Prata Wraps With Chicken Floss

Hi Korang! Kebetulan tema minggu ni menu sihat sebab housemate dah mulakan diet. So, Kak Bell pun kekononnya followlah berdiet. Haritu dah buat Sandwich Tuna Bellarina, so harini Kak Bell nak share resepi prata chicken wrap. Kak Bell nak jaga badan jugak, biar kecikk je macam papan. Pinggang tu biar secekak aje. Boleh ke? Btw, housemate Kak Bell tu tak lah gemuk pun. Berat tulang aje pun. Mungkin azam 2017 ni dia nak kurus macam lidi kot! Yang penting kenalah berdiet secara sihat ye anak-anak semua.


Cara nak buat chicken wrap ni memanglah mudah sesangat uol. Apa-apa bahan pun boleh letak. Sebelum dok buat, tengok-tengoklah juga roti prata wrap orang lain. Memang simple betul sampai tak boleh nak gulung dah roti prata tu Kak Bell tengok. Banyak nau bahan2 nya sampai tak boleh gulung. Hujung-hujung dok ikat dengan tali yer! Hehe. Prata gulung Kak Bell punya, kita buat cantik-cantik je macam nak buat popia. Apapun banyak je cara nak buat. Ikut selera dan cara masing-masing ya!


Bahan-bahan:
Roti Prata
Bahagian dada ayam
Bawang Besar
Black Pepper (serbuk)
Tomato Cherry
**Mixed salad luttuce
Red coral luttuce
Green coral luttuce
Baby butterhead luttuce
Sos Thousand Island
Sos Cili

Untuk roti prata, Kak Bell gunakan prata brand Mission, jenis Zesty Garlic Herb Wraps. Boleh je guna apa-apa jenis roti prata yang penting ada cop halal kay. Dalam satu pack tu ada 8 keping prata. Dah potong dua nanti, dapatlah 16 roti prata chicken wrap.


Prata tu korang just letak atas non stick pan dan salai or panaskan saja tanpa minyak. Gunakan api perlahan yer anak-anak. Agak agak dah kekuningan, bolehlah angkat.


Untuk sayur-sayuran, Kak Bell prefer potong kecil atau cincang halus sebab nanti senang nak gulung dan senang juga masa nak makan.


Bahagian dada atau isi ayam direbus masak. Kemudian, potong kecil. Kak Bell letak je dalam lesung then tumbuk. Kemudian taburkan serbuk black pepper. Dah siap chicken floss!

Chicken Floss

Letak semua Mixed salad, sayuran, ayam floss dan semua bahan yang korang nak letak atas roti prata yang dah di salai tadi. Then, letak sos perisa kegemaran korang. Kak Bell letak thousand island dan sos cili je. Garam tak payah letak sebab sos yang kita guna tu dah ada perisa. Bermulalah proses membalut dan menggulung. Gulung je macam korang gulung popia, asalkan terbungkus semua bahan-bahan tu, kita oklah. Then potong dua.


Tadaa! Dah siap pun menu sihat kita harini! Tak payah nak beli KFC Foldover bagai. Buat sendirik jek. Senang aje kan? K Bye.



CONVERSATION

1 comments:

TeraXskyn said...

Nak buatlah untuk laki, ehh

Instagram

Follow Us