Pad Thai Boat Noodle di Deli PORTOFINO

Hi korang! Haritu Kak Bell ada singgah di Deli PORTOFINO sebab mengidam nak makan nasi lemak dia yang sedap tu. Pergi berdua je dengan Puan Suri. Lama jugaklah tak datang makan-makan kat sini. Sekarang ni kat Deli PORTOFINO Kelana Jaya, ada add-on menu baru iaitu Pad Thai Boat Noodle. Walaupun dah kenyang, tetap gagah nak merasa menu terbaru ni. Lets tengok. Kalau nak tengok post sebelum ni di Deli PORTOFINO boleh klik sini kay > Worth Every Penny At Deli PORTOFINO


Pad Thai Boat Noodle ni harga untuk dining in hanya RM2 untuk semangkuk dan RM2.20 untuk take-away. Untuk take-away dorang gunakan bekas palstik standard yang bulat tu. Oklah kan, banyak juga untuk portion take-away. Terdapat 5 varieti menu yang korang boleh cuba iaitu:
Thai Green Curry
Thai Red Curry
Thai Clear Soup
Thai Wantan Mee
Mee Siam


Kak Bell cuba kesemua jenis perisa. Not badlah rasanya. Paling sedap ialah Thai Clear Soup dan Thai Green Curry. Yang lain tu tak berapa suka sangat. Untuk Thai Clear Soup dan Thai Green Curry ni dorang gunakan laksa, spageti angel hair untuk Thai Wantan Mee & Thai Red Curry dan pakai bihun goreng untuk menu Mee Siam. Paling tak best ialah Thai Wantan Mee sebab kuah dia masin. Btw,Kak Suri suka Thai Wantan Mee ni. May be dia nak kawin dah kot sebab suka masin-masin! Hehe. Gembira sangat adik kat kedai ni bila kami datang. Lama kakak tak datang katanya. Korang tengok ni, penuh sayur dia bagi kat Kak Bell. Sayur dan daun sup tu kena hiris halus sedikit baru best kita nak makan. Takpelah Supermarket Hero kaya kan!

Thai Clear Soup


Thai Green Curry


Mee Siam


Thai Wantan Mee


Kemana entah hilangnya semangkuk lagi gambar Thai Red Curry. May be dah habis makan baru nak snap gambar kot! Bolehlah kalau korang nak mencuba makan kat sini nanti. Harganya pun murah je. Nanti korang komen kalau dah rasa Pad Thai Boat Noodle ni yer. K bye!


CONVERSATION

0 comments:

Instagram

Follow Us