Kobis Bungkus Inti Ayam (Stuffed Steamed Cabbage)

Hi Korang! Harini masuk hari ke-5 Kak Bell masih batuk-batuk manja. Bilalah nak baik ni yer. Stress pulak dibuatnya. Nak ke dapur, memang tidaklah jawabnya. Jadi, Kak bell jadi keyboard warrior kejap siapkan resepi yang tak terpublish lagi ni. Resepi sihat pada kali ni ialah Kobis Bungkus Inti Ayam. Korang pernah makan tak masakan ni? Masa mula-mula Kak Bell nak mencuba resepi ni, terpikir juga tak terkoyak ke kobis ni bila nak dibungkus dengan inti. So, selagi kita tak mencuba kita takkan tahu kan. Untuk resepi ni, Kak Bell pilih untuk gunakan inti ayam. Mungkin lepas ni boleh cuba gunakan inti daging pula. Menu ni, memang senang dan mudah nak buat. Sekali masak, semua cukup. Ayam, sayur, sayur, dan sayur. Tambahan pula tak payah gunakan setitik minyak masak pun. Sihat kan? Alhamdulillah, kurus lepas ni yer. Hiks! Okay jom tengok resepinya.


Bahan A
10 helai daun kobis cina
300 gram ayam cincang
Lada sulah
Lada hitam
Sedikit garam
Serbuk perasa Maggie

Bahan B (potong dadu)
2 biji bawang merah
5 biji bawang putih
2 biji tomato
2 biji cili merah
2 batang lobak saiz kecil


Cara membuatnya:
1) Potong bahagian bawah kobis cina dan asingkan 10 helai daun kobis. Celur sekejap hingga layu.


Kobis cina yang dah dicelur

2) Asingkan bahagian daging ayam dan cincang (Kak Bell guna manual chopper). 
3) Perasakan ayam cincang tadi dengan lada sulah, lada hitam, sedikit garam dan serbuk perasa. Perapkan sekejap.

Ayam cincang dengan perapan

4) Hiris dadu cili merah, bawang merah, bawang putih, lobak dan tomato.

Bahan B

5) Campur bahan B dengan ayam cincang, gaul hingga sebati.


6) Ambil kobis yang sudah dicelur, isi dengan adunan inti.
7) Padatkan inti dan gulung daun kobis hingga kemas.


8) Kukus hingga masak lebih kurang dalam 20 minit.



TIPS!
  • Boleh gunakan daging atau ayam kisar ready made.
  • Cari kobis cina yang bersaiz agak besar, supaya senang nak gulung/lipat.
  • Boleh gunakan apa jua sos yang sesuai sebagai pencicah.

Okay, dah pun siap kobis bungkus Kak Bell ni. Masa mengukus baunya memang harum. Bau ayam dengan kobis cina memang membuka selera. Makan masa panas-panas memang syok yer! Untuk sos Kak Bell guna sos cili botol aje. Dah malas nak buat sos pencicah. Kalau korang nak, boleh guna resepi pencicah di resepi Popia Vietnam ni. Bolehlah korang cuba untuk kelainan dalam menu masakan. Sempat Kak Bell tapaukan kobis bungkus de'Bella buat kawan-kawan di opis. Alhamdulillah semua cakap sedap. Pandai juga Kak Bell ni memasak yer. So, ada persandingannya tak lepas ni? K Bye!

CONVERSATION

0 comments:

Instagram

Follow Us