Amazing Race Bangkok - Day 3 (Part 2)

10/04/2017 (Part 2)
Hi Korang! Okay harini Kak Bell sambung lagi cerita part 2 untuk hari terakhir di Kenchanaburi. Selepas habis aktiviti di Hellfire Pass Museum, perjalanan diteruskan ke Erawan Water Fall. Perjalanan sejauh 70.3KM dan ambil masa dalam 1 jam lebih perjalanan dengan menaiki tuk-tuk oven ni. Kalau korang nak naik bus dari Kanchanaburi, boleh ambil bas bernombor 8170. Perjalanan menaiki bas lebih kurang 2 jam (45Baht one way). Sampai di Erawan Water Fall dalam jam 1320pm. Tiket masuk berharga 300Baht per person dan transport 30Baht. Nak masuk ke dalam kawasan air terjun kena naik kereta golf kat bawah ni dengan bayaran 50Baht. Waktu lawatan bermula dari jam 8AM-4.30PM. As usual,kalau melawat kawasan hutan atau air terjun, korang mesti kena turun semula sebelum waktu petang untuk keselamatan.



Erawan National Park ni merupakan Taman Negara Thailand yang ke-12 dan di antara taman negara yang popular di Thailand. Terletak di kawasan baratlaut Bangkok berdekatan dengan sempadan Myanmar. Terdapat kawasan air terjun, gua-gua dan juga tempat perhilitan hidupan liar seperti gajah dan rusa. Btw, chances untuk jumpa binatang-binatang ni memang terhad. Korang kena pergi further jauh ke dalam Taman Negara Erawan ni. Kat sini kitaorang hanya melawat ke Erawan Waterfall saja dan tak ada buat aktiviti yang lain.


Erawan Waterfall ni dinamakan sempena dengan Erawan, gajah putih berkepala 3 dalam mitologi Hindu. Terdapat 7 tingkat air terjun kat sini dan air terjun tujuh tingkat ni dikatakan menyerupai Erawan (resemble the Erawan). Dikatakan air terjunnya cantik, berwarna emerald green yang menjadi tarikan utama kat sini. So, korang nantikanlah boleh tengok keadaan air terjun Erawan ni yer. Btw, Kak Bell cuma pergi sampai air terjun tingkat 4 je. Dah tak larat nak naik tangga yang macam tangga Batu Caves tu!


Masa sampai haritu, kawasan air terjun ni ramai sangat pengunjung. Penuh ya! Sebelum naik ke atas kawasan air terjun, segala jenis makanan dan botol plastik kena tinggalkan di kaunter. Bagus jugak dorang buat macam ni untuk kawal pembuangan sampah dan botol plastik. Patutlah kawasan air terjun ni bersih. Btw, haus jugaklah dibuatnya dah mendaki bertingkat-tingkat tapi takde air nak minum. Takkan nak minum air wateral Erawan yang berwarna emerald green ni kan!




Kalau korang nak mandi-manda, berenang korang boleh pergi ke kawasan air terjun di tingkat 3 & 4. Btw, oklah jugak dapat menyejukkan badan. Airnya memang sejuk dan menyegarkan, sesambil berenang dengan ikan-ikan kat situ. Menjerit-jerit minah saleh sebab kena gigit dengan ikan kan. Over sangat. Haha. Dari pembacaaan Kak Bell, pengunjung yang habiskan task sampai ke level 7 mengambil masa lebih kurang 3 jam termasuk berjalan, mendaki dan berenang sejauh 2 km perjalanan. Takpelah korang, cukuplah sampai level 4 je.

Tier 2 of Erawan Water Fall



Kat bawah ni Kak Bell letakkan video di kawasan air terjun di tingkat 3. Model-model lain tak singgah kat sini. Semua terus ke air terjun tingkat 4. Penat ya mendaki sampai tingkat 4. Baru tingkat 4 yer. Kalau pergi tingkat 7, maunya pitam semua model. Tambah pula, model Puteri Sharina yang bawak backpack besar. 

Tier 3 of Erawan Water Fall



Anak tangga ke level 4

Sesampainya kat kawasan air terjun tingkat 4, jawapannya HAMPA! Katanya airnya berwarna emerald green, bukan main pic google cantik kemain. Dalam tuk-tuk oven pun bukan main cantik gambarnya. Korang ni pakai Beauty Plus Apps ke? Haha. Rasa kecewa je, kalau hasilnya macam ni. Betul tak? Setuju tak cakap Kak Bell? 

Tier 4 of Erawan Water Fall

Cantik ke tidak pakai Beauty plus ek?

Kak Bell rasa disebabkan sekarang ni (April) merupakan musin panas & kering, so air terjun Erawan ni tak begitu menarik. Mungkin pada bulan lain, air terjunnya lebih menarik. Kat bawah ni sedikit info untuk korang untuk memudahkan perjalanan kalau datang sini. Takut masa musim hujan, laluan akan lebih licin.

Rainy season -May to October
Summer season - February-April
Winter season - November-January 
(cooler weather, average temperature of 30°C)


Masa nak tukar pakaian, semua toilet full. Nak beratur satu hal, kemudian toiletnya pun kecil je. Kak Bell nak tutup pintu toilet pun tersepit. Mungkin juga Kak Bell dah gajah time ni? Disebabkan toilet penuh nak tukar pakaian, model-model pakai je baju basah yang mana tak sempat nak salin pakaian. Maklumlah kejap lagi nak naik tuk-tuk oven. Perjalanan balik semula ke Bangkok sejauh 201km, dalam 3-4 jam perjalanan. Seperti yang dikatakan, kejap je semua pakaian kering. Masa tu, cuaca masih lagi panas terik. Tambah pula dah nak masuk waktu petang. Kali ni, keaadaan lagi terik ya! Rasa macam perjalanan tu sebelah unggun api. Pasrah je memasing, balik ke Bangkok dengan pakaian mandi. Sepatutnya kitaorang balik semula ke Bangkok naik bas di Kanchanaburi Bus Station. Kitaorang tukar plan naik van ke Bangkok (kos 1100Baht) sebab tak nak patah balik semula ke Stesen Bas Kanchanaburi.


Okay, kali ni memang lawak. Dapat pemandu van yang tak pandai cakap bahasa inggeris langsung. Sepatah haram pun dia tak paham english! Pitamlah kitaorang nak terangkan kat dia nak berhenti kat Bangkok Southern Bus Terminal. Yang dia tahu angguk kepala, gelak-gelak, then cakap Thai. Btw, van yang kitaorang naik ni, kira macam van sapu. Ada jugak penumpang lain yang naik sekali van dengan kitaorang. Kebetulan hari tersebut dah hari Isnin, so jalan sesak nak ke Bangkok. Tengok langit pun dah nak gelap. Dalam hati, dia ni betulke bawak van ni nak ke Bangkok. Rasa macam lalu jalan lain je sebab ambat sangat sampai. Bila ditanya tak paham pulak. Macam dah nak sampai Bukit Kayu Hitam dah rasanya. Masa tu, Ms Suri duduk depan. Boleh pulak si Boy (pemandu van) layan berborak. Eloklah, sorang cakap Penang, sorang lagi ckap Thai. Kitaorang yang kat belakang ni punyalah gelak sebab nampak perbualan tu macam ngam je. Macam memasing paham. Walhal ayam dengan itik tengah bercakap kan! Penat Ms Suri melayan Si Boy tu borak. Bayangkan kitaorang sampai guna google voice, waze semua dlam bahsa Thai kay! Tetap tak paham jugak. Tak tahulah nak bagai makan kismis ke air penerang hati ke kat budak ni! Haha!


Sampai Bangkok pun dah senja macam tu. Rupa-rupanya dalam tak paham bahasa inggeris tu, si Boy tolong hantarkan kitaorang sampai kat area Mo Chit. Terharu sangat wei! Walaupun dia tk tahu jalan, sempat pulak dia berhenti tanya pada motor sapu untuk tanya jalan. Motor tu pun, ok je suruh follow dia dan tunjukkan jalan. Sampaikan moto dia habis minyak, terus tukar motor lain pulak. Kat Malaysia ada tak? Mungkin tak jumpa lagi kot! Mostly jumpa orang Thai ni memang baik-baik semua. Seriously, masa tu rasa bersyukur sangat ada yang nak tolong kita dalam keadaan yang rumit kan. Jadi, Ms Sheryyana Al-Hadat sebagai akauntan terus hulurkan tips untuk dorang berdua. Bahagia je kalau dapat jumpa orang baik macam ni kan. Terus nak buat suami. Nak ke duduk Thailand? Tolong bawak van? Yang terindah hanyalah sementara kan, so jomlah kita balik Kokotel Hotel. Korang jangan ingat dah sampai yer, masih ada lagi perjalanan nak ditempuh sebelum sampai hotel.


Dah sampai Mo Chit, cabaran diteruskan dengan menaiki BTS line pulak. Keadaannya, sama seperti hari pertama sampai Bangkok nak ke Chatuchak Market. Dari Mo Chit tukar tren kat Siam station (Silom Line) dan turun kat Chong Nongsi. Dengan keadaan bersesak-sesak, dengan model-model dah tak rupa macam model dah! Hina sungguh rasa masa tu. Sampaikan ada sorang perempuan pandang hina kat kitaorang yer. Seraya dia berkata "Exchose me". Terus Puteri Sharina sangsang "excuse me lah"! Mana taknya, memasing dah rupa udang bakar kan, siap dengan seluar tidur masa berenang kat Erawan tadi. Pasrah ajelah. Dah turun dari BTS, masing-masing kena tahan pulak dengan polis bangkok sebab beg berbunyi bila kena scan. Cuak dah memasing dah kenapa pulak kan. Dahla baru balik air terjun, takde lahh bawak barang apa pun. Rupa-rupanya powewr bank punya hal yer. Ingat bom ke? Iyelah, sebelum kitaorang fly ke Bangkok haritu pun ada kes letupan kat sini. Mohon dijauhkan lah. Mintak simpang yer!


Sampai Chong Nongsi, amek cab ke Kokotel Hotel. Sampai je hotel terus Kak Bell demam. Mengigil demam sebab kepenatan sangat kot. Memang Amazing Race sungguhlah. Semua transport kitaorang naik. Sampaikan Kak Bell rasa dah tak larat nak pergi dinner. Memikirkan esok dah nak balik, gagahkan diri juga untuk malam terakhir untuk shoping kat area Palladium World Shopping Mall Bangkok. Sesudah rehat dalam sejam, terus cari makanan di sekitar Arab Town.


Memula tu, kami ambil teksi untuk ke Palladium Mall. Katanya ada kedai makan kat sana. Jadi nak senang, terus skip plan asal nak makan di area MBK (Mahboonkrong). Sampai je sana, tak jumpa pulak gerai makanan or kedai makanan. Terpaksalah pulak cari tempat makan lain. Nasib baiklah Ms Ija Faye roaming, bolehlah google kan. Akhir nya cadangan untuk makan kat area Nana (bangkok arab town) kat jalan Sukhumvit Soi 3/1. Jangan tak tau, jaraknya 2.8KM (34minit) yer. 9minit kalau naik kereta ye! Bayangkan dengan keadaan memasing penat, Kak Bell pun demam, memang spoil mood malam tu weh. Tapi sabar ajelah kan. Dalam hati, lepas makan nak balik terus naik taxi sebab dah tak larat. Sepanjang jalan kaki tu, sempatlah snap tempat-tempat menarik kat situ.


Tahniah Kak Bell katanya!


Model Ija Faye bergambar untuk portfolio!

Kat Arab Town ni ada jugak pekerja-pekerja yang pandai berbahasa Melayu. Mungkin pernah kerja di Malaysia kan. Kitaorang makan malam kat Seafood Palace. Not bad makanannya, harganya pun ok. Btw, 200Baht (RM25) tu kalau kat Malaysia, memang kira lumayan dah. RM7 pun dah kira mahal uolss!

Soi Arab, Bangkok




Masa hari pertama kat Beirut Restaurant pun dorang sediakan ulaman macam ni. Sambal belacannya pun sedap. Model-model semua muka tetap maintain cun dan bertenaga menunggu makanan sampai. Paling win photograper Amanrina berbelanja beratus-ratus Baht yer. Bila lagi nak merasa masakan kat sini kan. Order je selagi boleh.






Dah sudah makan, balik semula ke Platinum Mall untuk cari barang souvenir. Kali ni ambik cab lah. Caj dalam 220Baht. Dah lah siang tadi berpenat, dapat pulak pemandu taxi yang blur tak tahu jalan. Sesat kemana ntah dibawanya. Kita pulak yang pasang Waze untuk dia! Mintak diskaun tak nak bagi pulak. Walhal, dengan tak tahu berbahasa inggeris, sesat pulak tu. Nasib lah taxi 1st tadi cool je. Hensem pun hensem, radio pun layan radio inggeris. Kat kawasan luar Palladium Mall ni ada bazar yang jual barang-barang macam pasar malam. Dapatlah beli souvenir, baju-baju untuk kawan-kawan nanti.



Downtown Night Market

Malam tersebut, di akhir dengan destinasi terakhir ke Khao San road. Kat sini terkenal dengan 'night life' kepada yang suka berparty. Terdapat banyak pilihan club untuk partygoers. Malam tu, model2 semua jalan-jalan je kat sini nak melihat suasana malam di Khao San Road. Memang meriahlah kat sini. Nak sampai ke hujung jalan pun, kene meredah, merentas lautan manusia yang tengah seronok berparty. Nasib baiklah Kak Bell tak join berjoget skali kat situ. "Laughing Gas" dijual merata-rata, air minuman pun dijual dalam baldi je. Kalau korang nak tau, UK Goverment pun moving to ban this nitrous oxide kepada kaki clubbing dan partygoers. Korang jangan nak cuba-cuba pulak menatang Gas Ketawa tu. Karang terus berhenti ketawa sapa nak jawab.






Harini memang hari yang amat memenatkan. Dari Khao San road ambik taxi ke PatPong nak foot massage. Taxi kat area sini semua modified yer. Terus Fast & Furious Bangkok jadinya. Unfortunately sampai Patpong dah lewat, semua orang pun dah balik tidor. Berakhirlah episod malam terakhir di Bangkok, dengan malam penutup di Khao San. Balik Kokotel Hotel, pack semua barang siap-siap untuk perjalanan pulang semula ke Malaysia keesokannya. Malam tu, Kak Bell tak nyenyak pun tidur sebab masih demam. Tak sabar dah nak balik katanya!



Next > Amazing Race Bangkok - Day 4


CONVERSATION

2 comments:

TeraXskyn said...

Seronokkan jalan smp sakit pinggang ke arab street.
Kt khaosan pun ada massage, tp gigih nk p patpong jugekkk, hasilnya

Bella Jamal said...

balik massage kaki sendiri!

Instagram

Follow Us