MEDAN TRIP INDONESIA - Day 2

01/12/16
Hi uolss. Sekarang masuk hari kedua di Medan. Bangun pagi punyalah awal sebab jam 730am akan terus gerak ke Parapat dan seterusnya melawat Danau Toba, Pulau Samosir dan Kg. Tomok tempat suku Batak Toba. Sebelum gerak, haruslah kena brekfast dulu. Model2 lain semua dah siap sarapan, cuma Kak Bell lambat sikit sebab tunggu tuan Puteri Sharina bersiap blow rambut bagai! Yang penting Hotel Wisma Sederhana ni limitkan hanya 2 biji telur untuk omelette bagi satu bilik. First time jumpa hotel yang macam ni. Kedekut nak mampus. Nanti kita sambung cerca hotel ni lagi yer.


Perjalanan ke Parapat ambil masa 5 jam perjalanan. Cuaca hari ni pun ala-ala mendung dan hujan renyai. Boring sangat dalam van pak supir sebab tak ada radio. Membuta ajelah aktiviti yang ada. Pak Nanang ni pun tak de la peramah sangat, diam aje, so baik weols semua tidor je sepanjang perjalanan. Disebabkan perjalanan terlalu panjang, kitaorang berhenti di Pekan Siantar sekejap after 3 hours drive. Kat sini terkenal dengan produk dari kekacang dan bijan (snacks from peanuts & sesame). Bolehlah berbelanja yang mana ada.


Mostly penduduk di Siantar beragama Kristian, merata2 lah jualan cik bab* yer. Jual tepi2 jalan je, macam jual kopok lekor gitu. Dalam perjalanan Kak Bell nampak kedai menjual roti ketawa. Mungkin bila di makan, akan ketawa tak berhenti2 kot gamaknya! Ok, sambung lagi 2 jam perjalanan ke Parapat. Sampai Parapat Geopark sekitar jam 1 petang. So, kami makan tengah hari dulu sebab gilalah kalau tak lapar 5 jam perjalanan. Dah la brekfast budget kan. Kat sini agak susah nak cari makanan dan kedai masakan Muslim/halal sebab penduduk di sini pun kebanyakannya beragama Kristian. Let's melantak di Rumah Makan Nikmat.


sebelum

selepas

Kebanyakan pengunjung yang makan kat sini haritu semuanya dari Malaysia. Mungkin ni je kot kedai Muslim yang available. Sila lihat gambar sebelum dan selepas. Haha! Makanan semua sedap dan variety. Lihat sajalah model2 semua kembali ceria lepas dah makan. Black coffee dia memang sedap! Harus korang cuba!


Selesai lunch, baru check in di Hotel Melissa dalam jam 2 ptg. Melissa Palace katanya! Btw, bukan hotel pun sebenarnya. Rumah tumpangan aje pun. Jadilah untuk semalam kan. Kak Bell duduk bilik besar dengan 2 katil king untuk 4 orang model bermalam. 2 orang model lagi duduk bilik berlainan. Mula2 sampai, terkesima kejap sebab tak ada kipas, no aircond dan takde heater. Kecewa kejap. Petang tu, hujan renyai dan angin nya sangatlah sejuk. Patutla tak payah kipas dan aircond. Airnya sejuk sampai ke tulang! Dah check in, rehat2 kejap terus sambung aktiviti ke Pulau Samosir untuk melawat kampung suku Batak Toba.


Selfie depan bilik!

Danau Toba (Lake Toba) adalah tasik gunung berapi yang terbesar di Asia Tenggara dan di Indonesia. Memang besar uols. Pulau Samosir tu pun dah lebih kurang sama besar dengan Singapura. Bayangkanlah betapa besaunya tasik ni. Sempatlah berborak dgn pak supir, mengikut lagenda kononnya Danau Toba terbentuk akibat sumpahan dewa. Cuaca petang tu cloudy dan hujan renyai. Dari jetty ke Samosir Island ambil masa lebih kurang 45minit perjalanan dengan feri. Tiket feri ialah Rp15,000. Sebelum ni bila survey harganya cuma Rp 10,000. Harga tambang dah naik kot or harga tourist lain kot? So, semua model akan di bawa bergambar di sebuah kampung orang Batak merentasi Danau Toba ye. Photoshoot bermula dah dari atas feri kay!

Hey hati2 tau! 

Horas!! "Horas" ni bahasa Batak yang di gunakan untuk ucap selamat pagi, selamat petang, good health dan juga selamat tinggal. Horas! Horas! Tibeh! Sampai je atas feri, dah start dah jualan2 dari penduduk setempat. Rimas juga dibuatnya. Dah siap duduk, tetibe datang 2 budak kecik lelaki duduk dengan model2 semua. Eh, kenapa pulak anak fish ni yer.. rupa2 nya bubudak ni buat show atas feri ni dan minta sumbangan. Siap suruh campak syiling, then dorang menyelam pulak dalam tasik

Puteri Sharina bersama suami. Eh!

Nah tengok anak2 ikan Toba buat show. Kelakar tau show dorang ni. Lets menonton!


Dari jauh, nampak awan berarak mendung yang menandakan hujan akan turun. Nasib baik photoshoot dah siap dan dah nak sampai jetty. Cantik kan?

Tasik Toba

Ni sebahagian gambar masa atas feri. Terlalu bnyk gambar kot! Sampai juling mata Kak Bell nak pilih yang mana. Btw, gambar Puteri Sharina ni memang paling win lah. Episod kali ni memang dia juara. Horassss!


Mana tak menang, 20 frame je kat dia! Kikiki




Dah pun sampai Kg Tomok. Kampung Tomok merupakan salah satu pintu masuk ke Pulau Samosir selain pelabuhan Simanindo. Selain Tomok, Tuktuk merupakan kawasan cottage dan homestay yang terkenal di daerah Samosir. Kat sini juga antara tempat yang aman kalau nak berjalan malam. Foreigners pun banyak yang datang sini. Next time, kita bawak model2 semua datang sini kay!



Kat sini kitaorang membeli belah barangan, baju, beg dan sebagainya, melawat kawasan rumah batak dan muzium Batak. Di sebabkan hari hujan, so tak dapatlah nak melawat ke semua tempat. Pergi yang mana sempat ajelah.


Model semua paling banyak borong kat kedai akak ni. Bukan main lagi tau motto dia "Buka mulutku, tutup mulutku!", tawar-menawar harga lah maksudnya. Harga pun ok. Beg besar kat sini boleh dapat dalam harga Rp35,000 dan ada juga yg beli dengan Rp50,000. Untuk shopping kat Tomok ni, mesti kena pandai bermain lidah. Jangan nak pikir lain pulak yer, maksudnya memang kena pandai tawar-menawar yer. Hujung2 kedai2 kat belah atas lagi murah yer dia bagi. Ko ghaser??

Ni all time shopper terbaik!




Di depan pintu masuk Makam Raja

Ni pula, sekitar kawasan rumah orang Batak Toba. Nak tengok persembahan pun boleh. Btw, disebabkan hujan kitaorang cuma melihat2 kawasan ajelah. Walaupun datang tengok2 aje, tetap nak mintak duit sebab dah cerita banyak katanya. Kitaorang ni pun model2 baru nak naik. Tu pun kumpul duit nak mai sini tau! Haha.






Tempat terakhir yang kitaorang pergi ialah Muzium Batak Tomok. Bukan Tomok penyanyi tu yer! So kat sini bolehlah tengok barang2 yang pernah digunakan oleh kaum dan Raja Batak. Rumah batak yang asli di bina tanpa paku dan pakai pasak sahaja. Btw, rumah batak yang ada sekarang bukanlah yang asli but dibina dan dijadikan muzium untuk kita lihat sejarah mereka dahulunya.



Ukiran kayu

Dalam muzium ni ada pelbagai barangan asli yang di guna pada zaman dahulu. Bolehlah korang tengok di antara koleksi-koleksi barangan yang ada kay.


Boleh di sewa untuk di pakai

Setiap raja batak ada dukun sendiri


Tempat isi barang kemas


Rumah orang Batak dahulunya bukan didiami oleh satu keluarga sahaja. Dari jumlah dapur yang ada dalam setiap rumah, kita dapat tahu berapa banyak keluarga yang tinggal dalam rumah tersebut.

Dapur memasak

HUDON TANO : Periuk dari tanah liat yang digunakan untuk memasak ikan dan sayuran.
TATARING : Tungku yang biasanya terbuat dari besi atau bongkahan batu yang disusun dalam bentu segitiga.


RUMBI :Bahan dari batang pohon nangka, digunakan untuk tempat harta dan barang pusaka

Senjata

Pinggan besar

SAPA : Sejenis pinggan dari kayu nangka tempat nasi untuk makan bersama (sekeluarga). Istilah Sapa-nganan adalah identifikasi dari keadaan makan bersama dari Sapa, artinya Sapanganan identik dengan kaum kerabat, keluarga dekat.

Tamatlah sessi hari kedua, berjalan2 di sekitar Kampung Tomok di Samosir. So, sebelum pulang, kita buat photoshoot untuk kesemua gadis model kita untuk episod Medan ni. Cepat vote pose sape paling bergaya!

Top Model Edisi Medan 2016



Untuk hari ni je, Kak Bell dah shoping dalam Rp210,000. Semua dapatlah, baju, beg yang cantik dan cenderahati untuk opismate dan buah hati (fefeling je pun)! Feri terakhir pada jam 7ptg. Sampai Parapat pada jam 1810pm. Cuaca pun masih renyai2 dan sejuk. Nak jalan2 di Pasar Tiga Raja pun dah malas. After dinner, balik hotel dan berehat2 dan balik semula ke Medan keesokannya. So, Kak Bell sambung esok lagi ye especially cite yang terjadi kat Hotel Melissa malam tu! K Bye. Nite2.






































































CONVERSATION

2 comments:

TeraXskyn said...

cantik betul gambar, esp yang pakai baju hitam tu ,,eh?

Bella Jamal said...

haha. puji diri sendiri ke? Btw, tone dia sekata. tak putih fair n lovely.hihi

Instagram

Follow Us