Omelette Roll Versi Melayu

Hi Korangg! Disebabkan semalam tak larat nak memasak menu yang beria-ria, so Kak Bell buat menu yang sederhana je. Buat telur dadar aje uolss. Telur dadar gulung mentega ni sama je macam telur dadar biasa yang kita buat tu. Tapi bezanya cuma digoreng guna mentega, tak guna minyak masak. Boring masak telur dadar macam biasa tu, jadi Kak Bell buat telur gulung. Kalau tengok MasterChef, mesti telur dadar Kak Bell ni failed kan. Ada terbaca, teknik menghasilkan telur dadar yang tebal dan juga lembut dengan menambahkan sedikit air. 1 biji telur ditambah dengan 10 sudu makan air. Nanti Kak Bell cubalah, tengok jadi tak hasilnya macam telur dadar kat hotel tu yer. Btw, ada juga cara lain nak gebukan telur dadar, nanti boleh tengok tips kat bawah kay. 


Bahan-bahan:
3 biji telur ayam
1 biji lada merah
1/2 biji bawang holland
2 sudu makan mentega
2 sudu makan air putih
1 sudu mayonis
Sedikit lada sulah
Garam secukupnya


Cara membuat;
1) Pecahkan telur, kemudian pukul sehingga kembang, tambahkan mayonis, sedikit air dan garam dan pukul lagi. Kemudian boleh masukkan bawang dan cili.

Alang2 mayonis ada sesudu, jadi masukkan saja dalam telur tadi

2) Panaskan non-stick pan, dan oles dengan mentega. Guna api sederhana, dan boleh cedokkan telur ke atas pan/kuali.

Taburkan lada sulah

3) Dah masak, gulung telur tadi dengan sudip kayu atau sudu. Letakkan kat bahagian tepi, kemudian tuang lagi bancuhan telur, roll dan buat sampai habis.


3) Dah siap, angkat dan bolehlah dihiris sesuka hati korang.


Make sure, jangan sampai terlebih goreng macam telur dadar Kak Bell ni. Terleka sekejap, sebab membasuh pinggan mangkuk dan melayan Facebook. Nasib baiklah tak rentung dibuatnya.

TIPS!
Untuk gebukan telur dadar, korang boleh tambahkan bahan lain. Lepas telur dipukul kembang, kemudian boleh masukkan garam, bawang dan cili atau apa-apa bahan yang korang suka.
  • Tambahkan Mayonis.
  • Masukan sedikit air putih.
  • Pukul telur dengan lebih lama.



CONVERSATION

0 comments:

Instagram

Follow Us