Amazing Race Bangkok - Day 4

11/04/2017
Hi Korang! Sampai dah hari terakhir untuk episod Amazing Race Bangkok ni. Kitaorang check-out dari Kokotel Hotel pada jam 9.00AM dan ambil taxi terus ke Don Mueng International Airport. Jadi sebelum berangkat, kitaorang breakfast minum-minum kopi dulu gunakan kupon yang diberi oleh Kokotel Hotel. English breakfast gittew makan pancake. Kekononnya, nak buat episod Next Top Model Bangkok terus bertukar jadi Amazing Race sebab kegigihan memasing ke sana-kemari naik public transport! Paling win tuk-tuk oven tulah. Walaupun ada beberapa tempat yang tak dapat nak pergi seperti plan awal dalam itinerary seperti Siam Museum, Watt Pho, dan Grand Palace, episod travel kali ni tetap seronok juga.




TIPS!
  • Kalau korang datang ke Bangkok jika nak berbelanja eloklah datang ke Chatuchak Market sebab ada banyak pilihan kedai dan barang-barang yang jauh lebih murah. Lagi satu, eloklah datang awal pagi kat sini sebab tak nak menghadap mentari yang panas terik. Paling penting, pakai pakaian yang sesuai. Konpem panas kat Chatuchak Market tu!
  • Mostly local memang berkomunikasi dalam bahasa Thai. Segelintir je yang pandai English, especially kat kawasan pedalaman macam Kenchanaburi tu. Pemandu taxi pun kadang-kadang blur bila tanya tempat yang kita nak pergi. So, elok simpan alamat hotel supaya memudahkan perjalanan korang. Walaupun dah bagi alamat, tetap dorang tak tahu yer. Siap Waze pulak dalam bahasa Thai. Korang rasa?
  • Nak book hotel, cari yang berdekatan dengan tempat yang korang nak melawat. Senang boleh ambik cab je. Jimat kos! 
  • Jika ke Kenchanaburi, eloklah ambik van atau supir mengikut budget perjalanan korang. Sebab pengalaman berpanas dalam tuk-tuk oven dalam perjalanan yang jauh agak memenatkan. Sampai semua model pun sakit-sakit bila balik Malaysia.
  • Nak berbelanja murah di night market, korang boleh menelusuri night market di sepanjang jalan Pratunam, dan di Paladium Night Market. Kualiti barangan pun bagus.
  • Penting juga untuk beli 1 sim kad untuk pakej internet. Senang boleh waze, goggle jalan kalau dah tersesat. Selanjutnya, memang guna WiFi hotel lah kan. Tq pada Ms Ija Faye yang roaming cari tempat makan di Arab Town! Muah.
  • Pastikan korang tahu perjalanan itinerary korang,, supaya senang nak bawak apa, nak pakai apa kan. Nanti hujung-hujung kena marah dengan ketua delegasi Ms Tera. Hehe.



Sampai di Terminal 1 Don Mueng International Airport lebih kurang jam 11.30AM. Dah siap check-in luggage kitaorang makan di Restoren Bangmad.


Power bank bawak hand-carry ye

Restoren Bangmad ni terletak di Level 3, Terminal 2 (Domestic). Kalau korang jalan dari Terminal 1 (International), restoren ni di bahagian kanan dan berdekatan dengan Subway. Pilihan makanan pun banyak yang dah  di pek siap. Pilih je yang mana dan dorang akan panaskan semula untuk korang. Makannya pun sedap. Harga makanan bermula serendah 80Baht dan ke atas.

80Baht: Hot Basil Chicken with Rice, Garlic Chicken with Rice, Sweet & Sour Eggs with Rice
100Baht: Chopped Prawn Omelette with Rice, Stir Fried Minced Chicken with Hot Yellow Curry Paste with Rice and Boiled Egg, Thai Sausage
120Baht: Deep Fried Marinated Beef with Rice
130Baht: Chicken Briyani-Curry Chicken with Yellow Rice




Dah selesai urusan, tunggu flight balik pada jam 1330PM. Tamatlah episod Amazing Race selama 4 hari di Bangkok. Kenangan paling manis ialah perjalanan dengan tuk-tuk oven ni. Perjalanan ibarat disebelah unggun api yer! Ada jumpa tak model-model yang gigih amazing race macam ni? Love you gals! Jumpa lagi dalam episod travel Gadis Clever Girl seterusnya di Chiang Mai pulak on July. Ratree Sawad!

Tuk-tuk oven

Goodbye Bangkok!

CONVERSATION

4 comments:

TeraXskyn said...

Kaedahnya bracelet I putus, sedih!
Van bajetnya dlm 200-300 sorg.

Bella Jamal said...

Takpe.Nanti dapat gelang diamond baru ya!

Amanda Suria said...

Jom la bawak akak pi Bangkok ha....nak pi shopping dress banyak2..sana murah...

Bella Jamal said...

Kene planlah nanti. Nak ke Chiang Mai ni nanti

Instagram

Follow Us