Kacang Buncis Goreng Telur & Hati Ayam

Hi korang! Lama dah tak makan kacang buncis. Kebetulan ada sedikit hati ayam yang disimpan, jadi Kak Bell masukkan sekali dalam kacang buncis telur ni. Kak Bell buat sesimple boleh. Kay Bye.


Bahan A
10-15 batang kacang buncis
Sedikit hati ayam
1 biji telur ayam 
1 sudu besar sos tiram 
Sedikit minyak
Serbuk unyit
Garam

Bahan B (bahan tumbuk/hiris)
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara memasak:
1) Cuci bersih kacang buncis.Potong menyerong.
2) Tumbuk kasar semua bawang, garam dan kunyitkan hati ayam.
3) Panaskan minyak secukupnya dan gorengkan hati ayam dahulu separuh masak. Kemudian tumis semua bawang.
4) Kemudian masukkan sos tiram. Boleh juga nak tambah sikit air.
5) Pecahkan telur, biarkan sekejap dan kacau rata sampai telur masak.
6) Masukkan kesemua kacang buncis dan kacau rata semua bahan.
7)Perasakan dengan sedikit garam. Bila kacang dah masak boleh la ditutup api.

TIPS!
  • Boleh gunakan segengam udang kering untuk lebih sedap. Basuh dan rendam dalam air sebelum tumbuk.
  • Boleh gunakan minyak bijan selain minyak masak biasa untuk menumis.



CONVERSATION

0 comments:

Instagram

Follow Us