Ikan Pekasam Cili Kering

Hi korang! Seperti yang dijanjikan, harini Kak Bell buat ikan pekasam goreng dengan cili kering pulak. Sama je caranya macam resepi Pekasam Ikan Lampam sebelum ni. Cuma digantikan dengan cili kering aje. Tak payah ajar pun korang pandai kan.


Bahan-bahan
Ikan pekasam
6 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
Tomato atau tomato cherry
Minyak untuk menggoreng


Cara membuatnya:
1) Goreng garing ikan pekasam, kemudian angkat.
2) Dengan minyak yang sama, goreng cili kering yang dah dibasuh dan dipotong. Goreng sedikit garing.
3) Kemudian, masukkan bawang dan tomato. Goreng sampai bawang layu.

Nak goreng sekali bersama ikan pekasam pun boleh. Kak Bell buat asing sebab tak nak ikan hancur. Goreng je ikut cara macam mana pun. Asal boleh makan ye tak? K bye.

CONVERSATION

0 comments:

Instagram

Follow Us