Fish Head Curry @Lucky Garden, Bangsar

Hi korang! Suka makan kari kepala ikan? Posting harini, just nak share kedai kari kepala ikan kat area Kak Bell ni. Walaupun dah banyak review tentang warung ni, i'm just want to share it with you. Actually, memang dari zaman dulu pun Kak Bell selalu datang makan kat warung Kari Kepala Ikan Bangsar ni. Well known as Anuar's Fish Head Curry. Makanannya simple dan yang paling penting sangat murah!


Warung ni terletak at simpang masuk Lorong Ara Kiri 3, Lucky Garden. Berdekatan dengan TMC dan Restoren Syed Bistro. Setiap hari, memang ramai pengunjung yang datang makan kat sini. Beratur sangatlah panjang yer! Kak Bell pun kagum apa resepi istimewa kari kedai ni. So, kalau nak merasa, gigihlah kena beratur panjang kay. Ni pun, Kak Bell dah pergi lepas waktu lunch. Memang tak sanggup lah nak beratur lama-lama.



Di zaman kegawatan ekonomi sekarang ni, memang sesuailah makan kat sini. Dengan RM3 je korang dapat sebungkus nasi + lauk ayam atau ikan cencaru + sayur taugeh + kari ikan. If ambik sotong goreng, harganya RM4 kalau tak silap. Memang tak dapat harga macam ni kat tempat lain. Kalau makan kat tempat lain, confirm harga boleh cecah RM7++ sekali makan. Makan lauk ikan dengan sayur ulam-ulaman pun dah RM7. Pitam yer! Biasanya, kalau datang lambat, sayur taugeh tu mesti habis punyalah. Dah alang datang dan beratur, jadi Kak Bell beli 2 bungkus! Heyy kita memang kuat makan tau! Untuk kari kepala ikan dia, Kak Bell tak pernah cuba lagi. May be next time ada kelapangan kita pergi cuba ya!



Warung ni dibuka setiap hari sampai malam dan tutup pada hari Ahad. Bolehlah korang cuba sebab murah dan tak mengecewakan. Lebih 30 tahun kot berniaga dengan harga yang murah ni. Kedai2 zaman sekarang, kalau meniaga dah boleh pergi Haji balik hari yer! Kay Bye.

6A, Lorong Ara Kiri 3, Lucky Garden, 
59100 Bangsar, Kuala Lumpur





CONVERSATION

2 comments:

Amanda Suria said...

Wah menarik ni..dekat dengan opis akak...

Bella Jamal said...

ye ke. cubalah. murah sebab tu ramai datang makan

Instagram

Follow Us