Amazing Race Bangkok - Day 1 (Part 2)

08/04/2017 (Part 2)
Okay, untuk segmen kedua pada hari pertama, dalam scheduled akan melawat Watt Arun, Watt Pho, Siam Museum dan Grand Palace. Plan asal nak naik BTS Silom line ke Saphan Taksin (3 stops). Disebabkan dah lambat, kitaorang amek taxi sahaja ke Saphan Taksin untuk naik Orange Flags Boat dalam sesi lawatan di sepanjang Sungai Chao Praya. Masa tu team Kak Bell da sampai awal dah, then tunggu team model dalam taxi satu lagi yang tak muncul2. Driver team Kak Bell ikut shortcut. Kesekejapan dah sampai. Btw, kaedah sangat driver taxi team 2 tu, pi turunkan dorang entah kat mana ntah. Dah la memasing tak dapat nak contact. So, gunakan telepati dan kata hati ajelah tunggu dorang sampai. Hiks!


Kalau korang naik BTS (lrt), korang kena turun tangga dan jalan terus ke depoh bot. Untuk Orange Flags Boat adalah di sebelah kiri. Kiranya, bot ni masih lagi jadi salah satu pengangkutan awam kat Bangkok ni. Kalau korang nak tahu, Sungai Chao Phraya ni sepanjang 372 km dan merupakan sungai terpanjang dan terpenting di Thailand. Takut jugak bila Kak Bell sebab tak biasa naik bot. Jadi tour seterusnya ni adalah melihat permandangan kota Bangkok menelusuri Chao Phraya River. Mostly kebanyakan, bangunan-bangunan tinggi dan tempat menarik ada di sepanjang sungai ni.




Ni diantara tempat yang korang boleh pergi bila naik boat trip. Kitaorang pergi yang mana sempat je. Nanti korang ada masa, bolehlah rancang untuk lawat semua tempat.




Masa naik bot ni scary jugak, sebab ramai nau yang naik bot ni. Kak Bell ni pun dah duduk kat bahagian hujung bot. Belakang i tu, pelancong dari Indonesia. Sempatlah borak-borak manja gitu. Walaupun bot dah penuh, tetap orang naik lagi okay. Seram! First time naik bot atas sungai yang besar macam ni.


Ni video masa atas bot. Takut handphone jatuh dalam sungai. Korang tengoklah keadaan dalam bot yang penuh yer. Mas ni nak pergi ambik penumpang lagi ni.



Kak Bell tak sempat nak melawat Watt Pho, cuma sempat pergi ke Watt Arun. Wat Arun atau nama panjangnya Wat Arunratchawararam Ratchaworamahavihara (วัดอรุณราชวรารามราชวรมหาวิหาร). Terletak di barat hulu sungai Chao Phraya. Wat Arun Rajwararam atau Candi Fajar ni, diambil dari nama Dewa Fajar, Aruna. Wat Arun ni diselaputi dengan kulit kerang dan porselin yang berwarna-warni. Senibina stupa dan pagoda dihias dengan watak-watak askar dan binatang. Btw, setiap muka watak tersebut adalah berbeza figuranya. Kagum ye nak susun seramik yang dah pecah tu lagi. Masa sesi kat sini, tempat ni dalam proses renovasi but still dibuka untuk orang ramai. 



Masa lawatan adalah dari jam 8 pagi ke 6 petang. Nak masuk Watt ni kena patuhi dress code. Yang mana seksi-seksa tu kena pakai selendang. Yang berseluar pendek, boleh sewa kain sebelum masuk ke dalam Watt Arun ni.



Aktiviti kat sini cuma buat photoshoot untuk para model. Mencabar jugaklah nak panjat tangga Watt ni. Tinggi dan curam, kena hati-hati. Buatnya bergolek kebawah kan. Kat bawah ni merupakan watak-watak askar dan binatang pada stupa Watt Arun. Semua ekpresi wajahnya berbeza!



Ni pulak, close up porselin yang berwarna-warni yang dihias pada keseluruhan pagoda. Memang kagum lah dengan senibina Watt Arun. Ni belum lagi tengok Grand Palace yang di buat semuanya dari emas kan. Korang gigih tak nak susun semua porselin pecah ni? Menangis!



Banyak lagi sebenarnya koleksi gambar kat sini. Dah berpinau dah mata Kak Bell dok pilih. Oklah kan buat tatapan korang semua.




Model semua bergambar kat tangga. Siapa yang nak eliminate ni?

Lepas penat mendaki Watt Arun, perjalanan balik semula ke jeti dan teruskan berjalan di sekitar Grand Palace dan Watt Pho. Kak Bell pun tak melawat ke Siam Museum dan cuma catwalk di kawasan luar Grand Palace jer sebab dah tak cukup masa. Waktu ni model-model semua dah sakit kaki, sakit belakang. Semua dah macam nak pengsan sebab kawasan Grand Palace tu sangatlah luas. Ibarat dah masuk trialthon dah. Dalam hati nak balik hotel je.




Kebetulan pada hari tersebut merupakan ulang tahun 1 tahun kemangkatan Raja Bhumibol Adulyadej dan upacara dilakukan di kawasan istana. So, jalan-jalan pun ditutup dan dikawal oleh polis dan tentera. Mendiang Raja Bhumibol Adulyadej ni merupakan raja thailand yang paling lama memerintah iaitu selama 70tahun. Akhirnya, tamat dah untuk edisi petang tu, ambil grab taxi (150THB) untuk balik ke hotel. Kalau naik tuk-tuk, mahunya pengsan dalam tu!


Sampai hotel, lepak2 kejap, mandi dan terus keluar semula untuk makan malam. Sesambil jalan-jalan di sekitar jalan Silom dan membeli belah di Patpong. Malam tu, Kak Bell makan di Beirut Restaurant. Not bad makanan kat sini, restaurant pun agak class. Harga makanan Kak Bell tak ingat. Penat uols, sampai dah tak larat nak catat maklumat. Asalkan masih lagi dalam budget korang, belasah ajalah makan kat mana-mana pun. Nama pun percutian budget. Takkan nak makan kat hotel kan?



Ulaman ni pun sedap bila dicicah dengan pencicah yang disediakan





Selepas makan, kitaorang pergi membeli belah di Patpong. Btw, barangan kat sini jauh lebih mahal dari Chatuchak Market. Nak beli spek mata pun harganya sampai 100Baht. Bukan original pun uols. Kat sini pun banyak kelab malam. Cakap je nak tengok girl show ke, boy show ke semua ada. Tengok girl show pun setakat joget-joget kat tiang. Macam bersenam lari setempat gitu. Kak Bell pun pandai kalau nak lari setempat. Hiks!




Dah penat berjalan bagai, haruslah menyinggah pergi urut kaki. Kak Bell pun dah sampai sakit belakang, elok sangatlah buat massage ye tak! Harga pun tak mahal, dalam sekitar 200Baht ke 250Baht je. Bolehlah kalau korang nak foot massage, oil massage dan lain-lain. Jangan buat mende bukan-bukan sudah yer!




Okay, tamat dah episod di hari pertama. Terus-terang cakap hari pertama travel macam dah hari ke-4 dah! Balik hotel terus membuta sebab perjalanan esok ke Kenchanaburi pun agak panjang. Jumpa lagi di episod Amazing Race Day 2 nanti kay. Kak Bell pun dah penat. Nite2. Muahhh.


CONVERSATION

2 comments:

Faye Faizal Hassan said...

patpong wasnt happening as what they were. as i remembered, about 8 years ago, this area was soooo crowded. and now...like our uptown already. one of the reasons, they go crazy like a hell marking up the price every goods they sell to foreigner. well, chatuchak is the best place to shop!!!!

Bella Jamal said...

The taxi driver said, they moved to another place and Patpong became infamous. Seriously expensive for non original sunglasses! Crazy!

Instagram

Follow Us