MEDAN TRIP INDONESIA - Day 4

031217
Hi korang! Hari ni merupakan hari terakhir di Medan. Pejam celik sekejap je 3 hari dah berlalu. After breakfast, check out dari Hotel Wisma Sederhana pada jam 10.00am. Actually stay kat hotel ni ok je, tak adalah apa2 masalah. Layanan kamar 24-jam, Wi-Fi gratis dan ada pulak bar kopi di lobi. Mentang-mentang lah WiFi gratis, kaedah sangat sebab memang tak dapat connect pun dgn WiFi hotel kat bilik. Very badlah walaupun wireless repeater kat atas kepala! Hehe. Sesuailah dengan motto “Only if on a budget”. Tapi Kalu korang kaya, pegi duduk hotel mahal2 yer lagi puas hati kan! Aktiviti harini cuma di sekitar Kota Medan sementara menunggu flight balik ke KL pada jam 2020PM. Lets habiskan duit yang masih ada berjuta-juta lagi nih.



Bye2 Wisma Sederhana Hotel. Btw, Chinese suka kot tinggal kat sini sebab turun je hotel teros boleh cari makanan (non-halal) di sepanjang jalan Selat Panjang ni. Sedapnyer! Tiber!

Agoda Rating 3/5

Dah sampai kat sini mestilah nak rasa dessert terkenal di Medan iaitu Bika Ambon atau Bingka Ambon. Tapi kalau kat Malaysia, kuih bingka tu lain lah pulak rupa bentuknya kan. Tekstur kuih bika ni macam kek gula hangus. Mulanya nak ke Zulaikha Bika Ambon yang terkenal tu tapi pak supirnya bawa ke Rika Bika Ambon. Malas nak cakap banyak, lain yang orang nak pergi lain pulak tempat yang dia bawak! Sakit hati tul dengan Pak Nanang ni kan! Kalau korang nak tau, bika ni diperbuat dari bahan-bahan seperti telur, gula, dan santan. Banyak je perisa bika ni but yang terkenal ialah perisa pandan dan original. Selain bika, Rika Bika Ambon ni juga ada jual kek lapis dan juga kek coklat. Bika ambon biasanya dapat tahan dalam sekitar empat hari sebab lepas tu kuih akan mula mengeras.


Kuih Bika Ambon Kak Bell ni dah teruk keadaanya. Beli dua perisa je. Perisa Original harganya Rp70,000 dan bika ambon pandan, Rp90,000. Maklumlah dah letak dalam luggage. Habis kena penyek, campak-campak, then letak pulak dalam peti ais lepas dah sampai rumah, so inilah hasilnya! Kalau nak makan semula yang dah di sejukkan tu, korang kena kukuskan semulalah bika ambon ni. Rasanya enak aje tapi Kak Bell tak taste sangat. Hehe.

Bika Ambon Original

Bika Ambon Pandan

Ni kalau korang nak maklumat tentang kedai Bika Ambon. Kata Pak Roy, Bika Ambon Rika lagi sedap, tak berair. Tak tahulah betul ke tidak. Korang pilihlah yang mana korang suka ya! 

Rika Bika Ambon
Address: JL. Sekip, No. 32 C, Sekip, 
Medan Petisah, Kota Medan, Sumatera Utara 20111, Indonesia

Zulaikha Bika Ambon
Address: Jl. Mojopahit No.96, Petisah Tengah, 
Medan Petisah, Kota Medan, Sumatera Utara 20111, Indonesia
Hours: Open today · 7:15AM–9PM
Phone: +62 61 4158856

Lepas dah beli Bika Ambon, kitaorang pergi shopping di area Pasar Hindu. Actually tak masuk pun ke dalam kawasan penjaja tu. Pergi area berdekatan je. Kitaorang singgah toko kain nak cari kain pelekat dan kain batik. Masing2 pun dah lupa nama kedai sebab ghairah nau nak membeli. Haha!



Macam biasalah, ratu tawar-menawar, Puteri Sharina memang pandai bermain lidah, mintak diskaun dengan tokey kedai. Lagipun, suami dia kan orang tempatan. Gilalah kalau tak dapat diskaun kan!  Akhirnya, last price dapat Rp300,000 untuk 5 helai kain batik Jawa Klasik dan Rp50,000 sehelai untuk batik Jawa Moden.

Proses bermain lidah. Ko tengok jelingan Puteri Sharina tu!

Batik Jawa Klasik


Batik Moden

Selain kain batik, banyak lagi barang lain seperti kain pelikat, kerudung, telekung, busana muslimah ada dijual kat sini. Warna kain pelikat Al-Aqsa ni pun cantik2 dan design pun berbeza dari kain pelikat cap biasa yang kita tengok. So semua model pun ambil 3,4 pasang sebagai buah tangan untuk famili dan kawan lelaki kan.



Tokey kedai pun baik hati dan ramah. Siap berkenalan dengan semua model. Pisang tu pula disedekahkan buat pengunjung yang datang.

Telekung Section


Di kaki lima kedai ni, ada je penjaja yang jual fridge magnet, key chain, wallet dan sebagainya. Memula tu berhajat la jugak nak beli, tapi kalau dah macam ni gayanya memang tidaklah yer. Korang tengok ni, sampai nak tutup pintu van pun tak boleh. Nak jual barang ke nak autograph ni uolssss??? Beyonce sangat masing2!

Artis tak model2 semua?

Dah sudah di kerumuni oleh peminat sekejap tadi, kitaorang pergi jalan-jalan di Pajak Ikan Medan. Mula-mula tu macam konpius kejap nak pergi pasar ikan buat apa kan. Rupa-rupanya, tempat gedung membeli-belah. Kalau kat Medan ni, "pasar" tu bererti jalan raya, dan tempat berbelanja/shopping disebut "pajak". Pajak Ikan Medan ni, macam Jalan TAR di Malaysia lah. Kat sini korang boleh cari macam-macam barangan seperti baju kebaya, jilbab (tudung), sejadah, karpet, batik, busana tradisional, kurma, air zam-zam dan lain-lain. Pada mulanya, Pak Supir macam tak nak bawak kami semua ke sini. Lepas kena paksa berulang kali tanya, barulah dia bawak. Benci betul dengan supir ni tau. The worst ever sepanjang edisi travel ke Indonesia.

Pasar Ikan Medan


Mula-mula tu kitaorang cuma jalan di bahagian luar Pasar Ikan je. Actually, kat belah dalam ni lagi banyak kedai-kedai yang jual macam-macam lagi jenis barangan. Penjaja-penjaja kat sini, setiap masa ikut kita ke mana sahaja. Sampai ke hujung pasar ni pun dorang ikut. Sampai ke van pun ada. Sama aje keadaannya macam kat kedai kain sebelum ni. Berjalan kat sini kena extra careful lah ye. Sama je keadaanya macam di Malaysia tu. Pencopet ke perampok ke, ada je di mana-mana. Beware ek, jaga beg LV, Hermes korang tu bebaik!


Ni antara kedai kain dan manik yang kitaorang singgah. Macam biasalah, Puteri Sharina selain modelling dia juga pandai menjahit. Sempat dia beli satu kontena kain lace dan manik untuk baju pengantin dia. Murah yer kat sini. Memang puas hati berbelanja kat Pasar Ikan ni. Patotlah Pak Supir tak nak bawak datang. Kain batik dan pelekat yang kitaorang beli tadi, kat sini jauh lebih murah kay!



Untuk kain lace ni, dapat harga Rp80,000 (RM26.60) semeter dan harga manik dan diamonds pun murah yer. Kalau kat Malaysia, lace tu pun dah RM70/RM80 semeter kan! For sure, semua pereke fesyen amek kain kat Indonesia aje kan. Murah! Seriously! Nanti baju kawin kita nak beli kain kat sini lah. Fefelin kan!


Meriah!

Puteri Sharina sedang buat pilihan



Tengok jam pun masih lambat lagi nak malam. Selesai shopping di Pajak Ikan sekitar jam 1220pm. Masih awal lagi. Cadangnya nak berjalan2 ke shopping mall pula. Tapi sebelum tu pusing-pusing Kota Medan dan berhenti makan di Kedai Ayam Penyet Cinderalas. Makan kat sini memang sedap. Ayam penyet dia memang sedap uolsss. Dah la semua model lapar sebab bekfast kat hotel yang tak sedap tu. Sampai tak mampu dah nak snap gambar makanan! Haha. Sebenarnya ada, tapi dah terdelete sebetulnya. Maafin!! Kedai makan Cinderalas ni betul-betul berhadapan dengan Monumen Pahlawan Nasional Kota Medan. Bolehlah korang cuba nanti yer.

Menara Jam Ibu Kota Medan

Monumen Pahlawan Nasional Kota Medan


Lepas habis lunch kitaorang shopping lagi di gedung membeli belah Ramayana. Murah-murah juga barangan kat sana. Promosi kasut Rp100,000 untuk 2 pasang. Kasut lelaki pun murah-murah. Bukannya nak bawak kitaorang pergi Medan Mall yer. Takut macet katanya walhal tengok tak ada lah jammed pon. Motif sangat cakap nanti macet orang nak balik kerja. Nampak tak di situ punyalah nak hantar kitaorang ni cepat-cepat ke airport. Nak pergi dating kot gamaknya sebab dari semalam phone pak supir asyik berdering aje. Selang 5 minit yer telefon asyik berbunyik!

Ramayana Shopping Mall

Lebih kurang jam 1530pm kami semua dah gerak ke airport Kualanamu untuk tunggu flight balik. Jam 1620pm dah pun sampai. Kejap ajekan? Jammed tak?? Bayangkanlah flight kitaorang adalah pada jam 2020pm. Walau apa pun, tips tetaplah kitaorang bagi kan. Pandai pulak dia berpantun syair lepas dah sampai airport. Katanya dalam pantun, apa yang tak elok di sini, harap habis di disini. Ye lah, memanglah betul. Tapi weols model-model semua tak adalah simpan dalam hati pun. Biasalah model-model mestilah ribut! Haha. So, dah sampai awal kat sini, sempatlah berjalan-jalan dan makan malam duluan. Ni diantara suasana di Kualanamu Airport, Medan.



Yang ni Kak Bell kagum. Macam kena masuk dalam machine back to the future yer. Kena angkat kedua-dua belah tangan macam pesalah, then alat ni akan scan. Btw, Miss Franco ni pakai jalan selamba jek, tak angkat tangan pulak tu. Bias betul tau!




Malam tu, Medan hujan but perjalanan malam tu semuanya okay. Biasalah ada sedikit turbulent. Sebelum berlepas, siangnya dengar pesawat polis Indonesia terhempas di Batam. Dalam hati berdoa harap semuanya baik dan selamat sahaja. Nasib baik flight 1 jam jer. Lega bila dah nampak ruang udara Malaysia. First time naik flight malam katanya! Dah sampai KLIA2 gigih nak balik ke rumah masing-masing. Dalam jam 2 pagi jugalah baru sampai rumah. Sepanjang di Medan sebenarnya risaukan anak-anak bulus di rumah. Nasib baiklah ada housemate yang tengok-tengokkan. Lepas sampai rumah je, anak-anak buat biasa je. Si Muezza langsung tak datang kat mama dia ni. Amboi kekwat memasing ek! Yang penting dah lewat malam, mengangkut bagasi bagai, keesokannya dah kena masuk kerja yer! Nasib baik afternoon shift. Habis sudah episod Medan Trip kali ni. So, pemenang episod kali ni adalah Puteri Sharina. K. Bye! Jumpa lagi di Bangkok April nanti yer! Salam sayang. Muah!

Buah pisang kaki Medan. Jemput makan!

Ole-ole

CONVERSATION

2 comments:

TeraXskyn said...

Pak Roy epok

Bella Jamal said...

Hehe.epok2 ke semuanya. Dgn model yang bikin ributt

Instagram

Follow Us