Fast & Furious 8:The Fate of the Furious (2017)

Hi Korang! Dah pi tengok cerita FF8 tak? Kak Bell dah pergi menonton show midnight haritu. Macam biasa lah full house. Sakit leher yer dapat 2nd row depan screen. Next show pun sama jugak. Row depan aje yang available. Tak merancang pun nak pergi menonton, kebetulan ada kawan yang nak belanja, so jangan nak banyak komplen ye tak? Layankan saja. Citer best kot!


Pengarah : F. Gary Gray
Penulis : Chris Morgan
Pelakon : Vin Diesel (Dom/Dominic Toretto), Dwayne Johnson (Hobbs), Jason Statham (Deckard), Michelle Rodriguez (Letty Ortiz), Tyrese Gibson (Roman), Chris 'Ludacris' Bridges (Tej Parker), Scott Eastwood (Little Nobody), Nathalie Emmanuel (Ramsey), Kurt Russell (Mr. Nobody) and Charlize Theron (Cipher)
Running: Time : 136 minutes
Genres : Action, Crime, Thriller
Release date : April 14, 2017

Movie ni berlatarkan Havana, di mana si Dom (Vin Diesel) dengan Letty (Michelle Rodriguez) ni sedang honeymoon. Cerita bermula dengan 'street race' diantara Dom dengan Fernando disebabkan cousin Dom ni tak bayar duit kereta. So, Dom bertaruh kereta dia, dan berlumba untuk memenangi kereta Fernando. Yang penting, si Dom ni berlumba pakai kereta cousin dia yang buruk tapi dah equipped with Cuban nitrous oxide. Walaupun kereta tu terbakar, haruslah hero juga yang menang kan.


Kisah bermula keesokan harinya, bila perempuan cantik cyberterrorist Cipher (Charlize Theron) approach Dom using threats supaya Dom bekerjasama dengan dia dan membuatkan Dom betray keluarga dan kawan2 dia. Cipher bagi misi untuk Dom curi EMP device daripada teamnya sendiri dan menyebabkan agent Hobbs ditangkap dengan polis German. Hobbs dipenjara di dalam penjara yang sama dengan Deckard Shaw. So, haruslah dorang berdua ni bergaduh kan. Later, dorang berdua ni dapat escape dari penjara hasil daripada drama oleh pihak intelligence operative Frank Petty & protegenya Eric Reisner. So dorang ni, rekrut Deckard untuk tolong Hobbs dan team dorang untuk cari Dom dan tangkap Cipher.



Lepas Cipher dah dapatkan EMP device, base team baik kena attack dan Cipher berjaya curi God's Eye (Ramsey's software program). Jadinya, mission Cipher ni nak lancarkan submarine nuklear menggunakan EMP device. So bermulalah aksi kejar mengejar kereta, bom sana sini dan silalah tonton yer..

Cipher

Scott Eastwood


Okay, cerita The Fate of the Furious memang best. Tak bosan dan tak mengecewakan langsung. Walaupun Kak Bell tak tengok lagi FF7! Nasib baiklah kawan Kak Bell ni cerita sikit-sikit. Bolehlah paham kan. Di antara part best, bila Cipher godam semua kereta auto dan memprogram semula untuk auto-drive, supaya bikin suasana kucar kacir. Selain tu, yang paling tak sangka Dom mintak bantuan dari Shaw family untuk bantuan. Sebab apa, Dom betray famili dan kawan2 korang tengok sendiri nanti yer. Btw, ujung-ujung si Cipher terlepas jugak, so nantikan ajelah FF9 yer!

Berapa bintang nak bagi? : 7/10





Ha, kenal tak siapa kawan Kak Bell ni? Pelakon Guardian Galaxy hokkay. Kay Bye!




CONVERSATION

0 comments:

Instagram

Follow Us