Detik 2 Pagi!

Hi korang! Harini Kak Bell penat sangat. Badan pun rasa macam nak demam. Mungkin tak cukup rehat agaknya gigih kesana-sini. Tapi still gigih ke dapur potong bawang. Selalunya bekerja shift petang, balik kerja pun dah dekat jam 1pagi. Kalau kena shift pagi memang selalu tak cukup tidur lah. Insomnia dibuatnya! Kalau seminggu kerja pagi, seminggu lah insomnia jawabnye. Hehe.


Okay..sebenarnya nak cerita satu benda ni. Tiap-tiap hari, waktu lebih kurang jam 2 pagi mesti Kak Bell akan dengar bunyi- bunyian kat atas rumah Kak Bell ni. Korang pernah alami tak benda-benda macam ni? Bunyi tumbuk sambal lah, bunyi orang macam bertukang pun ada. Nasib baiklah tak dengar bunyi guli bergolek je. Disebabkan dah selalu dengar, makanya telinga Kak Bell ni dah lali. So, buat dont know ajelah!

Kita pilih tukul untuk belajar pertukangan yer

Akan tetapi, malam ni Kak Bell sajalah dengar lagu2 mp3 kat henpon ni ha. Malas nak melayan badan yang tak berapa sedap ni kan. Somemore hati ada happy sikit, so Kak Bell nyanyi la konon2nya suara sedap mirip Taylor Swift, joget2 sket dengar lagu Beyonce. Sesambil jalan pergi meja makan kat living hall tetiba dengar bunyi bertukang dari rumah atas. Takk..takk..takk macam tu bunyik dia! Buat tak tahu ajelah, still pasang lagu kuat2 sambil nyanyi2. Yang penting, bunyik tu pun tak nak kalah yer. Makin lama makin kuat bunyinya. Tetiba Kak Bell rasa lain macam.


Felin2 Taylor Swift!

Then, pergi ketuk pintu bilik member. Tanya dia ada dgr bunyi tak? Dengar katanya. Tengok jam lagi 2 minit jam 2 pagi. Tetiba je rasa berderau, bulu roma kat tangan dah naik! Selalu tak ada rasa pape. Harini pulak rasa lain macam! Baru je hajat nak bukak lappy buat kerja sikit, then terus tak jadi. Terus perlahankan lagu dan masuk bilik. Scary la pulak malam ni. Nasib baik, bunyi bertukang dah berhenti.

Kadang2 tu siang pun dia bertukang juga yer. Dah tak ikut shift dah kerja2 pertukangan tu tau! Time musim perayaan pun sama yer, dia pun turut serta mengemas, alih perabot bagai. Sampaikan housemate Kak Bell tengok rumah atas ni ada orang ke tidak. Kalau bunyi lesung tu, mungkinlah dia berniaga kot tengah buat sambal nasi lemak ke. Ataupun mengidam sambal belacan tengah2 malam kan. Malam ni, anak bulus Kak Bell pun terdiam. Dorang pun dengar kan gamaknya.


Kata orang, kalau dengar bunyi2 macam tu adalah si polan tu kan. Ada juga yang cakap, memang kita akan dengar bunyi tu datang dari atas rumah kita. Walhal sebenarnya bunyi tu memang kat dalam rumah kita. Betul ke korang? Aiyooo! Tapi malam ni memang Kak Bell scary, berderau. Dia marah Kak Bell dengar lagu memalam ni kot. Kadang2 bila Smule malam2 pagi buta tu ok la pulak. Tiberr. So malam ni Kak Bell tidur dengan anak-anak. Jangan lupa basuh kaki yer! K Bye. Assalamualaikum.



CONVERSATION

0 comments:

Instagram

Follow Us