Lempeng Tepung Gandum Délicieux!

Hi korang! Masuk harini dah 4 kali dah Kak Bell say hi kat korang. Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Hehe. Macam nak bagi pidato pulak yer. Bukannya apa, kebetulan 2,3 hari ni terlebih rajin pulak nak buat macam-macam benda. Lagipun buat benda senang aje pun. So, Kak Bell update lah entri semua ni. Nanti dah lama-lama, berkulat pulak sebab dah malas. Okay resepi berikutnya ialah Lempeng Tepung Gandum Lembut Sedap. Bukan main yer namanya, tapi seriously memang lembut lempeng ni hokkay. Btw, Délicieux itu adalah delicious! Jom tengok resepinya.


Bahan-bahannya:
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
Sedikit garam
Serbuk perasa Maggie Cukup Rasa
Air secukupnya

Cara membuatnya:
1) Bancuhkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau sebati. Bancuh sedikit pekat kalau nak lempeng tebal. Kalau nak nipis, bancuh sedikit cair.
2) Masukkan bahan dalam mesin pengisar (blender) supaya lempeng lembut.
3) Letakkan minyak masak nipis, sekadar nak elak lempeng melekat. Kemudian tuangkan bancuhan atas pan. Satu senduk bancuhan untuk sekeping lempeng.


4) Bila bahagian tepi lempeng dah terangkat dan bahagian bawah telah garing sedikit, balikkan lempeng.



Masaklah lempeng tersebut sampai bancuhan habis. Dapatlah dalam 10 keping lempeng yang lembut dan sedap. Actually buat lempeng ni tengah malan hari ye sebab lapar! Nampak sangat memang tak boleh nak diet. Sedap sangat dimakan dengan sambal. Dah makan 2 keping, Kak Bell baru boleh tidur. Haha. Buruk nau perangainya kan! Selamat mencuba uolss. Tapi elok buat pagi2 la untuk breakfast buat suami dan anak-anak. Kay Bye!

CONVERSATION

0 comments:

Instagram

Follow Us