Amazing Race Bangkok - Day 1 (Part 1)

08/04/2017 (Part 1)
Sawadee Kha! Akhirnya, selesai juga percutian Kak Bell ke Bangkok pada minggu lepas. Pening memikirkan bilalah boleh siap episod travel ke Bangkok ni. Nak pilih gambar pun dah beratus-ratus. Gigihkan diri dekat 3 hari dok memilih gambar aje tau! As usual, penerbangan AirAsia masih jadi pilihan percutian kali ni dengan tiket return berharga RM218. 4 hari episod di Bangkok bermula pada 8 April 2017 hingga 11 April 2017. Btw, kali ni kitaorang beli hotel penginapan secara berasingan dan tak gunakan perkhidmatan supir. Semua cari sendiri. Thank you pada Ms Tera Ibrahim selaku menteri perlancongan bagi setiap edisi travel. Tip top yer. Dah boleh bukak tourism company kay! Episod Next Top Model Edisi Bangkok kali ni disertai oleh 7 orang gadis jelita dan seorang jejaka acah-acah photographer (btw, semua photoshot dia sangat artistik hokkay). Sebelum ni, kitaorang akan park kereta di Putrajaya Park & Ride sebelum ke KLIA2 but kali ini kitaorang naik grab car sebab malas nak drive. Caj satu grab taxi berharga RM180 untuk 6 orang model. 2 lagi model driver dorang hantarkan.


Untuk episod kali ni, ada kemasukan supermodel baru Ms Ija Faye. Yang lain semua muka-muka lama. Pada mulanya, model Sherryyana Al-Hadat tarik diri untuk rakaman Next Top Model Bangkok ni. Tetapi, dia buat kejutan pula, muncul di KLIA2! Ada prank rupanya. Okay, jom ikuti story sepanjang percutian Kak Bell di Bangkok. Yang bestnya, pengarah suruh buat edisi Next Top Model tetiba bertukar jadi episod Amazing Race Bangkok! Ha, nak tahu follow sampai episod ni habis ye! Episod pertama ni, memang panjang yer. Ni dah kira compress dah dan Kak Bell terpaksa buat 2 entri sebab rasa rugi tak share gambar-gambar dengan korang semua.


Kos trip kat bawah ni adalah per person. Ni merupakan anggaran untuk kos travel haritu.

1) Flight return : RM218
2) Kokotel Hotel : RM245
3) Hotel VN Guesthouse Kanchanaburi : THB275
4) Watt Arun : THB40
5) Watt Pho : THB100
6) Siam Museum : THB150
7) Erawan National Park : THB300
8) Muang Sing Historical Park : THB100

Kos transport ulang alik ke Kanchanaburi & Bangkok:
9) Taxi Bangkok (approximately) : THB400
10) Tuk-tuk Kenchanaburi (approximately) : THB400
11) Train/River boats :THB200

Total per person (non paid) : THB1965 (RM252)
Grand Total : RM218+RM245+RM252 (RM715)

Btw, terdapat beberapa tempat yang terpaksa withdraw sebab kekangan masa seperti Watt Pho dan Siam Museum. Sorry ye korang sebab budget ni tak berapa accurate sebab Kak Bell pening dan tak catat setiap harga. Plus minus, kosnya pun tak lari banyak pun. Next time Kak Bell akan lebih particular kay.

Flight dari KLIA2 pada jam 6.30 pagi dan di jangka sampai ke Don Mueang International Airport pada jam 8.35am. Waktu di Bangkok lewat 1 jam dari waktu Malaysia. Dalam flight tadi dah makan siap-siap dan terus naik airport public taxi ke Kokotel Hotel. Satu taxi kongsi 4 orang, caj dalam 250Baht (RM32). Tak kisah korang nak naik teksi warna hijau ke, pink ke, kuning ke, yang penting tanya dulu sama ada dorang pakai meter atau tak. Tadaa, dah sampai dah Kokotel Hotel. Cantik sangat hotelnya. Hotel ni berkonsepkan jepun. Kitaorang letak bag dulu di hotel sebab akan check-in petang. Bolehlah check gambar-gambar hotel ni. 



Kokotel Hotel Building

Konsep Biri-biri


Include play room for kids

Bagi Kak Bell hotel ni best, suka dengan konsep dia. Kali ni WiFi dia pun okay. Tak macam kat Medan haritu. Ada 2 jenis password WiFi untuk personal dan 4 orang sharing. Korang boleh mintak kat kaunter. Penting kan nak berhubung, harapkan WiFi hotel ajelah. Nak beli sim kad atau roaming memang tidaklah kan. Untuk makluman korang, hotel ni menyediakan non-halal food. Untuk makan-makan, korang boleh cari ka tempat lain ya. Keadaan bilik hotel dan katil semuanya pun ok. Siap disediakan payung dan hairdryer untuk kegunaan pengunjung. Btw, untuk toilet Kokotel gunakan frosted glass dan konsepnya tak ada kunci. Tak delah transparent pun dinding kaca toilet tu but ruang untuk toilet duduk dorang agak kecil. Kak Bell pun keluar dari toilet pun macam tersepit aje rasanya. Dalam tempat mandi ada disediakan shower bath cream, syampoo dan conditioner. Memang convenient! Mostly, pengunjung yang datang sini semuanya berikan rating tinggi dari 4 ke 5 bintang. Overall hotel ni awesome. Maklumat lanjut boleh klik bawah ni ye.




So, bermulalah misi pertama ke Chatuchak Market. Dari hotel, Kak Bell jalan kaki sepanjang jalan Thanon Surawong dan jalan Naradhiwas Rajanagarindra ke stesen Chong Nonsi BTS (Silom Line). Nanti BTS akan stop kat Siam Stesen (3 stops), tukar tren ke Sukhumvit Lane (7 stops) dan baru turun di Mo Chit stesen. Harga tiket dalam THB40 (RM5.10).

 
Nice architecture

Suasana kat Bangkok lebih kurang aje macam di KL. Tapi BTS dorang ni lama gila nak sampai. Macam setengah jam 1 je tren yang ada. Dah sampai haruslah kena berebut. Penuh uolss!


Sama je macam LRT kat KL, cuma tulisan Thai ajelah. Nampak tak jangan menjaja? Logo ni memang takde kat Malaysia. Hehe.



Sampai kat Chatuchak Market dah tengah hari. Suasananya amatlah panas. Mau tak panas, suhu 44.6 selsius. Dahlah Kak Bell tak sempat nak tukar baju masa kat hotel. Korang bayangkanlah dengan pakai jumper, maunya nak pitam. Disebabkan dah tak tahan, gigih cari pakaian dan tukar baju. Btw, toilet pulak tak tau kat mana. Hujung-hujung, Kak Bell just salin je baju kat kedai jual pakaian tu. Nasib baiklah tuan kedai gigih tolong cari kain kanvas untuk cover Kak Bell tukar baju. Semua dalam keadaan terkawal yer. Lagipun orang kat Thailand ni tak heran pun korang nak buat apa. Kalau dah pitam karang, lainlah pulak ceritanya nanti kan.


Kat sini korang boleh beli macam-macam barangan seperti barang-barang antik, seramik, perabot, hiasan rumah, pakaian, makanan dan pelbagai jenis minuman. Macam danau kota kat KL tu la gamaknya but kat sini lagi heaven. Sangat meriah dan tak cliche macam kat KL. Memang tak sempat lah nak tawaf semuanya. Kak Bell adalah beli barang lite-lite je sebab bawak budget pun sikit.




Kedai barangan beg dan wallet ni menarik. Korang boleh custom made wallet, purse atau key holder dengan harga 100Baht aje dan dapat 2 aksesori yang nak ditampal pada purse atau wallet korang. Tambahan aksesori cuma 20Baht bagi setiap satu. Sesuai sangat dijadikan souvenir.


Custom made passport holder

Ni diantara kedai-kedai yang Kak Bell sempat singgah. Banyak lagi kedai lain tapi ada juga yang tak bagi snap photo.









Btw, tempat ni memang syurga nak cari macam-macam barangan dan juga makanan. Korang mesti datang sini! Sediakan je duit berkepuk-kepuk yer. Dah kepanasan dan kelaparan, kitaorang singgah makan kat sini. Rasanya, ni je kot kedai makanan halal yang ada. Punyalah ramai orang beratur nak makan. Kedai penuh sampai nak berebut meje. Nama kedai Kak Bell tak tahu, cuma korang cari Section 12 Soi 2. Not bad makanan kat sini. Sedap! Dah lapar semua lah sedap kan. Hiks.




Dah lepas makan, terus pusing-pusing untuk last round. Memang surrender tak larat dah. Nak balik hotel sangat-sangat dah memasing. Banyak lagi gerai-gerai makanan yang ada. Ni ajelah yang larat Kak Bell nak singgah.











Balik dari Chatuchak Market, kitaorang amek taxi sebab dah tak larat panas ya rabbi! Bayangkanlah memasing dari malam semalam tak tidur. Terus pulak berjalan dalam panas-panas terik. Menangis! Teksi pulak ramai yang tak nak hantar ke hotel. Nasiblah ada juga taxi hujung2 nak hantar. Kos sebanyak THB350 satu taxi. Sampai hotel, rasa macm dah tak nak buat aktiviti dah. Hari pertama dah macam hari ke-4. Hehe. Lepas freshen up dalam 1 jam, kitaorang keluar balik untuk aktiviti seterusnya.




CONVERSATION

4 comments:

Faye Faizal Hassan said...

hebatnya hari pertama percutian kak bell. sangat teruja saya membaca nye. tp kebanyakkan driver cab dan orang2 di BKK tidak fasih berbahasa inggeris kan??
tahniah di atas penulisan kak bell.

Bella Jamal said...

Penat seharian berjalan dengan keadaan badan letih. Yup, mostly semua tak pandai inggeris. Kita pulak nak bukak google voice.hehe

TeraXskyn said...

Ada lg makanan halal kat situ, cuma tak tahu celah mana, ada 3-4 rasanya. Pakailah baju senipis alam ye, never ever pakai baju tebal di bkk kiki

Bella Jamal said...

I see. Next time kita terjah kedai lain pulak yer. Hey baju tu Kak Bell tak sempat tukar lah. Tiberr

Instagram

Follow Us