Mee Goreng Simple

Hi korang! Sementara ada masa terluang ni, Kak Bell nak share resepi mee goreng simple. Tak payah ajar pun semua tahu nak masak mee goreng kan. Kak Bell cerewet sikit dengan mee goreng ni. Kadang-kadang tu susah nak dapat yang betul-betul kena dengan citarasa. Kalau pesan mee goreng yang masih ada rasa kapur, terus hilang selera nak makan. Tak perfect pun mee goreng Kak Bell masak ni. Terlebih pedas lah pulak!


Bahan- bahan macam biasalah, apa yang ada kita pakai. Boleh je masuk apa-apa bahan dalam mee goreng ni.

Bahan-bahan:
1 pek mee kuning
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Semangkuk isi ayam
3 biji tomato
2 batang sosej
Sedikit kobis
Daun bawang
Cili kering/pes cili
Minyak untuk menumis
Sedikit serbuk belacan
Garam


Jom tengok cara memasak.
1) Celur/rebus sekejap mee kuning untuk hilangkan rasa kapur.
2) Potong dan hiris semua bahan. Untuk bawang tu, separuh di kisar halus.


3) Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan putih sampai naik bau.
4) Kemudian tumis cili kering yang dah dikisar sampai naik minyak.
5) Masukkan isi ayam. Bila dah masak seketika, masukkan sosej dan sayur.
6) Perasakan dengan garam, sedikit belacan. Bila rasa dah ok bolehlah masukkan mee kuning dan tomato. Akhir sekali masukkan daun bawang dan kacau rata sampai sedikit kering.

Dah pun siap. Resepi ni tak payah ikut bulat-bulat pun. Ikutla nak guna seafood ke, nak tambah kicap atau sos tiram. Pasti jadi je mee goreng tu. K bye.


CONVERSATION

2 comments:

adda syuhada said...

sedapnyer...

Bella Jamal said...

Biasa2 aje cik adda syuhada. Baru je tambah kicap manis sebab pedas sgt! Hehe

Instagram

Follow Us