Jelatah aka Acar Mentah (Pickled Mixed Vegetables)

Hi korang! Hari ni buat resepi mudah je. Masih menu sihat, sayur-sayuran je semua. Kak Bell buat acar mentah atau orang panggil jelatah. Nama pun acar mentah, so tak perlu dimasaklah. Biasanya jelatah ni jadi pelengkap hidangan bagi nasi tomato, nasi minyak atau ayam masak merah. Sedapnya, kalau dapat makan dengan nasi minyak kan. Next time, Kak Bell nak buat nasi lobaklah. Lama dah tak buat resepi ni! Rasanya belum penah share lagi resepinya.


Kak Bell tak berapa gemar sangat kalau jelatahnya lembik dan rasa cuka yang terlalu kuat. Kebetulan bahan-bahan ada, so terhasillah acar mentah ni. Memang sedaplah meratah acar yang rangup ni. Yang leceh nya nak potong nanas. Malas betul nak buang mata nanas tu. Kalau tengok penjual buah tu senang je dorang buat. Akhirnya, nak mudah Kak Bell pakai sudu je buang mata nenas tu! Nampak nau amatur kan!

Bahan-bahan
1/2 batang timun
1/2 batang lobak
3/4 nenas
2 biji bawang besar
2 biji lada merah
1 sudu teh gula
Sedikit garam
Cuka makan

Cara membuatnya:
1) Potong semua bahan- bahan ikut rupa bentuk disukai. Nak hiris panjang- panjang ke, tiga segi ke ikut yang mana suka. Nipis dia lite2 je kata orang.
2) Campurkan semua bahan, kemudian masukkan gula, garam dan cuka secukupnya. Gaul mesra.
**tak perlu tambah air, nanti air dari nenas dan timun akan keluar lepas cuka ditambah.

Dah pun siap! Cukuplah untuk 3 orang makan. Mudah jer kan.



CONVERSATION

2 comments:

TeraXskyn said...

Nasi minyak nya mana, tiberh

Bella Jamal said...

Haha. Makan dengan nasi putih aje. Nanti lah Kak Bell buat Nasi Lobak yer

Instagram

Follow Us