Ikan Senangin Masak Sambal

Hi Korang! Ni resepi mudah. Ikan goreng sambal. Kali ni Kak Bell gunakan ikan senangin. Sebelum ni dok mencari-cari ikan senangin tak ada pulak dijual kat kedai bawah ni. Suami ilusi Kak Bell cakap suka makan ikan senangin masak asam. Lepas-lepas ni lah Kak Bell cuba buat yer. Btw, untuk hari ni Kak Bell buat ikan goreng je, digandingkan dengan sambal. Bolehlah bagi yang mana nak cuba resepi sendu ni.


Bahan-bahan:
2 ekor ikan senangin
3 sudu cili kisar
1/2 biji bawang holland
1 biji cili hijau/merah
1 biji tomato
Garam & perasa secukupnya
Air asam jawa
Sedikit belacan
*stok cili kisar, Kak Bell dah siap blend
dengan bawang merah dan putih

Cara penyediaan:
1) Garam dan kunyitkan ikan senangin, kemudian ikan digoreng garing.
2) Gunakan satu senduk minyak menggoreng ikan, tumis bawang kisar hingga naik bau.
3) Masukkan cili kisar dan tumis sampai pecah minyak.
4) Tambahkan air asam jawa, sedikit belacan dan kacau hingga sambal sedikit kering.
5) Perasakan dengan perasa, garam dan gula secukupnya.
6) Masukkan tomato dan cili hijau atau cili merah dan hirisan bawang holland.
7) Kacau rata, bila dah sebati bolehlah tutup api.
8) Angkat dan curahkan sambal di atas ikan senangin goreng tadi.

Ikan Senangin

Ni video ni, saje je Kak Bell buat. Teknik menyiram ikan goreng dengan minyak panas. Ikan pun ada upacara bersiram. Hehe. Tak nak bagi melekat kat kuali katanya. Ada jugak yang bagi petua tak nak ikan melekat gunakan asam keping. Bolehlah cuba yer. 


Gambar kat bawah ni, lagilah menu simple sebab malas dn benda tu je yang ada dalam peti ais! Okaylah, Kak Bell nak pergi basuh ayam ni. K bye!

Tumis sayur labu dengan kucai

CONVERSATION

0 comments:

Instagram

Follow Us