak Bell dalam segmen kecantikan. Baru-baru ni, Kak Bell dapat invitation untuk join Neutrogena Beauty Squad. Walaupun kita ni tak lah semulus model-model produk kecantikan di pasaran, tapi Kak Bell haruslah tak nak lepaskan peluang. Kak Bell pun cantik jugak kan? Tak dinafikan, memang semua orang sukakan kecantikan, dah menjadi lumrah. So, nak jadi cantik, kenalah usaha jugak kan. Ingat tidur 10 jam macam baby, bangun-bangun terus je cantik macam Beyonce. Begitulah perumpamaannya kan! Btw, paling penting adalah pemilihan produk yang betul dan sesuai untuk kulit, serta buat rutin penjagaan harian seperti gunakan pembersih muka, toner & juga pelembap bagi menjaga kesihatan kulit wajah kita.


Teruja sangat dapat kotak kuning Happy Skin 24/7 kit dari Neutrogena ni. Kalau korang nak tahu, Neutrogena ni merupakan produk kecantikan dari Korea Selatan. Korean fans mesti tahukan? Dalam kotak ni terdapat 3 produk Neutrogena Deep Clean diantaranya Deep Clean Cleansing Oil to Foam, Deep Clean Foaming Cleanser dan Deep Clean Blackhead Eliminating Scrub. Kesemua produk ni Kak Bell dah cuba dan Kak Bell akan ceritakan tentang produk Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil To Foam yang paling Kak Bell suka daripada kotak kuning yang cantik ni.


Disebabkan seharian Kak Bell menggunakan make-up, pemilihan make-up remover yang bagus dan baik memang jadi perkara paling utama sebelum nak membersihkan wajah. Mostly, kebanyakkan produk make-up adalah oil based, jadi kenalah cari make-up remover yang sesuai dan power untuk tanggalkan make-up. Sebelum ni, Kak Bell gunakan kapas untuk bersihkan make-up dan kemudian baru cuci muka. Jadinya, nak ceritalah yang produk Deep Clean Cleansing Oil to Foam dari Neutrogena ni dirumus khas sebagai pembersih muka yang berkesan dan efektif untuk wanita-wanita sibuk macam Kak Bell ni. Sibuklah sangat kan!

Terdapat 3 jenis oil to foam cleanser dalam Deep Clean range ni iaitu Original, Brightening dan juga Hydrating. Kak Bell gunakan Deep Clean Cleansing Oil To Foam Original untuk Normal/Combination skin. What i like the most, produk ni merupakan pencuci muka dua fungsi (dual cleansing action) iaitu sebagai make-up remover dan juga pencuci muka. Senang kerja, dua fungsi dalam satu botol pembersih muka!

Deep Clean Cleansing Oil to Foam 142ml
Skin Type : Normal/Combination skin
Harga pasaran:RM44.90

Okay, sekarang ni Kak Bell nak tunjukkan kat korang keberkesanan penggunaan produk ni sebagai make-up remover dan pembersih muka. Cara penggunaannya sangat mudah:
1) Letak 2-3 pam cleansing oil pada tapak tangan dan urut lembut pada muka untuk tanggalkan make-up.
2) Aktifkan produk dengan sedikit air dan cairan dalam bentuk minyak tadi akan bertukar kepada buih pencuci.
3) Bilas dengan air.

Sangat efektif dengan satu basuhan! Korang boleh tengok demonstrasi yang Kak Bell buat kat bawah ni. Secara ilustrasi ajelah yer. Kak Bell gunakan eyeshadow Revlon, Elianto punya mascara, lipstik dan eyeliner & CC cream untuk eksprementasi.


Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil ni memang berkesan bersihkan semua make-up dan kotoran. Bila korang buat urutan lembut kat muka, cleasing oil tu akan larutkan semua make-up dan bertukar kepada bentuk buih pembersihan bila diaktifkan dengan air. Seriously, memang Kak Bell sukakan tekstur foamnya yang lembut semasa cuci muka. Baunya pun memang wangi dan tak ada bau yang terlalu kuat. It smells good enough, yang akan membuatkan korang rasa best sangat bila gunakan produk ni. Dengan skala pH 5.5, produk ni memang sesuai untuk semua jenis kulit. Dari apa yang Kak Bell perasan, muka tak terasa tegang dan kering selepas menggunakan cleansing oil ni.

Pencuci ni mengandungi ekstrak daun Rosemary & ekstrak daun Oleifera yang kaya dengan nutrien dan bertindak sebagai bahan antioksida disamping ciri astringen untuk menegangkan kulit tanpa menghilangkan lembapan kulit. Maksudnya, produk ni tak menjadikan kulit kita rasa tegang dan kering. Selain tu juga, produk ni non-comodogenic (tidak akan menyumbat liang), ophthalmologist & dermatologist tested. So, korang tak payah nak risau semasa gunakan produk dari Neutrogena ni.


Secara keseluruhannya, produk 2-in-1 ni memang berkesan dan sangat efektif untuk korang cuba. Sangat sesuailah bagi yang malas nak menanggalkan make-up dan mencuci muka! Wanita busy berkerjaya katanya kan! Btw, untuk mascara dan eyeliner agak susah sikit nak hilangkan. Kak Bell sarankan, bersihkan dulu menggunakan kapas sebelum cuci keseluruhan bahagian muka. Packaging produk ni juga menarik dan ergonomik supaya senang dipegang. Selain tu juga, bekas ni menggunakan kaedah 'vacuum pump bottles' untuk keluarkan bahan produk semasa penggunaan. Cuma dengan 2-3 pam saja dah cukup untuk cuci muka korang! Bekas produk juga kukuh dan didatangkan dengan penutup bekas yang tak mudah tertanggal, sesuai untuk korang bawa semasa travel. Nak bawak berlari pun boleh. Memang tak akan tumpah. Okay, Kak Bell bagi rating 4/5!!
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post