Resepi Stew Ayam Lada Sulah

Hi korang! Sebelum ni masa CNY, Kak Bell dah cuba buat Stew Daging. Harini, Kak Bell cuba buat stew ayam pula. Sepanjang hidup memang tak pernah buat stew ni. Ingatkan susah cara nak membuatnya, selalu buat sup ayam ajalah. Bahan-bahannya tak jauh beza dengan cara buat sup ayam, cuma kuah stew ni pekat. Pada awal rancangan tadi (episod Hati Ayam Masak Kicap), dah bagi tahu yang ayam ni nak Masak Ayam Borneo. Plan ditukar pada saat akhir sebab resepi hilang. Untuk resepi ni, ada je yang tumis dengan bahan rempah 3 sekawan. Btw, Kak Bell tak gunakan bahan rempah tu semua. Memang simple sangat Kak Bell buat menu ni. Lets mencuba Resepi Stew Ayam mudah ni. Dah malas sebenarnya. Hehe. Saya mulakan dengan bahan-bahannya dulu ye puan-puan.


Bahan A
6 ketul bahagian ayam
2 biji kentang (potong kiub)
4 biji cili api
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu tepung jagung
1 sudu teh minyak bijan
Sedikit lada sulah
Garam dan serbuk perasa

Bahan B (dihiris)
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia


Cara memasak:
1) Perap seketika ayam dengan lada sulah dan sedikit garam.
2) Panaskan minyak, tumiskan bahan B sampai wangi
3) Kemudian masukkan ayam yang telah diperap tadi dan masak hingga ayam kekuningan.
4) Masukkan tepung gandum dan tepung jagung dan masak dengan api perlahan supaya tepung masak.
5) Masukkan ubi kentang, cili api, minyak bijan dan tambahkan sedikit air. Kacau rata. 
6) Sesuaikan rasa dan kepekatannya. Boleh tambah garam dan serbuk perasa.
7) Tutup periuk dan biarkan ayam masak dan sehingga kentang empuk.

TIPS!
  • Untuk bawang tu, Kak Bell hiris halus. Biasanya kalau buat stew ni, semua bahan dipotong besar-besar. Nak mudah kan. Tapi korang makan ke nanti bawang besar tu kalau dah sebesar alam?
  • Boleh tambahkan sedikit kicap kalau nak gelapkan sikit kuah stew
  • Boleh masukkan sayur lain seperti lobak, tomato, cendawan dan sebagainya. Ikut suka korang. Just potong kiub sahaja.

Boleh tahan jugak rasa stew ayam ni uolss. Simple, ayam dengan kentang sahaja! Suka sangat kentang yang dah empuk tu! Selamat mencuba ya. K.Bye!

CONVERSATION

0 comments:

Instagram

Follow Us