Resepi Murtabak Maggie Sedap

Hi korang! Suka makan murtabak tak? La ni tak payah tunggu bulan puasa pun, memang ada je orang jual murtabak. Tapi harini Kak Bell nak kongsi resepi murtabak maggie. Mudah dan cepat je nak buat. Makan maggie pun sedap juga kan but sekali sekala tu bolehlah makan yer. Cakap orang tua-tua botak kepala sebab makan MSG banyak. Hehe. Btw, teringat kat kawan kita ni Cik Kiah Damia yang selalu buatkan murtabak maggie. Sedap dia buat. Untung orangnya cantik dan juga pandai masak. Sesiapa nak kenal PM Kak Bell ye. So, harini Kak Bell nak celen murtabak maggie dia. Jangan marah ye Cik Kiah. Muah muah!


Bahan A
2 paket Mi Maggie
2 paket perencah Maggie
2 sudu minyak masak
2 sudu minyak sapi
5 biji telur

Bahan B (bahan hiris)
1 biji lada merah
1 biji bawang holland
1 biji bawang besar
Sedikit daun sup


Cara membuat:
1) Rebus mi maggie tanpa perencah dan air rebusan dibuang.
2) Pecahkan telur dalam bowl, masukkan semua bahan kisar dan 3 paket perencah maggie ke dalam mangkuk.
3) Masukkan maggi yg dah direbus tadi, gaul rata dalam mangkuk.
4) Panaskan minyak dalam kuali, goreng maggi dengan api perlahan sampai masak untuk kedua-dua bahagian.



Korang nak buat tebal ke nipis ke ikut suka korang. Kak Bell buat nipis2 je sebab nak pastikan telur masak dan elak murtabak tak hangit. Kalau ada microwave, masuk dlm tu pun ok. Bolehla cuba ye. K bye.


CONVERSATION

2 comments:

adda syuhada said...

Nampak sedap tuu . Hehe 😊

Bella Jamal said...

tq adda syuhada.

Instagram

Follow Us