Resepi Kerepek Arrowhead @ Ngaku Goreng Berempah

Hi korang! Di kesempatan yang ada ni, Kak Bell nak wish Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2017 bagi kaum Cina. Jadi, menu masakan kita hari ni ikut temalah yer. Special CNY edition. Sebelum-sebelum ni memang tak pernah dengar pun buah Arrowhead ni. Kebetulan je terbaca post kawan di facebook. Katanya only available around CNY aje then lepas CNY memang susah nak cari buah ni. Arrowhead ni, dipanggil juga sebagai Ngaku. Korang pernah dengar or makan benda ni? Kak Bell first time nak mencuba dan merasa arrowhead ni.


Sebelum CNY haritu, adalah menyinggah kat TMC Giant Bangsar. Comel-comel je tengok buahnya. Tak beli pulak time tu. So semalam, kebetulan ke Mid Valley, puas mencari arrowhead ni. Tak ada yer. Yang ada tinggal cuma ada arrow root sahaja! Walaupun dah tak ada, Kak Bell beli jugak apa yang tinggal. Nak tunggu tahun depan lambat sangat.

Hah ni ajelah yang tinggal. Adalah dalam 5 ketul penghabisan stok gittew. Memang betullah orang cakap time CNY je dia ada. Agak-agak kalau campak ke tanah hidup tak? Dapat bahagian akar je uolss. Takpelah, kita bedal dan godam je arrow root ni tengok menjadi ke tidak yer. Kalau nak cuba resepi Kak Bell, silakan. Kalau tak nak korang gorenglah cara korang yer. Btw, Kak Bell ada baca dari chinese blog ni. Katanya kena goreng sampai 'bubble' hilang. Maksudnya, goreng sampai tak ada air dah dalam ngaku tu supaya kerepeknya rangup. 


Bahan A
Arrowhead/Arrow root secukupnya
Tepung gandum
2 sudu tepung jagung
2 sudu tepung KFC
1 biji telur
Air secukupnya
Minyak utk menggoreng
Garam

Bahan B
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan kasar
1 sudu besar ketumbar
2 ulas bawang putih

Cara membuatnya:
1) Buah ngaku di buang kulit dan disagat nipis. Basuh dan bersihkan kemudian toskan sehingga kering.


2) Tumbuk halus semua bahan B



3) Bancuhkan semua jenis tepung ke dalam bekas, pecahkan telur, tambah garam dan tambahkan air ikut kesesuaian.
4) Masukkan ngaku yang dah dipotong, gaulkan rata.
5) Panaskan minyak dan goreng sehingga kuning keemasan dan garing.


Kat bawah ni Kak Bell ada letak sekali resepi-resepi lain untuk buat kerepek ni. Resepi Kak Bell tu over lah sikit. Dah macam buat rempeyek. Kalau nak cara yang lebih mudah dan simple bolehlah pilih mana-mana yang korang suka. Maaflah, tak letak resepi ni dari mana. Takkan nak kongsi pun tak boleh, ye tak?

Resepi 1
Arrowhead secukupnya
Air bancuhan garam
Minyak utk menggoreng

Cara membuatnya:
1) Kupas kulit ngaku. Basuh dan bersihkan kemudian toskan sehingga kering.
2) Sebelum angkat, renjiskan air garam ke dalam kuali dan kacau seminit kemudian angkat dan toskan.

Resepi 2
Arrowhead secukupnya
2 sudu kecil serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
Daun kari
Minyak utk menggoreng

Cara membuatnya:
1) Buah ngaku di buang kulit dan disagat nipis. Basuh dan bersihkan kemudian toskan sehingga kering.
2) Masukkan dalam bekas, tambahkan garam dan serbuk lada sulah. Gaulkan sehingga rata.
3) Panaskan minyak dan goreng sehingga kuning keemasan dan garing.

Resepi 3 (tanpa perisa)
Arrowhead secukupnya
Minyak utk menggoreng

Cara membuatnya:
1) Buah ngaku di buang kulit dan disagat nipis. Basuh dan bersihkan kemudian toskan sehingga kering.
3) Panaskan minyak dan goreng sehingga kuning keemasan dan garing


Rasa kerepek arrowroot ni pun sedap, lemak-lemak rasanya. Kalau ada arrowhead tu mesti lebih sedap kerepeknye. Katanya tahun ayam api 2017 ni bercucuk tanam akan menjadi. Bidang hartanah akan laris. Ada beli lebih arrow root ni, nanti Kak Bell campakkan ke tanah, harvest tahun tahun depan yer. Kita tunggu tahun depan punya CNY lah year nak goreng bahagian kepalanya pulak! K Bye.











CONVERSATION

0 comments:

Instagram

Follow Us