Pucuk Paku Masak Lemak Kuning

Hi Korang! Dah baca resepi Ikan Cencaru Sumbat Sambal tak? Okay, dah namanya memasak jadi kenalah masak sayur sekali kan. Sepanjang hidup ni, memang tak pernah hayat memasak pucuk paku but sebenarnya memang Kak Bell suka sangat dengan masakan-masakan kampung ni. Jika kat kedai tu, kalau kena cara masakannya, memanglah sedap. So, memang jarang sangatlah Kak Bell pilih masak lemak pucuk paku ni kalau di kedai sebab asyik jumpa yang tak sedap. Hehe. Dah kebetulan nampak ada sayur pucuk paku dijual, terus beli ajelah sebab sebelum-sebelum ni memang susah sangat nak jumpa. Sesambil beli ikan cencaru tadi, sekali harung lah masak sayur Pucuk Paku Masak Lemak Kuning. Teringin pula nak masak gulai nangka yang sedap lepas ni. Dalam resepi ni, Kak Bell gunakan ikan bilis sebab udang kering dah habis. Ada juga resepi yang gunakan serai tapi Kak Bell tak pakai serai untuk masakan hari ni. Btw, ikut suka kalian. You're the bos! Lantak korang! Jom check resepi..


Bahan A
1 ikat Pucuk Paku
10 ekor udang
Garam secukupnya
1-2 cawan santan
Minyak untuk menumis
Air

Bahan B (bahan kisar)
2 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
4 biji cili api
Segenggam ikan bilis/udang kering

Cara memasak:
1) Bersihkan pucuk paku. Ambil bahagian daun dan batang yang lembut. Tumbuk halus atau kisar semua bahan B.
2) Panaskan 2-3 sudu minyak, tumis semua Bahan B hingga wangi.
3) Masukkan air dan biarkan mendidih.
4) Kemudian masukan santan, udang dan kacau sekejap hingga mendidih.
5) Masukkan pucuk paku, tambahkan garam atau perasa secukupnya.
6) Kacau dan angkat bila sayur dah layu dan lembut. Jangan lama-lama nanti sayur overcook.




Bertambah-tmbah makan yer. Malu sangat kalau dok makan dengan boypren kan. Tak henggat dunia melantak. Makan selagi boleh makan uolss. Ke korang ni team makan 3 butir nasik jer?? Macam tu aje Kak Bell tengok. K. Bye.


CONVERSATION

1 comments:

TeraXskyn said...

Kaedahnya tak reti siang udang, kiki

Instagram

Follow Us