Bihun Goreng Simple | Simple Fried Bihun - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Bihun Goreng Simple | Simple Fried Bihun

Trending

Bihun Goreng Simple | Simple Fried Bihun

Hi korang! Walaupun semalam Kak Bell tak berapa nak sihat, gagahkan juga diri untuk memasak. Dari melayan perasaan sakit tu baik Kak Bell buat aktiviti sikit. Lagipun dah lama dapur tak berasap. 2,3 resepi pending nak buat, kekononya sibuk lah sangat kan! Macam biasalah, konsep dapur Kak Bell ni gunakan apa je bahan yang ada. So, terhasillah bihun goreng ni ha. Bihun goreng aje pun! For sure, korang lagi pandai buat bihun goreng kan. 


Resepi ni, Kak Bell gunakan udang kering sebab ikan bilis tak ada dan sengaja Kak Bell tambahkan perisa segera Adabi untuk bahan tumis. Bukannya apa, sebab udang kering pun ada secoet je pun, jadi tambah perencah segera bagi sedap sikit katanya. Kalau yang tak paham, 'secoet' tu maksudnya kuantiti udang tu sikit. Tak padan pulak dengan sekawah bihun yang nak dimasak! Okay, jom tengok resepi simple ni.


Bahan A
1 bungkus bihun
1 paket perencah bihun Adabi
Sayur sawi
3 biji tomato
3 biji tauhu
2 biji cili merah
3 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
Minyak masak
3 sudu cili kisar
Perasa (jika suka)

Bahan B (bahan tumbuk)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Segenggam udang kering

Cara memasak:
1) Rendam bihun dengan air biasa terlebih dahulu sebelum memasaknya. Toskan bihun yang dah lembut.
2) Tumbuk semua bahan B. Udang kering tu rendam terlebih dahulu ye.




3) Panaskan minyak dan goreng tauhu yang dah dipotong 2. Goreng setakat bahagian luar tauhu masak.
4) Boleh gunakan minyak yang sama untuk tumis semua bahan B hingga naik bau.
5) Masukkan cili kisar dan boleh juga tambahkan perench Adabi tadi Kkacau rata sehingga naik bau dan cili kisar masak.

Tauhu goreng tu dipotong kecil. Nanti tercekik!

6) Tambahkan sos tiram, kicap dan bahan perasa. Kak Bell tak tambah garam dan gula sebab rasa dah ok.
7) Masukkan sedikit air, biarkan sambal pecah minyak dan baru masukkan bihun.
8) Kacau rata bihun dan boleh tambah lagi sedikit air jika bihun kurang lembut.
9) Gunakan api kecil, dan bolehlah masukkan tomato, sawi, cili merah dan tauhu yang dah di goreng.
10) Bila bihun dan rata, sayur dah layu bolehlah tutupkan api.


TIPS!
  • Rendam bihun dengan air biasa/sejuk. Kalau gunakan air panas bihun akan lembik dan hancur semasa menggoreng.
  • Boleh gunakan ikan bilis untuk bahan tumbuk.
  • Boleh tambah taugeh dan bahan lain sesuka hati.
  • Boleh rasa bahan tumis sebelum masukkan bihun dan sesuaikan rasa.


Dah gigih menumbuk lesung, menghayun sudip, makanya Kak Bell pun sihat sikit. Masak pulak macam buat katering, so pergilah tapaukan untuk jiran. Eloklah berkongsi rezeki dari tak habis dimakan. Makcik-makcik sangat Kak Bell ni kan. Btw, tadi menyinggah kat kedai PC, budak sales tu pun panggil Kak Bell aunty! Huwaaa! Memang dah taraf makcik ke? Kay Bye.
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post