MEDAN TRIP INDONESIA - Day 1

30/11/2016
Hi korang! Dah lama sangat Kak Bell tak pergi travel or vacation. Last trip ke Ho Chi Minh terpaksa cancell sebab masalah2 kesihatan. So sekarang nak kongsilah trip ke Medan, Indonesia pada minggu lepas. Macam biasalah, beli tiket Air Asia ajelah yang mampu. Tiket return berharga RM320 sekali dengan pakej Air Asia Go hotel. Pergi 4 hari je bermula 30 Nov 2016 till 03 Dec 2016. Gigih lepas balik kerja, terus ke airport yer! Dari KL gerak ke Putrajaya Park & Ride pada jam 2 pagi. Selalunya kalau travel kemana2, Kak Bell selalu park kat sini sebab senang tak menyusahkan orang nak fetch ke airport. Then naik tren je ke KLIA 2. Caj pun tak mahal, dalam RM24 aje untuk 4 hari park kereta kat sana. Episod kali ni, bekas juara model sessi Lombok Mbak Jijie dan Fifiana tak join. Kita gantikan dengan supermodel baru Sherryyana Al-Hadat! Welcome!


Untuk kos trip kali ni bolehlah korang check kat bawah ni ye. Semua kos untuk 6 orang model.

1) Flight + Hotel Wisama Sederhana (Air Asia Go)  :RM320
2) Tourist Guide aka Pak Supir                             : Rp3,4000,000 (RM1092)
*per person                                                         : Rp566,700 (RM182)
3) Melissa Hotel                                                   : Rp450,000 (RM145)
*per person                                                        : Rp75,000 (RM24)
4) Istana Maimun                                                : Rp5,000 (RM1.60)
5) Jetty to Samosir Island                                   : Rp15,000 (RM4.90)
Total Per Person                                                  : Rp640,634 (RM212.50)
Grand Total Per Person                                        : RM320 + RM212.50 :RM532.50

Capet tunggu tren ke KLIA2


Flight dari KLIA2 pada jam 7.35 pagi dan di jangka sampai ke Kualanamu International Airport pada jam 7.35 jugak waktu Indonesia. Macam ikut pintu doraemon je terus sampai kan! actually waktu di Medan, lewat 1 jam dari waktu Malaysia.


Flight haritu dalam 55 minit je pun. Tak sempat pun nak tido, dah pun sampai! Kabin krew pun tak sempat nak bagi makanan yer! So sesampainya di Kualanamu airport, disambut oleh pak supir Nanang dan teruskan perjalanan ke kota Medan untuk hari yang pertama.



Ruang Kualanamu International Airport


First thing first cari breakfast dulu yer. Kitaorang singgah di Warung Aja-aja. Menunya takde lah roti canai or nasi lemak macam kat Malaysia. Kak Bell order soto daging, harga Rp20ribu dengan teh botol Rp 5ribu. Antara makanan lain ada Rawon Iga, Tahu Telur Malang etc. Pengsan tak dengar nama brekfast. Btw, tak taste sangat makanan pagi kat sini. May be tak kena dengan tekak agaknya. Yang penting kedai ni pasang lagu Noraniza Idris yer! Gittew!

Makan pagi di Warung Aja-aja

Done sarapan, so terus ke destinasi pertama melawat2 sekitar bandar Medan. Kota Medan ni merupakan bandar bagi daerah atau provinsi Sumatera Utara, Indonesia dan merupakan kota terbesar di luar Pulau Jawa. Dikira sebagai kota metropolitan ketiga terbesar di Indonesia lepas Jakarta dan Surabaya. Kota Medan merupakan pusat bagi Kesultanan Melayu Deli, dulunya adalah Kerajaan Aru yang didirikan pada tahun 1632 oleh Tuanku Panglima Gocah Pahlawan di wilayah bernama Tanah Deli (kini Kota Medan dan Kabupaten Deli Serdang, Indonesia). Destinasi pertama ialah melawat di Istana Maimun (Maimoen) atau Istana Sultan Deli yang juga dikenali sebagai istana Putri Hijau sebab warnanya. Di bina sekitar tahun 1888.


Seni bina Istana Maimun ni memang cantik dan masih di jaga rapi. Senibina dalamannya unik, terdiri dari unsur-unsur warisan kebudayaan Melayu, dengan gaya Islam, Sepanyol, India dan juga Itali. Bagi para pengunjung yang datang ke istana, boleh melihat koleksi-koleksi barangan istana seperti gambar2 keluarga sultan, perabot rumah lama kuno, dan berbagai jenis senjata. Tiket masuk adalah Rp5000 saje!

Entry Pass

The Signature Sha & Sherryyana Al-Hadat





Tempat bersemayam sultan

Untuk sejarah salasilah dan Kesultanan Deli korang boleh baca di satu sudut bahagian dalam istana ni. Kat sana nanti, ada je pembantu pelancong yang akan ceritakan tentang sejarah istana dan juga Kesultanan Melayu Deli ni. Boleh je dapatkan bantuan pembantu pelancong kat sana. Kalau nak kaji lebih lanjut boleh tanya en google yer.




Bahasa Melayu Deli pada asasnya sama je dengan Bahasa Melayu yang digunakan di Malaysia (macam loghat perak). Bila dengar pertuturan dorang, memang macam orang Melayu kita bercakap. Tak ada pun loghat Indonesia. Sempat berkenalan dengan Miss Missy dan juga abang pembantu pelancong ni. Kebetulan pula abang tu pernah belajar di UKM lebih kurang tahun yang sama dengan tahun Kak Bell di UKM dulu. Sempatlah beramah mesra dan berkenal-kenalan.



Di Istana Maimun ni, korang juga boleh cuba pakaian adat Melayu Deli dan bergambar dengan pakaian tersebut. Kos sewa sebanyak Rp10.000 untuk setiap pakaian. Bolehlah jadikan kenangan pernah mengunjungi Istana Maimun. Btw, kitaorang malas nak bersesak2 salin pakaian. Semua pulak nak jadi putera raja dan puteri. Iols jadi pacal yg hina sudahlah! Hiks.

Pakaian yang disewakan

Ruangan untuk menyewa pakaian

Lagi satu, masyarakat Melayu Deli ni juga terkenal dengan seni berpantun Melayu. Sampai sekarang pun masyarakat dorang masih lagi berpantun. Korang bayangkan pakcik kat istana ni, siap berpantun bagai yer. Pitamlah nak susun ayat nak membalas. Hujung2 biarkan ajelah pakcik tu berpantun sorang2! Maaflah yer, kitaorang semua memang tak pandai kesusasteraan Melayu. Berpantun nak mengungkap isi hati, gunakan kiasan dan perumpamaan gittew.

Selain menyewakan pakaian Melayu, Istana Maimun juga menyajikan pertunjukan muzik melayu secara live, setiap hari di balairung Istana. Siap panggil kita menyanyi ni. Tapi apakan daya memang tak pandai nak menyanyi lagu asli. Di antara lagu yang di mainkan macam lagu Cindai by Dato Siti, Pandang-pandang Jeling-jeling Dato S.M Salim dll. Rasa macam nak pergi rampas je mic terus menyanyi kan. Tapi sura kita suara rock, tak sesuai la pulak.

Pertunjukan lagu Melayu


haha.mampu?

Sesambil dengar hiburan, ada cabaran menari pulak yer.Bukam main lah yang sorang ni menari sakan. Memang pemenang lah untuk episod pertama top model Medan ni.

Amboi! poco2 di istana yer!

Penari istana eh?

Tengok acik ni menari. Ko ado? Sweet btw!

Inilah dia pakcik yang berpantun tadi tu


Berpantun sudah, berdendang pun sudah, next destination pula kami melawat ke Masjid Raya Medan. Masjid Raya Medan atau Masjid Raya Al Mashun ni di bina pada 21 Ogos 1906 dan pembinaanya siap pada 10 Sept. 1909 (3 tahun pembinaan). So Masjid Raya ni dah berusia lebih kurang 110 tahun dah. Masjid ini berbentuk segi lapan dan memiliki sayap di bahagian selatan, timur, utara dan barat. Masjid Raya Medan ini merupakan ikon bagi kota Medan dan menjadi saksi sejarah kehebatan Suku Melayu dari Kesultanan Deli.





Dah habis menggayakan busana tudung Neelofah kat sini, sepatutnya nak pergi melawat2 di Kesawan Square (Old Dutch Place) but kawasan Kesawan Square dah pun ditutup atas alasan kurang pengunjung. Actually, kawasan ni adalah tempat bangunan-bangunan lama dengan versi arkitek kolonial tinggalan Belanda. Jadi, terus aja ke destinasi seterusnya ke untuk makan durian Medan. Terdapat 5 kedai durian ngetop di Medan ni :
1) Ucok Durian
2) Durian House
3) Cafe Durian Maidani
4) Mei Chin
5) Durian Pelawi

Asalnya nak ke Ucok Durian, tapi hujung2 pergi ke Durian Pelawi. Kaedahnya durian kat Malaysia mahal, so kita makan durian kat kota Medan ajelah. Kat Pelawi Durian ni ada menyediakan Daging Durian, Pancake Durian, Durian Beku (frozen) dan Durian Kupas asli (dining). Kitaorang order 4 biji durian jenis Sedikalang. Sedap jugak duriannya! Total harga 4 biji durian, pulut dan 2 botol air mineral ialah Rp 200.000 aje. Murahlah kalau compare dengan Malaysia kan?





Kak Bell sebenarnya bukanlah penggemar durian. Tapi sekali sekala tu nak lah juga merasa. Untuk hilangkan rasa panas badan bila dah makan durian, korang bolehlah minum air dari pangsa durian. Btw, nak hilangkan bau durian kat tangan pun boleh guna cara yang sama. Memang berkesanlah, hilang terus bau durian kat tangan.






Then, baru gerak untuk check-in di Hotel Wisma Sederhana pada jam 4 ptg. Hotel ni kitaorang ambik yang paling murah lah dalam list Air Asia Go tu dan yang penting berdekatan dengan tempat2 melawat di kota Medan ni. Hotel ni terletak di Jalan Selat Panjang di mana sepanjang deretan jalan ni menjual makanan dan masakan citarasa Melayu dan Tionghua yang terkenal di Medan. Satu lagi tempat makanan Cina yang terkenal ialah di Jalan Semarang. Mostly warung di sepanjang jalan ni menjual makanan non-halal. So, kena hati-hatilah bagi yang Muslim.

Hotel Wisma Sederhana
Jalan Selat Panjang No.11 C, Pasar Baru, Medan Kota,
Ps. Baru, Medan Kota, Kota Medan,
Sumatera Utara 20212, Indonesia

Dah sampai je hotel, perkara pertama ialah WiFi! Memasing nak connect ke internet kan! Yang penting WiFi kat sini memang laha, azab dan yang sewaktu dengannya. Speed 65Mbps dah, walaupun wireless booster atas kepala pun tetap tak dapat connection yer. Call receptionist, restart router pun tetap sama yer! WiFi sedih! Ni baru satu isu je yer. Bilik Sherryyana Al-Hadat je ada good coverage. Terpaksa lah berkampung jap nak whatsapp buah hati, nak bagitau yang kita ni dah sampai Medan. Tiberr!

Deretan warung sepanjang Jalan Selat Panjang

Dah berehat2 sampai jam 8, kami semua baru keluar untuk makan malam di sekitar Merdeka Walk. Waktu pergi ni weolss jalan kaki aje yer. Berpeluh jugaklah nak menyampai ke sana. Kebetulan malam tu, ada event kat Merdeka Walk ni so penuhlah dengan orang ramai. Di Merdeka Walk ni merupakan pusat makanan, hiburan dan juga tempat pertunjukan. Suasananya macam Bukit Bintang KL, tapi meriah lagi di Kuala Lumpur!. Pizza Hut, Starbuck, MC Donald semuanya ada kat sini.




Selesai berjalan disekitarnya, kitaorang berhenti makan di Pandan Wangi Traditional Food. Kos makan malam sekali minuman ialah Rp55000. Lupa apa nama makanan ni. Semua hidangan sedap. Tadi time datang gigih walkathon, so balik ke hotel naik beca sebab dah tak larat berjalan. Korang kena pandai tawar la naik beca ni, sebab ada yang ambil kesempatan nanti. Sampai hotel, nak main internet pun tak de mood. So tidur ajelah untuk cabaran hari esok. Jumpa esok naa.

Rp55000




CONVERSATION

6 comments:

luqman zakaria said...

Bestnya! murah gila 500++ jer sorang. Banyak tmpt you guys pergi masa first day. 2nd day plak please.hehe

Bella Jamal said...

tgh working on 2nd days ni.hihi.tunggu ya

Hem said...

Great story yer bella. By the way suka2 jer bagi nama kite alhadad. Yelaaa. Kite gemok kan. Hahahaahahhah

Bella Jamal said...

Maafin kakak. Kita tak carut la. Btw, nama tu sgt sesuai rasenya.kikiki. Cuba baca sekali lagi?

TeraXskyn said...

hey cepat la next entry, tiberh

Bella Jamal said...

Working on it now! Fenatt

Instagram

Follow Us