Resepi Laksa Utara Mudah!

Hi korang! Minggu lepas Kak Bell mengidam nak makan laksa. Sempat menyinggah di pasar malam TTDI untuk mencari laksa. Sekarang ni, memang susah nak cari laksa yang betul-betul sedap atau kena dengan citarasa tekak ni. Laksa ni pun ada banyak jenis dengan pelbagai jenis kuah yang berbeza. Ada laksa Johor, laksa Penang, laksa Kelantan atau laksam, laksa Terengganu dan laksa Sarawak. Kak Bell sukakan Laksa Utara, Laksam dan juga Laksa Penang. Laksa dari negeri lain, tak berapa suka sangat. Kalau jalan-jalan ke Jusco Mid Valley, mesti tak lepaskan peluang makan asam laksa kat sana. Segenap alam bau asam laksa kat Jusco tu! Jadi, harini Kak Bell cuba resepi Laksa Utara. Setiap orang ada cara masakan laksanya yang tersendiri. Kak Bell ni cuba ajalah yang mana resepi yang mudah dan senang.


Untuk resepi laksa ni, Kak Bell tak gunakan ikan segar. Pakai ikan sardin dalam tin aje sebab nak senang punya pasal! Okay, jom tengok bahan-bahannya.

Bahan A
1 paket laksa halus (400gram)
1 tin sardin saiz besar
Segenggam cili kering
2 biji bawang besar
4 keping asam keping
2 batang bunga kantan
Daun kesum
Belacan
Garam secukupnya
Air untuk kuah

Bahan B (dihiris)
Telur (direbus)
Timun
Bawang
Daun salad
Lada merah/cili api
Limau kasturi




Cara membuatnya:
1) Cuci ikan sardin denga air dan sosnya di buang. Kemudian blend hancur ikan sardin dengan sedikit air.
2) Kisar cili kering, bawang merah dan belacan (tambah sedikit air).
3) Masak ikan sardin yang dah dikisar dalam periuk + anggaran 2 senduk cili kisar.
4) Masukkan daun kesum, bunga kantan dan asam keping.
5) Biarkan mendidih dan tambahkan garam, serbuk perasa secukupnya.
6) Tambah air mengikut kepekatan yang disukai.
7) Untuk laksa, boleh rendam dahulu atau rebus sahaja di atas api.


Dah pun siap. Kejap je pun masaknya. Rasanya pun ok walaupun guna sardin dalam tin sahaja. Letak semua bahan B yang dah dihiris tadi sebelum dihidangkan.


CONVERSATION

2 comments:

Ismael Zaharee said...

Omg... u buat i kecur air liur when reading this menu. Favorite all time laksa.

Keep up the simple writing skill and love u 😄

Bella Jamal said...

Hehe. Nanti bolehlah turunkan resepi Laksa Perak pulak. Lagipun ni guna sardin tin aje.

Instagram

Follow Us