Amazing Race Bangkok - Day 3 (Part 1)

10/04/2017 (Part 1)
Hi korang! Sampai sudah hari ke-2 dan hari terakhir di Kenchanaburi. Aktiviti untuk harini ialah melawat sekitar Hellfire Pass Museum dan juga Erawan National Park & Waterfall. Kejadian pagi tu, memasing complaint sebab air tak ada di VN Guest House. Nasib baiklah Kak Bell sempat mandi. Tak tahulah memang tak ada air atau water pressure punya isu. Terpaksa tadah air kat baldi dan mandi. Btw, semua model manage pagi tu. Model kot, mesti pandai hadapi segala situasi. Tiberr. Selepas episod hari ni, kitaorang akan balik dan check-in semula di hotel Kokotel, Bangkok. Untuk entri kali ni, Kak Bell kongsikan pengalaman di Hellfire Pass Museum sahaja dan sambung cerita dalam entri yang seterusnya kay.

Australian Flag and Remembrance

Kitaorang check-out dari hotel pada jam 8.00am dan makan pagi di Restoren Dawudcha kat Sanghuto Road. Rindu pulak nak makan nasi lemak dengan roti canai. Kat sini, menu breakfast dia takdenye nasi lemak bagai. Tetap menu makan tengah hari. Sebelum teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya, semua model bergambar kenang-kenangan dengan kakak restoren Dawudcha. Siap suruh promote nih! Nanti bila korang datang sini, bolehlah cuba makan kat sini ya. Tengok model Puteri Sharina tu, macam nak menari zapin dah. Kakak Dawudcha pun ceria kan!


Perjalanan ke Hellfire Pass Museum sejauh 80.5KM dan ambil masa dalam 1jam lebih. Hellfire Pass (Konyu Cutting) ni dibina dan diselia oleh Kerajaan Australia yang terletak di atas kawasan Hellfire Pass. Dibuka pada tahun 1998, dan dibina khas untuk memperingati tahanan perang negara bersekutu (Allied) dan buruh Asia yang menderita & mati di Hellfire Pass dan juga di tempat lain di rantau Asia Pasifik semasa Perang Dunia II.


"to all the men and women who suffered and died"

Sebelum pergi ke kawasan Hellfire Pass, kitaorang melawat di dalam muzium untuk ketahui sejarah dan maklumat tentang pembinaan memorial ni dan apa situasi yang terjadi semasa pembinaan landasan keretapi maut ni.


Di antara mangsa yang terselamat dalam pembinaan Death Railway ni ialah Peter Rushforth, yang dapat kembali semula ke Australia dan menjadi seorang 'potter' yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. "Peace Vessel" ni merupakan hasil karyanya yang ditempatkan di Muzium Memorial Hellfire Pass.

“Peace Vessel” by Peter Rushforth


Kawasan hutan dan Pergunungan Tennasarim yang bersempadan dengan Myanmar

Anzac Day, 25 April, is one of Australia’s most important national occasions. It marks the anniversary of the first major military action fought by Australian and New Zealand forces during the First World War.

Okay, sekarang ni model-model semua tengah menonton dokumentari pendek tentang Hellfire Pass Museum. Seterusnya, melihat-lihat sejarah peninggalan dan maklumat lain mengenai kisah sedih kat sini. Korang ok ke baca tulisan Thai tu? Nak Kak Bell translate tak?




Ni pula merupakan replika yang menunjukkan kawasan pembinaan landasan keretapi Burma-Thailand yang dibina. Semalam dah gelak-gelak, happy-happy kan masa melawat Thamkrase Bridge dengan Death Railway at River Kwai. Jadi, inilah cerita di sebaliknya. Ditunjukkan pada replika tu, kat mana kawasan jambatan untuk keretapi yang dah di bina.



Kat bawah ni diantara info yang sempat Kak Bell snap. Takkan nak ambik semua kan. Tak adalah pulak nampak sign tak boleh mengambil gambar. Oklah ni buat tatapan korang ye.




Dalam muzium ni juga ada satu bilik tayangan kecil yang memaparkan kejadian semasa pembinaan landasan maut ni. Sedih uols bila menonton. Badan dari berisi terus tinggal tulang. Korang boleh check video ni sebagai tatapan.



Korang dah tengok video tadi? Sedih kan. Dalam muzium juga ada dipamerkan barang-barang peninggalan banduan perang. Diantaranya sepatu, Foxhole Radio, diari dan surat-surat banduan perang. Foxhole Radio ni adalah radio yang digunakan oleh askar semasa perang dunia ke-2. Masa baca surat tu, sedih sangat.






Dah habis sessi lawatan di museum, barulah kitaorang semua turun dan melihat sendiri kawasan Hellfire Pass ni. Kawasannya jauh ke bawah dan kena excerciselah turun tangga. Korang juga boleh dapatkan 'audio headset' yang akan ceritakan informasi semasa di checkpoint2 kat bawah nanti.



Hellfire Pass ni merupakan bahagian paling sukar disiapkan dlam pembinaan landasan keretapi maut Burma-Thailand ni. Banduan perang yang terdiri dari banduan Australia, British, Dutch dan lain-lain dipaksa oleh penjajah Jepun untuk bekerja 18 jam sehari untuk melengkapkan pemotongan batu untuk menyiapkan landasan. 69 banduan lelaki telah dipukul hingga mati oleh pengawal Jepun dalam tempoh enam minggu dan kebanyakannya mati akibat taun, disentri, kelaparan dan keletihan.

Konyu Cutting
Short section of track, recovered in 1989 and relaid in 2006



Tribute to those who built the Thai-Burma Railway

Seorang lagi banduan yang terselamat adalah Weary Dunlop, merupakan doktor yang bertugas menjaga dan merawat pesakit-pesakit semasa pembinaan tersebut. Beliau digelar "Doctor of the Jungle". Setelah kembali ke Australia, beliau berkahwin dan meneruskan kerjaya dalam bidang perubatan. Beliau meninggal dunia pada Julai 1993 dan abunya ditaburkan di Hellfire Pass pada ANZAC Day tahun berikutnya tahun berikutnya.

Memorial for Sir Edward “Weary” Dunlop 

End of the Track: Hellfire Pass

Tamat dah kisah part 1 untuk hari ke-3 di Kenchanaburi. Model-model semua pun dah keletihan. Memasing berbekalkan kipas bateri yang dibeli kat pasar malam Kenchanaburi malam semalam. Macam biasalah, panas. Walaupun panas semua model masih mampu tersenyum. Lepas ni, kita pergi mandi air terjun pulak yer. Okay bersambung pada episod akan datang kay. Kak Bell penat. Kay Bye.

CONVERSATION

2 comments:

TeraXskyn said...

Ingat nak masuk burma terus

Bella Jamal said...

Aktivi hiking di gunung sempadan Myanmar :)

Instagram

Follow Us