Resepi Ayam Kicap Borneo

Hi korang! Harini baru sempat nak kongsikan resepi Ayam Kicap Borneo. Resepi ni dikongsikan oleh kawan Kak Bell, Kak Qaseh Julieya dari Sarawak. Resepi signature dia dari dulu sejak zaman belajar. Tercari-cari juga resepi ni di internet, tapi tak jumpa la pulak. Bila tengok bahan-bahan dan cara masakan lebih kurang sama dengan Resepi Ayam Kicap Sarawak. Jadinya, Kak Bell cuba lah untuk merasa resepi masakan ni. Masakan ni kalau tengok masakan ni macam ayam masak merah dan juga ayam masak kicap. Cuma ada gunakan sedikit air asam jawa untuk kelainan rasa. Jom tengok bahan-bahannya.


Bahan A
7 ketul bahagian ayam
1 biji bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 sudu sos cili
Kicap manis cap kipas udang
Air asam jawa
Garam

Bahan B (bahan kisar/tumbuk)
10 tangkai cili kering
4 biji cili api
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 batang serai

Cara memasak:
1) Tumbuk/kisar semua bahan B. Cili kering tu rebus dulu, kemudian blend semua sekali. Jika nak ketuk sahaja serai pun boleh. 
2) Panaskan minyak, tumis rempah 3 sekawan sampai naik bau.
3) Tumis semua bahan B sampai cili masak dan pecah minyak.
4) Masukkan ayam dalam kuali dan biarkan ayam serasi sekejap dengan cili kering tadi.
5) Kemudian masukkan sedikit air dan biarkan mendidih.
6) Masukkan kicap manis cap kipas udang, 2 sudu sos cili dan air asam jawa.
7) Perasakan dengan sedikit garam dan perasa jika suka.
8) Biarkan kuah kering sedikit dan boleh tutupkan api.

TIPS!
  • Jika nak ketuk sahaja serai pun boleh.
  • Boleh gunakan cili giling, tapi lebih sedap gunakan cili kering kisar.
  • Tak perlu goreng ayam terlebih dahulu.
  • Boleh buat sedikit berkuah ikut kesukaan masing-masing.


Dah siap pun uols! Memang sedap sangat rasanya. Ada rasa pedas, manis dan masam. Recommended korang cuba resepi ni. Selamat mencuba ya!

CONVERSATION

0 comments:

Instagram

Follow Us